16 November, 2010

Deena, haram ke?

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya rushing masa, tapi nak juga buat entri ni sebagai feedback sementara untuk sahabat saya yang bertanya. Terima kasih bertanya, dan ketahuilah, saya amat menghargai sifat suka bertanya walaupun kadang-kadang saya tak dapat nak jawab. hehe

Semalam sahabat saya maklumkan pada saya baru-baru ni dia dapat emel. Emel tu panjang lebar cakap pasal haram perempuan letakkan gambar di facebook, myspace, blog dan sebagainya.

Dia juga ada buat skop tentang wanita yang berniqab (memakai purdah) haram mengupload gambar-gambar mereka di blog dan facebook walaupun yang kelihatan hanya sepasang mata. Jadi sahabat saya bertanya pada saya adakah betul ianya haram.

Saya tertarik dengan kata-kata di dalam emel itu yang berbunyi "kau indah terpelihara dalam niqabmu (purdah), tetapi sayang, kau hancurkan kesopanan itu dengan mengupload gambarmu di blog"

Dalam emel tu juga dia ada kata sesiapa wanita yang upload gambar menerusi blog dan facebook, menunjukkan dia adalah wanita yang tidak memiliki perasaan malu pada khalayak.

Kata emel tu lagi, melalui sepasang mata, ianya mampu mencipta fitnah dan badai yang tidak tertanggung oleh setiap wanita.

Ok, buat masa ni saya belum sempat huraikan pandangan saya, insha Allah lepas selesai urusan dan kerja, saya akan buat repost pasal ni. Sahabat-sahabat yang baca ni, saya alu-alukan tinta hati anda untuk kita kongsi bersama :)

11 comments:

sahromnasrudin said...

salam sahabatku deena...saya tak berani nak komen..saya tunggu komen awak ya...

chokeLy said...

sy x prnh t'fikir pon sblm ni..
hmm.. haram ke?..
x berani nk komen jgk.. hehe..
but..
hmm.. kne pikir2 jgk kn..

ainhany said...

salam deena,

pnh jugak dapat email tu..
bergantungla pada persepi masing.
Utk elak fitnah elokla dielakkan.
Tak berani mengulas panjang . Mhn pnjelasan dari yang lebih mngtahui.
W'aklam

Salam eid adha 1431H

::FAIZ:: said...

hm, ntahla...saya tak arif pasal ni.... cuba tanya Ustaz

terokai seni said...

jika kamu tak tanyalah ahli zikri

kena tunggu fatwa le nampaknya ni

nurkass said...

salam..
hmm...ulasan yg berat nih..kena tanya pada yang bijak pandai..

Melatidaisy said...

salam alaik kak :)

soalan yg sma yg bilah penah ajukan kpd seorg sahabat.hihi

tp bilah tunggu pendapat akak :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

aya juga pernah diajukan soalan yang sama- Bolehkah wanita bergambar?

Boleh. Tapi ada syaratnya. Wanita kalau nak bergambar, janganlah gambar seorang-seorang. Sebaiknya biar satu kumpulan besar. Tujuannya agar kita 'tidak menyerlah'. Tujuan ambil gambar juga harus disemak. Adakah ia untuk dipuji-puji, atau sekadar untuk orang tahu bagaimana rupa kita. Iyalah, kalau orang tahu rupa kita, kalau jumpa di supermarket, boleh la tegur-tegur. Silaturrahim juga kan? Tapi hanya digalakkan kpd yang sama jantinalah :)

Apapun, saya cuma meletakkan dua syarat saja kepada wanita yang mahu bergambar iaitu posing gambar haruslah beramai-ramai dan niat haruslah baik (bukan untuk dipuja, tapi supaya orang boleh tegur dia jika berselisih)

Wallahua'lam. Ini hanya satu pandangan yang sangat dhaif. Apa pendapat kak Deena pula?

Nida n' Hanafi said...

Salam Deena..

Kak Nida tak berani nak komen, tapi setuju dengan komen di atas (saudara iqbalsyarie)

kella said...

ohhh terasa kerdilnya diri ini!
ada jugak letak gambar..
yaAllah.. ampunkan dosa dosa ku