13 December, 2009

Bila tiba Janji Allah..

Buat Teh Affifah Shahira Abdul Hamid, moga tabah dan redha menjadi milikmu. Salam penuh simpati dari Pena Farhana.

Gambar kenangan sebelum nahas berlaku

Gambar setelah nahas, Teh Affifah ditenangkan oleh sanak saudara


Saya mendengar berita ini melalui Buletin Utama Tv 3 semalam. Dijemput Allah setelah empat jam bernikah. Seribu simpati menghuni jiwa saya. Biasanya, Allah memilih insan yang terbaik untuk memikul ujian dari-Nya itu.

Saya doakan kekuatan hati sentiasa bersama Teh Affifah. Begitulah percaturan Allah yang tidak terduga oleh kita, dan yang pasti, segalanya akan berlaku mengikut janji-Nya.

Al -fatihah buat kesemua nahas kemalangan.

6 comments:

Unknown said...

semoga Allah merahmati si mati dan mengurniakan syahid atas usahanya menyempurnakan separuh drpd agamanya iaitu dgn perkahwinan...

Pengemis Cinta iLLahi said...

amin...

deena farhana said...

to iqbal syarie,

amin, insyaAllah..moga arwah ditempatkan dlm kalangan solehin..

deena farhana said...

to puteri nurinsyirah,

amin, terime kasih..

nur_islam said...

Ameen.. Semoga Allah merahmati roh Allahyarham akhi Ariff dan kedua ibubapanya serta sahabatnya.

Allahyarham akhi Ariff bukan sj telah menyempurnakan separuh dari tuntutan agama (perkahwinan) malah sblm kemalangan, Allahyarham dan yg lainnya cuba bergegas untuk mengejar solat jumaat di beseri, perlis.

Walau bagaimanapun, kira-kira jam 1 tengahari, kurang lagi 5km nak sampai rumah, dikatakan salah satu tayar meletup lalu kereta tidak dapat dikawal lalu masuk arah bertentangan.

Kereta bertembung dengan bas, terperosok di bawahnya.. Difahamkan ketika pasukan penyelamat tiba, mereka terpaksa menarik bas ke belakang dahulu sebelum boleh keluarkan mangsa di dalam kereta. Semua mereka meninggal dunia di tempat kejadian.

Innalillah wainna ilaihi rojiuun.

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat mereka yg kembali ke rahmatullah.

Dan doa buat ukhti Teh Affifah,

Ya Allah, kurniakanlah ketabahan dan kekuatan kpd kpd keluarga Allahyarham terutama sekali zaujahnya ukhti Teh Affifah utk meneruskan kehidupan tanpa suami tercinta dan juga kecekalan jiwa utk meneruskan pelajarannya lagi di New Zealand. Ameen. Ya Rabbal 'Alameen.

deena farhana said...

to nur_islam,

salam kak lin, time kasih sudi drop komen kat sini..sy sgt menghargai nye..

memg sedih dan simpati dgn ape yg berlaku pade sahabat kite Teh afifah..moge Allah kurniekan die kekuatan utk mghadapi ujian tu..

kite same2 doakn seme allahyarham ditempatkan dikalangan solehin..

amin..

smoga kak lin sihat sejahtera selalu hendaknye..

salam ukhuwah teristimewe utk kak lin..