28 March, 2010

Hadiah penghargaan Dari Pena Farhana



Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah beberapa bulan Dari Pena Farhana bertapak dalam dunia bloggers ini, saya sangat gembira dan berbesar hati dengan terbinanya ukhuwah maya bersama kalian yang sudi bertandang ke laman saya, membaca dan ringan jari menukilkan komen di semua entri-entri saya.

Oleh itu, saya berbesar hati ingin memberikan 'special gift from Negeri Di Bawah Bayu' untuk seorang PENGIKUT SETIA DARI PENA FARHANA untuk edisi tahun 2010. Maknanya, hadiah akan diberikan pada akhir tahun ini, insya Allah.

Di antara kriteria dan syarat yang akan saya ambil kira ialah:

1) sudi menjadi follower Dari Pena Farhana.
2) sudi linkkan Dari Pena Farhana di blog anda.
3) setelah itu, maklumkan kepada saya bahawa Dari Pena Farhana is already in your bloglist.
4) sudi mengikuti dan menukil komen membina pada setiap entri Dari Pena Farhana.
5) sudi menjadi PENGIKUT SETIA Dari Pena Farhana (terpulang kepada anda untuk menunjukkan 'kesetiaan' itu)

Hanya itu kriteria dan syarat untuk menjadi PEMENANG SPECIAL GIFT FROM NEGERI DI BAWAH BAYU :)

Penilaian akan bermula pada hari ini dan saya ucapkan selamat menjalin ukhuwah dengan laman Dari Pena Farhana.

p/s: ini bukan contest..ini cuma sebuah penghargaan dan sesiapa terasa ingin berukhuwah dengan laman ini, sudah tentu saya sangat menghargainya dan saya menunjukkan rasa terima kasih melalui pemberitahuan ini :)

27 March, 2010

Aduhai mTest..


Bismillahirrahmanirrahim.


Selesai sudah menduduki mTest ke-2 pagi tadi. Ramai calon pendidik yang saya jumpa, berbagai bidang dan aliran, ada yang bakal jadi guru Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan sebagainya. Namun soalan mTest tetap sama kepada semua bakal guru.

Pulang ke rumah, mama saya tanya "macamana? boleh jawab?" saya hanya mampu senyum. Senyum untuk apa saya pun tidak tahu..yang pastinya saya ter'migrain' menghadapi soalan-soalan mTest yang sungguh tidak terduga oleh saya.

Ok, soalan mTest ada lima komponen/bahagian:

1) INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan)
~yang ini soalannya berkisar tentang sahsiah. Bagi saya, agak senang sebab dia berpandukan akal logik dan pertimbangan rasional kita sebagai bakal guru. Kira oklah, dapat jawab semua.

2) KUANTITATIF
~Ini pula soalan matematik. Ya Allah ya Tuhanku...terkejut saya tengok soalan dia. Ada kawan cakap soalan kuantitatif senang saja..tambah, tolak, bahagi, darab je dia cakap. Makk aiii, mana ada la. Semua soalan mantap punya! saya rasa macam soalan Add Maths je..dulu spm saya cukup-cukup makan je matematik ni. Bayangkanlah, waktu tingkatan 5(2001), matematik saya haru biru, inikan pula sudah hampir 10 tahun tinggal! allahummasolli A'la Saidina Muhammad..sabar saja lah.

3) BAHASA INGGERIS
~yang ni pula soalan bahasa London la, apalagi. Erm..yang ni boleh la juga. Baiki kesalahan grammar. Tapi, haru biru juga sebab emosi dah terganggu oleh soalan Maths yang sangat membahagiakan.

4) ANALITIKAL
~Haaaaa..yang ni lagilah. Allahu Akbar...saya ingat soalan Maths saja yang menggeradak jiwa, rupanya soalan yang ni lagi bravo!! soalan ni duk putar belit nama, bilangan, angka dan sebagainya di dalam satu-satu fakta. Ini lebih kurang bentuk soalan dia:

"siva, rashid, lim, nana dan linggam telah mengikuti ujian 2 subjek dalam satu masa iaitu sejarah purba dan sejarah moden"

~Lim dan seorang lagi pelajar telah mendapat gred A dalam subjek sejarah purba.

~Gred Siva dan nana lebih rendah dari C dalam subjek sejarah moden.

~Tiada pelajar yang mendapat gred B dalam subjek sejarah moden mendapat gred lebih tinggi pada sejarah purba.

~2 orang pelajar lagi mendapat gred lebih rendah dari pelajar yang mendapat gred D pada subjek sejarah moden.

Soalannya, SIAPAKAH YANG MENDAPAT GRED E PADA SEJARAH PURBA DAN LEBIH RENDAH DARI GRED B PADA SEJARAH MODEN??

Haaaaaaa. Beginilah lebih kurang soalannya, tak ke hebat tu. Biji mata saya sikit lagi terbeliak nak cuba fokus setiap fakta. Mak aihh..amazing. tu contoh soalan je. Ciptaan semata-mata. Jangan duk jawab plak. Pening nanti. Semua soalan analitikal macam tu. Mana tak keluar habis migrain saya! Otak saya ni, memang susah kalau soalan pusing-pusing macam tu. Aduyai. Saya hanya mampu pegang kepala. Ada beberapa soalan tu, saya dah tak mampu baca, masa pun dah tamat, saya baca bismillah...terus bulat pada kertas jawapan OMR tu. kui kui kui...soalan pun dah tak larat nak tengok. wahahaha. Hebat deena farhana, jawab soalan tak payah tengok soalan, dah tau jawapan..huahuahua

5) VERBAL
~ ini komponen soalan yang last. Ini kira ok juga lah. Takde lah susah sangat, cuma otak saya dah semput masa last-last tu..mata pun nampak bintang-bintang dah. Saya go on je jawab. Masa tu saya rasa mata saya dah tak nampak tulisan pada soalan, buka spek, sapu-sapu mata, kot2 terlena, pakai balik spek..tang tu juga..huhu

Apapun, semua soalan saya jawab, takde yang saya tinggal kosong. Beres je semua. Soal betul atau tak, itu belakang kira. hehe. Kalau ada rezeki, dapatlah masuk KPLI, takda rezeki, cuba lagi tahun depan dan ter'migrain lagi sekali. hehe :)

25 March, 2010

Pengajian Takhassus Quran dan Qira'at


Bismillahirrahmanirrahim..


Semalam sahabat lama menghubungi saya, bertanyakan tentang nama pengajian ini. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, 4 tahun saya bertarung dengan pengajian ini di Mesir.

Bukan mudah, segalanya memerlukan minat, usaha dan keikhlasan. Menuntut ilmu bukan sekadar untuk masuk ujian atau peperiksaan, tetapi sebagai penyuluh hidup sepanjang hayat.

Berbalik tentang pengajian takhassus Quran dan Qira'at ini, sahabat saya bertanya apa subjek-subjek yang dipelajari, major dan minornya. Kebetulan masa dia call, saya agak sedikit sibuk dan tidak dapat bercakap panjang.

Oleh kerana itu, saya cuba tuliskan di sini agar beliau dapat membacanya dengan lebih selesa. Di negara kita, ada ditawarkan pengajian ini tetapi hanya pada peringkat diploma iaitu Diploma Tahfiz.

Manakala untuk ijazah iaitu Ijazah Takhassus Quran dan Qira'at hanya terdapat di Mesir setakat ini. Pusat kuliahnya di Maahad Qiraat Lil Banat, Mansurah, dan untuk pelajar lelaki di Maahad Qira'at Shoubra, Universiti Al Azhar, Mesir.

Pengajian ini adalah pengkhususan dalam bidang Al-Quran dan Qiraat. Mempelajari dengan mendalam tentang dua bidang itu di samping beberapa subjek yang membantu untuk meningkatkan kefahaman tentang dua bidang yang di pelajari itu.

Subjek utama dalam pengajian ini adalah Al Quran dan Qira'at. Setiap pelajar yang ingin further pengajian ini di peringkat ijazah wajib memiliki sijil khatam hafaz 30 juzuk dan memiliki diploma tahfiz.

Di antara subjek-subjek untuk pengajian Takhassus Quran dan Qira'at ini:

1) Al-Quran
-syafawi (hafazan)
-tahriri (bertulis)

2) Qira'at
-Ilmi (bertulis)
-Amali (hafazan)

3) Ulum Al-Quran

4) Rasm Al- Quran

5) Fawasil

6) Dhobtul Quran

7) Tarajjim Qurra'

8) Tarikh Mushaf

9) Mutun

Ada yang saya tidak tertulis mungkin subjek pada sukatan diploma seperti Sirah Nabawiyah, Tarannum dan Inggeris.

Akan datang insya Allah jika ada kesempatan, saya akan terangkan perincian tentang setiap subjek tersebut.

Secara peribadi, saya berbesar hati jika sesiapa ingin menceburi bidang ini atau mungkin ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak untuk mengikuti pengajian ini. Terutama pada anak-anak lelaki kerana lelaki berperanan menjadi imam pada keluarga dan di setiap masjid.

Alangkah elok menjadi imam yang hafaz, faham dan fasih tentang Al-Quran. Insya Allah.

24 March, 2010

mTest oh mTest..


Bismillahirrahmanirrahim


Isnin lepas saya menerima mesej pemberitahuan bahawa saya tersenarai untuk menduduki ujian mTest ke-2 Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

Mulanya saya ingat memang tiada rezeki masuk KPLI tahun ini sebab mTest pertama telah berlangsung pada 13 mac lalu dan saya tidak tersenarai. Tak sangka pula ada mTest ke-2. Ujian mTest ke-2 ni pada 27 mac ni (sabtu).

Nak jadikan cerita, saya pergilah kedai buku untuk cari buku khas mTest tu, dua kedai saya masuk semua cakap buku tu tiada. Dalam hati kata, macamana ni..takkan tak baca apa-apa nak jawab mTest..

Kebetulan masa tu ada kawan saya call. Dia bagitahu soalan mTest ni susah juga. Kena baca lah tentang sahsiah keguruan sebab soalan dia semua berbentuk common sense. Yela, nak pilih guru yang betul-betul mantap lah.

Saya tambah susah hati. Habis semua kedai buku saya tanya. Semua geleng kepala. Aduyaii..macamana ni...

Ayah saya call kak Long saya kat Kota Kinabalu, minta kak Long cari pula kat sana. Dalam hati saya lega lah sebab takkan lah kat bandar pun tiada buku mTest tu. Tak lama lepas tu, kak Long call kata semua kedai buku tulis "MTEST BOOK SOLD OUT"!!

Wahahaha..menangis tak berair mata saya. Then saya try cari kat library, tapi jangan haraplah..memang tiada.

Dan berita terkini yang menyeronokkan, sampai sekarang saya tiada buku tu! haha. Seronok je rasa..pergh..ya Allah..terpaksalah search online..tapi entah apa-apa..sekadar baca pengalaman orang yang pernah ikut mTest tu je yang banyak.

Paling kelakar, saya baca komen kat dalam tu dia kata macam ni "dari sekolah rendah sampai menengah..semua soalan killer ke,painkiller ke, puting beliung ke, tsunami ke..aku dapat jawab..tapi napela mTest punya soalan buat aku BENGANG NIII!!!"

Geli hati pula rasa. Tambah lagi saya susah hati. Tapi ayah cakap,"jangan risau, usaha setakat yang mampu, ada orang baca buku mTest, tapi kalau Allah kata belum rezeki nak jadi guru, tak lulus juga.."

Berbekalkan kata-kata ayah, saya buat-buat rilek ajelah..walaupun tak baca buku. Tidak apa, yakinkan di hati, kalau rezeki ada tak akan ke mana :)

P/s: betulke deena farhana nak jadi chekgu ni? kui kui kui...

23 March, 2010

My little brother

Bismillahirrahmanirrahim..

Adik saya waktu ini sedang beristirehat dari segala pergerakan kecuali pergerakan tangan untuk main Ps..sebabnya baru-baru ini dia berkhitan.

Selalu menangis. Katanya sakit. Kesian dia. Tapi kadang-kadang kelakar juga.

Sabarlah wahai adik sayang..kejap lagi sembuhlah..bolehlah lari hingga ke hujung dunia. huhu

Salam sayang,

22 March, 2010

Kenapa saya tiada Facebook


Bismillahirrahmanirrahim..


Entri ini saya buat untuk menjawab pertanyaan yang ada dalam chatbox saya, merangkap kesinambungan dari entri sebelumnya tentang facebook.

Rasa kelakar pulak baca tulisan dari nick 'sahabat2mu ya deena'..Allahu Akbar..wahai sahabat saya, 'kawe dok wi khedit ko yahudi, tapi wi khedit ko mu la, bia mu kecek banyok dale ni! huhu..jangelah maghoh...'saya tahu, ramai juga sahabat saya yang tidak bersetuju dengan facebook ini, seterusnya kurang selesa dengan entri dan pandangan saya tentang facebook.

Ingin saya nyatakan di sini, bukan setakat facebook saya tiada, twitter, my space, friendster, dan yang seangkatan dengannya juga saya tiada. Saya cuma ADA blog ini sahaja.

Secara peribadi saya melihat laman-laman ini tidak kurang juga memberi impak dan kesan negatif terhadap pengguna. Bagi yang menjadikan laman tersebut sebagai arena untuk misi dakwah, alhamdulillah ianya sangat baik.

Seperti yang saya katakan di dalam entri sebelumnya, saya tidak ingin pun buka atau create akaun facebook sampai bila-bila kerana saya yakin, jika saya ada facebook, mungkin saya akan tersalah guna laman itu kerana sebelum ini FACEBOOK lah laman yang telah mencipta tragedi ngeri dalam hidup saya dan keluarga.

Tragedi apa, tidak perlulah saya tulis. Bagi saya, facebook, twitter dan sebagainya itu tidak haram, tetapi harus diingat setiap benda ada baik dan buruk, pro dan kontranya.

Begitu juga dengan laman-laman sosial ini terutamanya facebook kerana saat ini kita menyaksikan betapa rangkaian ini sedang GAH di persada dunia.

Jika ada yang berpendapat facebook haram kerana milik yahudi, saya memahaminya kerana jika dipandang secara global fungsi rangkaian itu sendiri, sebenarnya saya tidak menolak bahawa ada misi terselindung yang dibawa oleh sang zionis.

Tetapi, dengan adanya penda'ie dan pendakwah yang mampu melaungkan jihad Deen melalui facebook ini, kenapa tidak? moga dengan jihad yang dibawa, ada insan yang beroleh hidayah.

Apapun, saya faham. Setiap orang punya pandangan dan persepsi sendiri dan setiap dari anda berhak untuk memiliki pandangan. Cuma, ini saranan saya, bertebaranlah dan lakukanlah apa sahaja menurut mata hati anda, namun pastikan PERJALANAN HATI anda tidak sesekali mengubah kedudukan ALLAH sebagai yang UTAMA.

P/s: saya ada impian, nak buat satu rangkaian maya untuk challenge facebook. Ada sesiapa nak join venture? emm...i think Iqbal want to join me, right? ;)

21 March, 2010

Facebook..


Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ini, saya meluangkan masa untuk 'blogwalking', banyak entri dan post hebat dan mantap yang di publishkan di setiap blog.

Dalam banyak-banyak tajuk entri, saya tertarik dengan tajuk 'Facebook milik yahudi,yang kita sokong kenapa?'

Tajuknya menarik sebab saya rasa rata-rata bloggers menggunakan laman sosial itu, tidak termasuk saya. Saya mempunyai sebab tersendiri kenapa saya tidak menyertai laman itu. Mungkin juga ada peristiwa sedih yang membuatkan saya tidak ingin pun membuka atau menggunakan facebook.

Tetapi, saya tidak ingin mengulas apa-apa sehingga menampakkan facebook itu haram. Bagi saya, tiada salah hendak menggunakan laman itu kerana jika kata facebook yahudi punya, blogspot ini pun asal usul pengasasnya dari yahudi.

Tetapi, memiliki laman blog, Facebook, friendster dengan niat yang baik seperti berdakwah, itu tidak salah. Apa yang penting, dimana ada perkara yang dirasakan tidak elok tentang facebook, friendster, my space dan sebagainya itu hendaklah kita hindar agar tidak mendatangkan fitnah dan dosa.

Susah juga sebenarnya saya nak sentuh bab halal haram ni sebab saya sendiri pun masih cetek ilmu. Jika ingin benar-benar tahu, rujuklah kepada yang sepatutnya dan elakkan dari membuat spekulasi mendadak tanpa usul bicara.

Ada ke orang Malaysia sertai facebook dengan azam menyokong yahudi? Saya rasa tiada. Jikalau ada, benda itu memang sah dah jadi haram.

Jangan pula lepas ini ada yang hentam blog saya lagi ye. Ini hanya coretan saya, boleh sama-sama beri pandangan. Tetapi, berilah pandangan cara dewasa kerana saya yakin, kita semua ini masih dalam proses belajar :)

17 March, 2010

Jelas lagi tepat


Bismillahirrahmanirrahim..


Wardina Safiyah. Dia dulunya seorang artis yang lincah dalam dunia lakonan dan peragaan. Mengalami transfomasi hidup daripada kemalapan kepada cahaya. Cahaya hidayah yang sering dinanti oleh setiap ruh jiwa manusia.

Saya gembira melihat dia berubah secara konsisten dan kini dia diberi kekuatan untuk meluahkan secara terbuka rasa bimbangnya terhadap moral artis Malaysia yang semakin hancur. Menurutnya, dia tidak sanggup membenarkan anaknya menjadikan artis sebagai idola mereka.

Saya sangat menghargai kenyataan ikhlas Wardina dan berharap semua orang dapat membuka mata hati mereka untuk bertindak matang dalam menafsir kenyataan Wardina.

Saya bukan peminat Wardina, tetapi saya kagum dengan perubahan dirinya. Saya doakan dia terus kuat untuk memberi nasihat dan pendapat demi masa hadapan artis itu sendiri. Dia juga adalah orang yang tepat kerana dia juga seorang artis. Artis yang mengalami transfomasi berharga. Meraih sinar hidayah dan dia memastikan sinar itu sentiasa bercahaya.

Terkadang, cahaya itu terang menyinar dan adakalanya dia malap kembali. Saya kelu bila mana orang sibuk berbicara soal artis. Kelu kerana apa saya sendiri tidak tahu.

Apa yang saya dapati, dunia artis mendapat liputan meluas di negara kita tidak kira di media massa mahupun elektronik. Segala bentuk program realiti tv di pertonton untuk melahirkan lebih ramai yang namanya artis.

Saya melihat situasi ini tidak memberi kesan yang baik kepada generasi muda lebih-lebih lagi kanak-kanak. Entahla, kadang hati bertanya, kenapa dan bagaimana. Kita semua terpaksa akur dengan sistem negara majmuk. Itu fenomena yang sukar di ubah oleh kita dan saya yang hanya ada laman blog ini.

Dek kerana begitu, hanya iman yang masih boleh membantu untuk kita terus memilih jalan ke arah menggapai syurga abadi.

Good job Wardina. Lakukanlah kerana Allah Ta'ala.


16 March, 2010

Itu indahnya ukhuwah.


Bismillahirrahmanirrahim..


"Kak Farra yang ana kasihi fillah..jaga kesihatan baik2 ye kak..doa ana selalu ada buat akak..insya ALLAH"

"Ya Allah..Kau berikanlah sadiqati yang sangat aku kasihi ini, Intan Farra Farhana Binti Hj Nu'man kesihatan yang baik agar dia dapat pertingkatkan amalan ibadatnya padaMu Ya Allah..Ya Allah Kau ampunilah dosa-dosanya..Kau sembuhkanlah penyakitnya ini..Istajib dua'ana ya Allah..ameen ya Rabb"

Bila saya baca tulisan ukhti Niesa ini, airmata saya gugur. Doa ini istimewa sekali buat saya dan saya menyedari itulah keindahan dalam ukhuwah fillah..saling memberi dan menerima, saling bersandar dan bersama di setiap detik payah sekalipun. Terima kasih tidak terhingga di atas doa ini.

Terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang sentiasa berdoa buat saya, dan mereka semua ada dalam senarai penerima award saya.

14 March, 2010

First award..


Bismillahirrahmanirrahim..


Pertama kali saya menerima award sejak memiliki laman Dari Pena Farhana. Tetapi, untuk mendapatkan award ini, ada beberapa syarat yang mesti di penuhi, iaitu:

1- Thank and link the person who gave you the award.
2- Pass this award to 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3- Contact said Blogs and let them know they've won the award.
4- State 7 things about yourself.

Pertamanya, Terima kasih buat Kak Werdah yang telah memberikan penghargaan ini kepada saya.


Align Center

Keduanya, saya hadiahkan award ini buat sahabat-sahabat setia blog saya ini..rasanya lebih dari 15 ni..hehe..

kak Qema
Adik Iqbal
Kak Nadiah Sidek
Hairil
Melatidaisy
Zihnun Fatin
Kak Nida
Liyana Mujahid
Honeyz
Farihin
Kak Liza
Ain
Ummu Ammar
Kak Suniza
Puan Sufy
Mama Awla edinburgh
Wardatussofia
Ibu emy efy eqy
Kak Fate
Niesa Imana
Kak Lin
Alfin nur iman

Ketiganya, pada semua bloggers yang tertera sila ambil award ye..kepada sahabat lain yang terlepas pandang, saya alu-alukan juga ambik award ni.. ^_^

Akhir sekali, 7 hal tentang saya? aduh..apa ye. humm..saya ni biasa saja. sensitif. Sangat suka pada bunga. Mudah sakit dan memang sakit pun. gemar berblog. minat bisnes. pakai jam tangan sebelah kanan. kata orang saya mirip mama saya. em,cukuplah kot, dah lebih 7 dah..


Salam sayang,

10 March, 2010

Perginya seorang permata Islam


Bismillahirrahmanirrahim..

Innalillahi wainna Ilayhi roji'un..Allahyarham Syeikhul Azhar, Muhammad Sayyid Tantawi telah kembali ke rahmatullah sewaktu berada di Riyadh, Arab Saudi akibat serangan jantung. sesungguhnya telah selesai segala amanahnya di dunia.

Walaupun tidak pernah bersua muka dengannya, tetapi setelah menjejak kaki di Al-Azhar dan berpeluang mengutip untaian ilmu di universiti itu sudah cukup membuat hati saya sayu sewaktu menerima perkhabaran duka ini.

Seorang tokoh ilmuan Islam yang disegani dan seorang Imam yang dikagumi. Moga perginya diiringi tasbih dan tahmid dari seluruh penghuni langit dan bumi.

Al Fatihah.

07 March, 2010

1 minit yang berharga


Bismillahirrahmanirrahim..


Dalam keadaan masih tidak terlalu sihat, saya jarang dapat menjengah laman ini. Oleh itu, beberapa saat yang ada, dimanfaat untuk membuat sedikit coretan.

Tadi bertemu dengan sahabat saya, berkongsi sedikit sebanyak tentang perubatan herba HPA. Saya tertarik, mungkin sudah sampai masanya mencari penawar alternatif untuk sakit saya, atau dalam kata lain, sudah muak dengan segala kapsul campuran dadah.

Moga Allah memberi jalan dan kemudahan. Salam ukhuwwah abadi buat semua sahabat yang berkunjung ke sini. Anda permata dalam jalinan indah ini.

Salam sayang,

05 March, 2010

Rumah biasa dengan keimanan lebih baik daripada istana dengan kemungkaran


Bismillahirrahmanirrahim..


Terdapat kisah seorang wanita yang hidup dalam rumah biasa. Dia sentiasa menyembah Tuhannya, mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan.

Dia merasa lebih bahagia daripada wanita yang hidup di istana yang megah, dengan dikelilingi menara-menara yang mencabar, orang gaji dan sekuriti.

Wanita beriman yang duduk di rumah yang serba kekurangan dengan berbekalkan sepotong roti gandum dan air tawar, bersamanya kitab dan tempat memuji Tuhan, lebih bahagia daripada wanita yang hidup di menara dengan bilik-bilik indah sedangkan dia tidak tahu siapa Tuhannya, siapa tuannya, dan dia juga tidak mengikuti Rasulnya.

Segeralah engkau fahami makna sebenar kebahagiaan. Kebahagiaan bukan dalam satu pentakrifan sederhana dan menyesatkan. Ramai orang menyangka bahawa apa yang difikirkannya adalah benar.

Mereka mengira bahawa kebahagiaan adalah dengan wang ringgit, dolar, dinar, dirham, tilam lembut, pakaian indah, makanan yang lazat, minuman segar, dan kenderaan mewah.

Kebahagiaan sebenar adalah keredhaan hati, kerendahan nurani, perasaan yang tenang, jiwa yang bergembira. Kebahagiaan adalah ketenangan jiwa, ketenteraman batin, hati yang terbuka, budi pekerti yang baik, akhlak mulia yang diikuti dengan sifat menerima dan berasa cukup dengan nikmat yang diberikan.

02 March, 2010

Bernafas hamba


Bismillahirrahmanirrahim..


La haula wala quwwata illa billahil aliyyul a'dzim. Segala puji bagi Allah, pemilik sekalian alam. Salawat dan kasih buat Rasul junjungan. Doa tiada tepi buat sahabat-sahabat penyeri ukhuwah, moga kalian dalam a'fiah sentiasa.

Sudah hampir 20 hari saya tidak melihat laman ini. Kudrat kata tidak berdaya, harus akur. Sekalung kasih buat keluarga serta semua sahabat jiwa yang turut merasa dan tulus berdoa buat saya.

Pertama kali terdampar di pembaringan setelah kepulangan terakhir dari bumi Mesir. Sakit mencengkam, payah bertandang. Saya akui, semuanya hamparan badai. Badai kesakitan bukan terlalu pahit, namun jiwa hamba ini punya kudrat yang sedikit.

Kata ayah, moga bertabah hati menjadi titian meraih janji firdausi. Sampai masa harus yakini, sembuh pasti saya miliki.

Tetapi, harus jangan dimiliki sepenuhnya sembuh itu, kerana sifat hamba ini sentiasa diuji. Saya hanya pohonkan, dikurniakan sedikit sabar yang berpanjangan dan iman agar segala badai dapat di mengerti dan seterusnya dinikmati.

Doktor berhujah, rosak sendi itu tidak terubati, hanya mampu dibendungi. Usahakan agar sel putih tidak melebihi, sel merah harus mampu menandingi. Bagaimana boleh terjadi? itu soalan yang sentiasa meniti, namun harus diyakini, segalanya aturan Ilahi Rabbi.

Saya mungkin terasa sakit dengan semua ini, tetapi nikmat terbesar yang sentiasa di sisi adalah nafas hamba yang masih saya miliki. dan nafas ini yang telah memberi izin saya merasai nikmat yang agung tiada bertepi, IMAN DAN ISLAM.

Terima kasih ya Allah.