13 April, 2010

Saya memang anak muallaf!


Bismillahirrahmanirrahim..


Tiga hari lepas saya menerima kiriman emel dari seorang hamba Allah.

"salam saudari deena, ana telah mengenali dan mengikuti blog saudari sejak menjumpainya. ana telah membaca hampir kesemua entri dan post dr saudari dan pertama sekali ana ucapkan tahniah krn berusaha utk mencipta laman islamik sbg tatapan ramai.

Walaubagaimanapun, kejayaan dalam penulisan sedikit sebanyak adalah melalui kritikan dan komen dr khalayak dan audiens. Ciri-ciri penulisan saudari agak sedikit tidak mantap sebagai sebuah laman islamik tatapan ramai kerana saudari telah mencampur adukkan di antara peribadi, dan artikel ilmiah berupa nasihat, luahan dan ketidakpuasan hati. Lalu org yg membacanya terpaksa menerima situasi diri saudari dengan terpinga-pinga.

ana memahaminya kerana mgkin saudari belum cukup faham tentang konsep dan tuntutan dakwah itu sendiri sehingga kadangkala menampakkan saudari seperti seorang yg baru mengenal islam (muallaf)

jadi, ana mgharapkan tulisan2 yg lebih mantap utk ditatap kerana ana tahu saudari memang seorang yg lebih hebat dalam mengupas ilmu2 agama, dan saya tahu, saudari tentu lebih matang dan sentiasa terbuka menerima segalanya demi kelangsungan dakwah islam masa kini.wallahualam"

Pada mulanya, saya ingin menulis alamat emel pengirim ini, tetapi..ah..tak perlulah. Selesai sahaja membaca kiriman itu, saya ketawa kecil. Ada sedikit kelucuan di hati saya. Dalam hati kata..alhamdulillah..ada juga orang yg memberi perhatian pada blog saya.

Jadi, ini entri sebagai tanda penghargaan kepada beliau. Apa yang ingin saya ucapkan, terima kasih daun keladi, lainkali komen lagi..dan nak bagitahu, saya ini memang anak muallaf! mama saya dulunya beragama kristian katolik dan papa saya pula tidak menganut sebarang agama (atheis) dan saya memang berlatarbelakangkan dari keluarga yang bukan islam.

Jadi apapun kekurangan yang terdapat di dalam blog saya ini, mohon ditimbang-timbangkan kerana saya makhluk baru belajar. Expectation dari saudara memandang saya sebagai seorang yang hebat untuk menulis dan merungkai persoalan agama demi sebuah kelangsungan dakwah yang tiada cacat cela itu amatlah saya geruni kerana kita semua ini berjiwa hamba yang sentiasa tidak sempurna.

Namun begitu, tulus ikhlas dari saya, terima kasih atas teguran dan ingatan bermakna dari saudara :)


27 comments:

Anonymous said...

salam kak deeNa...
owh ank mu'allaf...
tapi sebenarnya kita xleh nak puaskan hati semua org...mcm ain, ain suka baca artikel yg di tulis yg menceritakan ttg hal diri, kemudian diselitkan penyelesaian, supaya org nampak, apa yg berlaku dan apa tndakan yg boleh di ambil. Jadi xla org nak ckp "ckp xserupa bikin"...kan? hehe....wallahu'alam

deena farhana said...

to nUr_Of_IsLaM,

ws ain :)

kkak pun lbh suka baca perihal diri, lbh baik la mengaku ilmu cetek, drpd meletakkan diri pd aras yg terlalu tinggi..apepun, kite seme ni byk klmhn..like me.. :)

congrats ain, kali ni the first comentator.. thanks :)

Werdah said...

Salam Deena.

Tabahkan hati.. dulu kakpun ada masalah juga kan.. tapi alhamdulillah dapat diatasi.

Mudah2an dgn kritikan itu Deena menjadi lebih nekad utk berdakwah.

Cara penulisan setiap orang berbeza kan.. boleh terima terimalah... tak perlulah nak mengusik hati dan perasaan org betul tak. InsyaAllah pengalaman ini akhirnya akan jadi manis juga.

kak ada tulis tentang pengalaman menjalani rawatan radiofrekuensi.. boleh bc sebagai panduan jika ada sahabat bermasalah yg sama spt kak bolehlah cuba.. di sini http://permatainn.blogspot.com/2010/04/alhamdulillah-la-hawla-wala-quwwata.html

Unknown said...

no komen~~~~cuma nak ketawa sikit je.hehe

nama pun blog peribadi,jadi jgnla berharap penulisan kita ni akan sama mcm karya ulama.Nasib baik takde org komen mcm tu lagi kat saya...huhu

deena farhana said...

to Werdah,

ws kak :)

yeke..mm, alhamdulillah..kak sememangnya dh byk pgalaman..sy hormatkn kakak :)

trm ksh, nti sy bace ye..

deena farhana said...

to iqbalsyarie,

mm..xpe iqbal, sememangnya kita kena sentiasa bersiap sedia dgn ape jua bentuk kritikan, skalipun mgkin sakit krn yg ditegur adalah klemahan dn kekurangan kita.. :)

FR said...

salam akak :)

dun worry , kdg2 kisah prbdi tu bg iktibar jgk kt org len kan . ana suke bc belog akak :D:D:D:D

btw , lagu my ummah tu favret anaa =)=)=)

Abd Razak said...

Salam sdri..

Sabar dan tabah...

Setiap teguran tu ambillah ianya sebagai satu cabaran utk terus berusaha mengurangkan kelemahan dan kekurangan..

Teruskan usaha ya!

deena farhana said...

to fathiahRAIHANA,

slm dik :)

mmm thanks sudi dtg sini..favorite song ye..ok..lg tu kak tujukn khas buat raihana :)

deena farhana said...

to Abd Razak,

ws sdra :)

ye insyaAllah..sy tidak lah terlalu melatah sgt..biasalah..sy anggap bertuah ada org yg perhatian dgn tulisan sy..

trm ksh byk :)

Rafi Harumin said...

tak kisah sebenarnya muallaf ke.. 'ori' ke.. rasanya itu bukan persoalan utama.. apapun kita teruskan sahaj perjuangan menuntut ilmu..

selamat berjuang..

Nadiah Sidek said...

byk lg yg akk tak tahu psl deena :). cerita la mcm mana mama deena convert. akk suka betul baca/dengar pengalaman org yg convert. ada sorg lecturer akk merangkap ex-boss akk, convert jgk dpd kristian kpd Islam. suka akk dgr dia bercerita mcm mana dia & family dia blh convert. oh ye, lecturer akk tu org sabah jgk :)

p/s: muka akk pun mcm cina jgk sbb mmg ada keturunan cina tp dh besar ni krg skit nmpk kecinaan tu, ms kecik2 sgt ketara muka cina tu :)

deena farhana said...

to ashrafi,

ye,ye betul tu..itu bkn persoalan utama, ttp sy cuma based on teh content of 'his' email on me..

mm, menuntut ilmu jihad spjg hayat, teruskn. trm ksh bkunjung ke sini :)

deena farhana said...

to Nadiah Sidek,

hai kak Nad :) glad to see u here..emmm.. mmg byk kisah convert ni dklgn org sbh, sbb byk yg non muslim..tp tmpt lain pun ade je..

cite psl mama sy ek...em,insya Allah..huhu tu kena interview mama semula ni :)

oh yeke ade drh cina..patutla piyyah tomey tu cam anak cina..amoi gitu..hehe

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sejak kecil lagi saya terfikir siapakah sebenarnya muallaf dan muallif? Dlm Surah AliImran:103`...Ingatlah (ketika) kamu telah bermusuh2an, maka Allah telah menjinakkan antara hati kamu ...`
Begitu juga dlm Surah AlAnfaal:63 Dan Allah telah menyatukan (jinakkan) hati mrk. Walaupun kamu membelanjakan kesemua kekayaan dimuka bumi ini, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati2 mrk akan tetapi Allah yg mempersatukan hat2 mrk...`
Jadi dlm AlQuran, perkataan muallaf lebih dituju kpd mrk yg mahu menjinak sesuatu. Walaupun kita lahir bersama2 dgn AlQuran selama 1000 tahun, tetapi kalau kita jarang mendirikan & mentadabbur AlQuran, kita inilah masih menjadi muallaf. Bagaimanalah kita boleh menuding org lain muallaf walhal kita ni pun dah lama dlm Islam tapi masih mualaf. Wallahualam

Nida n' Hanafi said...

Salam Deena..

Memang sukar nak memenuhi setiap tuntutan pembaca, yg penting jangan hipokrit.. be yourself..

Anggap ianya sebagai asam garam dunia sbg seorang blogger

deena farhana said...

to tajnur,

waalaikum salam wbt,

trm ksh, sy gembira membaca komen saudara tajnur..dan trm ksh krn sentiasa menukilkn komen bersama ayat2 Allah..ianya satu benefit buat sy :)

trm ksh lg skali..

deena farhana said...

to Nida,

salam kak :)

ye..kita buat and tulis mcamana mantap pun confirm tetap ada hati yg tak puas, yela sy create blog ni pun saja2 je. menulis santai sambil2 memberi dan berkongsi..xsgka la pulak ada yg judge sampai mcm ni skali..

btw, mcm kak werdah kata, semua ni akan jd sweet memories..insya Allah..trm ksh kak Nida, sntiasa menyalurkan smgt dn dorongan.. :)

piewahid said...

xde bezanya mualaf atau tidak. kita sama di sisi yang maha esa. dlm soal penulisan, be yourself! apa2 isu/ n3 pun sebenarnya boleh mbawa ke jln dakwah, insyaAllah...

yg penting, kita berusaha ke arah itu.

deena farhana said...

to piewahid,

yes, absolutely rite..moga apa yg kita kongsikan di alam maya ini ada kebaikan yg blh dikongsi...

semua org ada cara trsendiri utk mengolah tulisan..moga ada manfaat. trm ksh bkunjung ke sini.. :)

hairil said...

betoi3x....

smua orang ada saiz saiz pinggang sendiri...jadi seluar kita berlainan..x sama

jadi jangan pinjam seluar aku ye...

pegi beli lain tau...



hua hua hua hua.... :D

ummu said...

salam sis
begitulah adat kehidupan ini.tapi,maaf secara peribadi,saya suka dengan style blog sis.pada pandangan saya, dalam kehidupan seharian kita,ada tarbiyah daripadaNya.walau dari seekor semut yang sedang mengangkat kawannya yang cedera...

Honeyz said...

salam kak intan...

rindunyela kat akak.. maaf lame x jenguk n drop komen.. agak bz sejak mula exam n sambung terus plak ngan praktikal.. apepun, harap akak baik2 aja ^_^

mm, pasal penulisan akak kat blog ni, biarlah ape pun orang nk nilai.. masing2 punya pendapat dlm menilai sesuatu.. mane mungkin semua yg kita buat, dpt puaskan ht semua orang,kan.. sebaiknya, semuanya diterima dgn hati n fikiran terbuka.. x semua kritikan bertujuan menjatuhkan kita.. adakalanya kritikan tula yg membuat kita tersedar lalu membaiki diri menjadi lebik baik..

tp apepun,pd pendapat peribadi saya, sy senang sgt2 ngan cara penulisan akak. biarpun sedikit bercampur antara hal perbadi dgn ilmiah, tp tu xde salahnya, selagi mana ianya dpt beri kebaikan n manfaat buat orglain. kisah2 peribadi akak pun, dpt jadi iktibar dan beri semangat pd orglain, selain drpd membuat orglain lbh kenal siapa kak intan.

soal muallaf atau bukan, tak perlu jadi isu. yang lahir mmg 'ori' islam pn x semestinya bagus. kalau dilihat, mereka yg baru sahaja memeluk islam ni la yg lbh bersemangat dalam memepelajari n mengamalkan ajaran islam. apepun, semuanya terletak pd iman individu tu sendiri. x perlulah lihat pd latar belakangnye samaada muallaf ataupun ori. hakikatnya, selagimana kita masih lg belum benar2 belajar mengenal apa itu islam n iman sekaligus penuh segala tuntutannya n tnggalkan larangannya, maka selagi tu la kita masih lg dikira 'muallaf'... wallahua'lam..

p/s: sama cm iqbal, sy pn x pernah lg de yg komen gitu kt blog sy =D

last but not least, akak teruskan je menulis dgn cara akak,k.. sy yakin lebih ramai yg menyenangi penulisan akak berbanding yg sebaliknya.. selagimana niat akak masih di jalan yg benar, inshaAllah ramai org akan menyokong akak.. semoga segalanya dipermudahkan buat akak.. aamiiin..

big hugs khas buat kak intan ^_^

deena farhana said...

to Mohammad Hairil bin Abdul Rahim,

xpndai pinjam slua orgla..

deena farhana said...

to qaseh mas,

ye, trm ksh byk... :)

deena farhana said...

to honeyz,

hani! rindunye kat hani...lame xnampak..br habis exam ye..gud luck, moga najah bsama hani..

emm..psl ni besela hani..bkn semua hti org kita dpt puaskn..xpela..yg pntg hani stil da best :)

thanks ye, bz2 pun sempat gak jenguk kak intan kat sini...moga kita semua dlm jagaan Allah..

tq hani...big hugs for u!!

Honeyz said...

eh, kak intan pn tengah online ke? waa... nk hug betol2 je rase.. tp tangan x sampai..hehe..

saya dah habis xm 8/4 yg lepas, kemudian stat praktikal 12/4... selamat dah 2 minggu praktikal.. ade 8 minggu lg perlu saya 'tempuhi' =D thanx atas doa akak.. aamiiin..

mm, tula kan.. tp xpe, sy sentiasa sokong akak ;)

hehe, sbb penulisan akak bes.. saya suke bace.. mmg cam rugi je rase kalau termiss mane2.. tp tula, terkejar2 jugak ni.. curik2 mase.. ni pn kbtln xde yg gune laptop adik ni.. laptop sy tgh dalam "pemulihan". hehe. mmg dpt je gune ni, trus saya jengah ke blog kak intan.. rindu sangat2 ^_^