23 December, 2009

Tudung bukan fesyen, bukan juga hiasan.


Pertama sekali, saya sebenarnya takut untuk menulis apa sahaja yang berbentuk ilmiah kerana di akhirat kelak, seseorang yang banyak berkata dan memberi nasihat adalah antara orang pertama akan di soal di atas kata-katanya.

Saya mohon, dikurniakan ketulusan, di tanamkan istiqamah dalam diri tanpa sedikit pun rasa riak pada nafas hayat saya ini.

Saya melihat, masih ramai di kalangan wanita belum faham soal menutup aurat. Biasa saya lihat di mana-mana, bertudung tetapi lengan baju sangatlah singkat. Bertudung tetapi kain terbelah hingga nampak mulusnya betis. Bertudung tetapi baju jarang sehingga menampakkan bayang.

Secara umum saya terangkan, seorang wanita auratnya adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tangan. Perempuan islam yang sudah akil baligh wajib menutup auratnya di hadapan ajnabi ataupun lelaki yang bukan mahramnya.

Ada beberapa garis panduan dalam menutup aurat, antaranya tidak boleh sendat dan memakai kain yang jarang. Mungkin ramai yang menepati tuntutan menutup aurat ini, contohnya memakai baju kurung dan tudung kebanyakan seperti tudung bawal.

Tetapi, persoalan lain timbul. Pakai elok di luar rumah, tetapi bila duduk depan rumah, sidai kain tepi tangga dan orang lalu-lalang, tidak pula pakai tudung. Di mana silapnya?

Adakah fahaman menutup aurat itu sekadar perlu bila berjalan keluar contohnya ke shopping complex ataupun tempat kerja? Tidak. Tutuplah aurat selagi mana ada ajnabi memandang walau di mana berada hatta di dapur rumah.

Di lain persoalan, ada wanita kata, hati belum terbuka nak pakai tudung, belum sampai masanya, hati tak boleh paksa dan macam-macam.

Saudari, sahabat-sahabat, keluarga yang saya sayangi, kewajipan menutup aurat tidak menunggu bila sampai masanya, kerana ketibaan kiamat serta kehancuran dunia ini juga tidak menunggu sampai masanya kita terbuka hati untuk menutup aurat.

3 comments:

Nadiah Sidek said...

akk pun takut nk tulis benda2 ilmiah..huhu. perkara yg sama jgk akk fikirkn. kdg2 mmg rs kesian bila tgk masih ramai yg tak fhm ttg konsep aurat. mmg ramai yg dedahkn aurat bila duk dpn kwsn rmh, dan ada jgk yg tak tutup aurat di rmh waktu tetamu yg bkn mahram dtg ziarah. mgkn diorg salah pemahaman ttg konsep aurat. nk tegur tp kelu lidah..lemahnya iman ni!

cun09 said...

salam ziarah ^_^

isu yang paling saya sedih bila membaca...AURAT...

aurat...payahnyee kita kaum hawa untuk menjaga...sedih kekadang kerana orang yang rapat dengan kita pun tidak sempurna menutup aurat...takut kah diri ini untuk menegur?
takut terguris hati bila menegur berlebihan...semoga diri ini istiqomah mengenai aurat...insyaALLAH...

Honeyz said...

salam kak deena Farhana/ kak intan (mane satu ye nk panggil?)..

eh, kak liza pun ade kat sini? ^_^

ok, back to the entry, yup, sama cam kak liza, saya pun paling sedih bila baca tentang isu aurat. bertambah sedih bila mata ni sendiri menyaksiakan betapa aurat yg sepatutnya ditutup rapi, kini kelihatan seolah2 semakin berani didedahkan. baik yg muda, mahupun yg sudah beruban.

sedih. kasihan. saya juga tertanya2, apakah mereka ini xtau hukum menutup aurat yg betul? atau tahu, tp buat2 tak tahu? zaman dah berubah? tapi Islam kan tetap juga Islam walau zaman berubah. Islam tu leh je dipraktikkan dalam semua keadaan dan pd setiap zaman..

semakin maju dunia, semakin moden zaman teknologi, semakin banyak pakaian sendat, ketat dan jarang yg dihasilkan. hmm.. ntahla..

sebut ttg tudung bawal yg dipakai kbykn wanita, dr pemerhatian saya, semua jenis tudung bawal adalah jarang (xtaula kalau de yg x jarang, x pernah jumpe lagi). kdg2 tu saya beratur belakang sis2 yg pakai tudung bawal yg jarang2 ni, sehingga menampakkan bentuk leher dan serkup mereka(kalau x pakai serkup, lg la, terus nmpk ikatan rambut).. saya terbayang2 n tertanye2, "ni kalau lelaki yg beratur blkg dia ni, of course la akan nmpk gak spt apa yg saya nampak".. makanya adakah wanita tersebut dikira "menutup aurat"??

hmm.. apepun, smmgnnya Nabi SAW ade sebut, wanita di akhir zaman ni, berpakaian tetapi umpama telan***g.. maka fikir2kanlah ttg pemakaian kita.. semoga kita semua x termasuk dalam golongan sedemikian.. nauzubillaahi min dzaalik...