Atuk saya, ayah kepada bonda, telah pergi buat selamanya. Menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pukul 5 pagi tadi.
Saya terkilan kerana saat ini, kami sekeluarga sedang menanti ketibaan ayah dan bonda dari tanah suci, tetapi kami semua tetap redha dengan segala ketentuan.
Juga terkilan kerana sebelum ini, bonda ada berpesan, sebaik tiba di Kota Kinabalu, dia ingin segera melawat dan berbicara dengan atuk di hospital.
Tetapi, nyata hasrat itu tidak kesampaian. Moga bonda saya tabah menghadapi kehilangan ayah yang di sayangi.
Juga terkilan kerana atuk saya tidak sempat memeluk agama Islam di hayatnya. Walaupun berbeza agama, ikatan darah antara kami tidak pernah jauh.
Moga Tuhan memberkati kepergiannya.
SEDIH.
3 comments:
sy harap akak bersabar banyak2...
mungkin dia sudah peluk islam di masa sakitnya,tp dia tak berdaya nak bgtaw semua org...banyakkan bersabar ea..
takziah...
innalillah...yg dtg pasti pergi...salam perjuangn...nice blog ..teruskan pejuangan..Allahu Akbar...
http://ashsyumul.blogspot.com/
Post a Comment