08 July, 2010

Dushhhhh!


Bismillahirrahmanirrahim..


Sekarang saya berada di luar kawasan wireless streamyx, jadi terpaksa guna 'berukband' bak kata Lokman. Line internet yang dikuasakan oleh Celcom broadband ini sangat 'membahagiakan' jiwa saya. Semua kerja yang melibatkan penggunaan internat jadi tunggang langgang.

Nak berblogwalking lagilah. Kirim salam aje! Saya klik blog kawan yang baru diupdate, then saya masuk bilik air basuh baju, ada juga dalam 20 minit basuh tu, dah siap, mengadap lappy balik, ya Allah!!! skrin masih putih dan dia tulis 'loading'. Perghh!!! masih loading??????!!!!! Baik tulis 'loading error' je!!! (ekekek..jangan marah tuan empunya nama blog tu ye :P)

Nak update blog oklah sikit, tapi nak jenguk blog kawan-kawan, drop komen, memang tiada harapan. Semalam proses nak jawab komen kawan-kawan kat entry bid'ah tu, sampai kat komen iqbal dan kak Nadiah, tak boleh nak jawab pulak...adduss...DAN! pagi ni dapat sound dari IQBAL "nape tak balas komen saya kat entry bid'ah tu??"

Muaaahahaha...mintak maaflah...bukan saya tak nak balas, berukband ni yang kata "dah..cukup! aku dah letih bagi line kat hang!" huhh..

Pagi ni pulak ada request dari zarahilmi, dia minta pendapat pasal mazhab. Tak pe, insyaAllah saya cuba post hari ni juga kalau berukband ni tak meragam.

Wahai broadband, tolong laju sikit boleh x? sikit je, tak mintak banyak pun. huh..

22 comments:

XYZ said...

sbr la syg... huhu3 berukband pun layan je la... =P

sahromnasrudin said...

streamxy jugak yg terbaik bg kawasan luar bandar..klu 3G takdo, lg teruk si berukband tue merengek...raser nak campak dr tingkat 10 je huhuhuhu ( ayat kejam kan hahaha)

piewahid said...

dah jenuh pakai & tersiksa sbb di berukband! fhm sgt masalahnya, sabarla...

terokai seni said...

beruk naik van memang lembab

econpolics said...

adess,,ade gak nama saya kat ctu,,,

ceeiitt berukben,,,saya pun da nak lupus sok lusa,,,

nak pasang streamyx kat umah,,lg puas ati,,,

hakhak

Melatidaisy said...

salam alaik my dear akak,

wireless streamyx rumah bilah pon wt hal malam tadi, trpaksa guna broadband gak,dan seperti mana akak rasa,mmg betol2 "membahagiakan" hati la broadband nih,last2 tutup browser then main2 picasa je,edit gamba lagi best ..hehe :))

pg ni alhamdulillah streamyx kat umah da ok :)

kella said...

heheh.. faham.. tapi terima kasih juga sebab tengah down2 tu sempat gak bercanda di rumah ku ...

terima kasih. :)

Kak Imun said...

Salam, deena. Kak pakai bband skrg ni. Memang kena sabar bnyk2 la. Kadang2 klu bungkar penyakit dia, inilah ayat pasar kak yg selalu terucap, "Bikin panas betul bband ni, rasa2 macam sy mau kasi antak2 di lantai!" Manalah kita berani buat, klu pecah gerenti kak nangis, hehe..

ong ong kedek kedek said...

salam ziarah kak...

Nasib kita serupa, berukband celcom betol2 beruk

Abd Razak said...

Salam...

Sesekali dapat 'kebahagiaan' begitu seronok juga, boleh tidur awal kan! Ramai orang kata Digi Broadband tu ok tapi tak tahu performancenya.

penjejak maya said...

salam,

dah lali dengan broadband ni lembab macam kura-kura tapi kalau gi blog kawan ada yang lambat loading tu tak larat juga nak nunggu..

Hamizah said...

betul.strimyx gak yg best..

Nadiah Sidek said...

nasib baik dah jwb komen akk. kalau tak, nak tny jgk nape tak jwb komen akk walaupun dah tahu sbbnya (konon2 mcm akk tak tau la sbbnya kan..ahaha..)

hairil said...

seakan diriku terpanggil....huh!

Unknown said...

Yeaahhhhhh!!!!akhirnya kak deena panggil saya Iqbal!tq..tq..tq..yeaaahhhh..
heheheheheheheheh

deena farhana said...

to MissXYZ a.k.a Abaikan,

huhu..tgh bersabarlah ni..


to sahromnasrudin,

mmg pun..nk baling2 je..huh


to piewahid,

mmg jenuh..xleh gi dgn berukben ni..

deena farhana said...

to cemomoi,

lembab nk mampus


to Lokman,

br ku tau siksa dirimu bsama berukben..hakhak :P


to melatidaisy,

slm ukhti syg..mmg..streamyx pun kdg pening2 gak tp jauh lbh ok bnding berukben ni..huhu

deena farhana said...

to kella,

same2 kella..gagahi dri demi kella syg :)


to my frin's story,

adui na kak..mmg la ni berukben,mau kena sipak2 ni tau..adehla...sabar ja..


to HASRUL NIZAM,

awk pun pkai celcom berukben??alaahai..sian awk ye..kena sabar byk2 la jwbnye :(

deena farhana said...

to Abd Razak,

sy pn dgr gak digi ok, tp ms tu dah tlanjur beli celcom ni..


to penjejak maya,

mmg jenuh la nk tggu, yg lmbat loading mmg sy 'close' je..hehe..minte maaf le :P


to Hamizah,

btl tu kak..aaa! rindu ngn streamyx umah mama!

deena farhana said...

to Nadiah Sidek,

aaa! jgnla meragam lak berukben ni smpai kt kak Nadiah! huh..kang kene sound kak Nadiah lak :P


to Mohammad Hairil Abd Rahim,

terpanggil nape? terpanggil nk pkai berukben ni? hahaha


to iqbalsyarie,

huh, tu tersilap la ust..lupe tulis ust :P

shameel Iskandar said...

salam ziarah.

kat ipoh pun berukband wat hal. lembap mcm siput

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Perkara ini melibatkan Istinbat (penetapan) hukum (Surah AnNisaa:83 وَلَوۡ رَدُّوهُ إِلَى ٱلرَّسُولِ وَإِلَىٰٓ أُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنۡہُمۡ لَعَلِمَهُ ٱلَّذِينَ يَسۡتَنۢبِطُونَهُ ۥ مِنۡہُمۡ yg melibatkan Usul AlFikh (Islamic jurisprudence )dimana ia melibatkan Ketatapan Putus dari AlQuran dan Hadis Mutawatir. Oleh krn terdapat ayat Mutasyabihaat dimana kita mesti beriman selain ayat muhkamat, maka terjadilah perbahasan perkataan/ ayat yg mempunyai lebih dr 2 makna dimana Imam Mazhab keluar dgn membawa hadis sohih yg lbh arji`. Namun begitu, Islam menetapkan mesti melantik khalifah sebagai kata putus dr segi urusan jamaah, Mazhab manakah yg mahu diambil utk atasi perbezaan mazhab. Imam/Khalifah itu mengangkat keputusan dzahir dan batin (Hadis)(Surah AnNisaa:65 فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤۡمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيۡنَهُمۡ ثُمَّ لَا يَجِدُواْ فِىٓ أَنفُسِہِمۡ حَرَجً۬ا مِّمَّا قَضَيۡتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسۡلِيمً۬ا! Lihat juga AsbabuNuzul mengenai ayat ini ttg perselisihan Zubair bin Awwam dan orang Ansar dimana Rasulullah saw sebagai ketua memutuskannya!Maaf jika guna ruang yg byk. Wallahualam