14 November, 2010

Kisah Deen Farhan (part 1)




Bismillahirrahmanirrahim..

Ini Deen Farhan, adik bongsu saya. Saya buat entri ni sebab ada kaitan dengan soalan seorang sahabat pada saya semalam.

Bertemu dengan adik saya petang jumaat lalu, di rumah along saya. Lama betul tidak peluk dia. Bila jumpa, saya peluk dan cium pipi dia seperti selalu, tapi kali ni dia nampak malu-malu. Saya tanya "kenapa?" Kemudian dia geleng sambil senyum-senyum kambing.

Mama pun kata "sudah besar kan, orang cium pun malu sudah". Baru saya faham. Memang dia sudah besar sekarang, tinggi pun hampir sama dah dengan saya. Umur dia masuk 11 tahun 2011 ni.

Adik saya ni ada kisah tersendiri, bila saya renung kembali, semuanya itu memberi kekuatan pada saya yang sedang bergelut dengan satu fasa getir dalam hidup ini.

Deen Farhan dilahirkan sebagai anak Kristian. Ibu dan ayah kandungnya beragama Kristian. Namun janji telah dipatri antara orangtuanya dengan orangtua saya bahawa, Deen Farhan akan diangkat menjadi anak kepada orangtua saya dan menjadi adik lelaki satu-satunya buat kami 6 beradik perempuan.

Lahir sahaja Deen Farhan Yonjuny ke dunia, dia diqamatkan oleh papa saya. Ibunya rela anaknya menjadi sebahagian dari keluarga kami memandangkan kehidupan mereka yang agak susah dan ramai anak lalu berhasrat memberikan Deen kepada kami.

Bermulalah episod kehidupannya di atas muka bumi ini bersama kami sekeluarga. Sempat menyusu badan dengan mama saya dan cukup untuk menjadikan dia seperti darah daging kami sendiri.

Takdir Allah, dia membesar dengan beberapa simptom disleksia dan pernah di klasifikasikan sebagai hyperaktif. Seorang kanak-kanak yang normal namun adakalanya tindakan dia tidak diduga dan di luar kawal. Dari itu, perkataan 'istimewa' mula tertanam dalam jiwa saya.

Bergelar kakak pada Deen Farhan adalah satu kurniaan indah Allah berikan pada saya. Berhadapan dengan keletahnya yang selalu buat saya 'cekak pinggang' dan juga buat kami sekeluarga terhibur adalah saat paling manis dalam hidup kami.

Pernah dulu waktu umurnya sekitar 5 tahun, dia amat suka bermain di laman rumah. Jiran kami ada bela anjing, kebetulan anjingnya baru beranak. Saya hampir pengsan bila tengok Deen terkedek-kedek angkut anak-anak puppy yang chubby-chubby tu bawa balik rumah.

Ya Allah. Terjerit saya masa tu. Perasaan masa tu memang terkejut dan rasa nak marah, tapi dengan muka seposen Deen kata "mau kaci mandii, keciaan dia beyum mandii"

Terus saya tak jadi marah. Cepat-cepat saya dapatkan tanah dan samak dia satu badan. Nangis-nangis dia takut bila tengok badan dia jadi coklat saya lumur dengan tanah. Haha, siapa suruh :P

Pernah lagi sekali dia memandai-mandai pergi dapur goreng telur. Ni pun saya rasa nak pengsan. Dia goreng masuk sebijik bulat tu la. Dia tak pecahkan pun. Alahai. Rasa nak marah tapi selalu tak jadi.

Paling menyentuh hati saya bila satu hari tu dia tanya "alang..kenapa kat sekolah cikgu selalu salah tulis nama papa? balik-balik tulis Yonjuny..apalah diorang tu, xsuka"

Bergenang airmata dengar dia tanya macam tu. Masa tu dia baru umur 6 tahun, belum pun masuk darjah satu. Saya tak jawab masa tu, just peluk dia dan cium kepala dia. Saya memang tak mampu nak hurai satu-satu bagi faham dia yang masih terlalu mentah untuk faham kedudukan dia masa itu.

Dan semalam dia tanya saya lagi, "alang..kenapa nama papa kita tak sama?" sekarang umur dia dah nak masuk 11 tahun, pun saya masih tak mampu dan tak sampai hati lagi nak fahamkan dia betul-betul.

Saya diam. Dia tanya lagi "kita kan adik beradik, kenapa tak sama..kan semua keluar dari perut mama.." Hati ni nak je bagitahu dia kami bukan dari perut ibu yang sama, tapi lidah kelu untuk menutur itu.

Apapun, saya amat sayangi dia. Sangat dan sangat sayangi dia. Saya berdoa siang dan malam moga kehadirannya di sisi Islam mampu menjadi ruh kekuatan dan penegak agama suatu masa nanti.

p/s: info penting pasal Deen: dia sangat gemar main game. Lebih sanggup bergadai nyawa demi game. Huh. Sabar je la..

13 comments:

Melatidaisy said...

salam alaik kak..

terharu nya baca kisah ni.alhamdulillah deen farhan telah dipilih olehNya utk jadi sebahagian dari keluarga akak..terhibur pun ade dengan telatah die tu..1st time bilah dengar org goreng telur camtu.hehe.. mmg telatah adik2 ni selalu wat kite cekak pinggang tp bile nk marah je asyik cancel..hehe

semoga Allah merahmati kak deena sekeluarga..ameen :)

Unknown said...

sedih :(
Moga dia membesar sebagai seorang yang beriman dan soleh :)

Nida n' Hanafi said...

Salam..


Alhamdulillah... dia menerima hidayah dari Allah dan diberi petunjuk dariNya..

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Terharu saya...moga Allah membimbingnya jalan menuju~Nya

terokai seni said...

semoga Allah memberikan kekuatan kepadanya untuk menempuh hakikat kebenaran tu..

Nadiah Sidek said...

oh, ingatkan deen adik kandung deena. adik susuan rupanya ye. kalau akak pun, akak tak boleh nak jwb bila ditanya knp nama papa tak sama tapi lmbt laun kena bgtau juga..

Hamizah said...

alhamdulillah dia membesar dlm agama Islam..
moga kekal keimanannya hingga ke akhirat..

sahromnasrudin said...

SALAM ZIARAH DEENA..terharu saya baca entri ini..kisah yg sgt menyayat hati..trime kasih ya

Affieza said...

Terharu gak sy bila baca entry ni..klu sy kat tmpt K.Deena xtau lah mcmana nk jwb soalan psl papa tu..betul2 blh buat kita tersentuh..

kella said...

deena.. sebak membacanya.. tersentuh hati dan perasaan..
mesti deena sangat2 la sayang kat dia kan.. istimewa sangat dia melalui pengamatanku menerusi cerita mu ini..

teringat tentang adik ku juga! tapi yang lain nya dia masih tak malu2 nak cium2.. berkali kali pulak tu.. hish.. dah la besar dari semua oran...

sayang dia juga.. :)

cun09 said...

salam deena ^_^

hidayah dari-NYA...inyaALLAH dia akan faham satu hari nanti...

Unknown said...

comel sgt adik akak...insyaAllah satu hari nanti dia akan faham...moga dia kuat untuk menghadapinya di samping semangat yg diberi oleh kakaknya yang penyayang ini...;)

'eid adha akak...maaf zahir batin..;)

najihah said...

*bergenang air mata membaca entri ni*

comel deen farhan.