Bismillahirrahmanirrahim..
Wardina Safiyah. Dia dulunya seorang artis yang lincah dalam dunia lakonan dan peragaan. Mengalami transfomasi hidup daripada kemalapan kepada cahaya. Cahaya hidayah yang sering dinanti oleh setiap ruh jiwa manusia.
Saya gembira melihat dia berubah secara konsisten dan kini dia diberi kekuatan untuk meluahkan secara terbuka rasa bimbangnya terhadap moral artis Malaysia yang semakin hancur. Menurutnya, dia tidak sanggup membenarkan anaknya menjadikan artis sebagai idola mereka.
Saya sangat menghargai kenyataan ikhlas Wardina dan berharap semua orang dapat membuka mata hati mereka untuk bertindak matang dalam menafsir kenyataan Wardina.
Saya bukan peminat Wardina, tetapi saya kagum dengan perubahan dirinya. Saya doakan dia terus kuat untuk memberi nasihat dan pendapat demi masa hadapan artis itu sendiri. Dia juga adalah orang yang tepat kerana dia juga seorang artis. Artis yang mengalami transfomasi berharga. Meraih sinar hidayah dan dia memastikan sinar itu sentiasa bercahaya.
Terkadang, cahaya itu terang menyinar dan adakalanya dia malap kembali. Saya kelu bila mana orang sibuk berbicara soal artis. Kelu kerana apa saya sendiri tidak tahu.
Apa yang saya dapati, dunia artis mendapat liputan meluas di negara kita tidak kira di media massa mahupun elektronik. Segala bentuk program realiti tv di pertonton untuk melahirkan lebih ramai yang namanya artis.
Saya melihat situasi ini tidak memberi kesan yang baik kepada generasi muda lebih-lebih lagi kanak-kanak. Entahla, kadang hati bertanya, kenapa dan bagaimana. Kita semua terpaksa akur dengan sistem negara majmuk. Itu fenomena yang sukar di ubah oleh kita dan saya yang hanya ada laman blog ini.
Dek kerana begitu, hanya iman yang masih boleh membantu untuk kita terus memilih jalan ke arah menggapai syurga abadi.
Good job Wardina. Lakukanlah kerana Allah Ta'ala.
7 comments:
iya kak..kagum juga~
tapi saya akan lebih kagum dgn org yg muda-muda dah berubah sebab mereka(artis-artis) kebanyakan suka bertangguh.Nanti tua....hmm,itupun kalau sempat tua..huhu
to iqbalsyarie,
ye, mudah mudahan perubahan mereka di redhai dan berterusan.. :)
disaat ramai yg mengutuknya... namun dibelakangnya masih ramai dan terlalu ramai yg memujinya... syabas Wardina
Salam!
Susah juga kita nak mengagak kehidupan artis2 krn ada diantara mrk baik pada permulaan tetapi pada penghujung hayat mula tunjuk kehidupan sebenarnya mrk dan begitulah sebaliknya. Apa2 pun, Allah jualah yg membolak-balikkan hati manusia krn manusia diberi pilihan hidup samada kebaikan atau keburukan Surah AlBalad:10 dan Surah AlInsaan:3. Tetapi yg sebenarnya, dgn mempelajari AlQuraan, secara zahirnya manusia telah tahu nasib mrk dan mengiktirafkan dosa2 mrk sebelum mrk menemui Allah SWT (Surah AlMulk:11) Wallahualam
wardina = farhana
haha...
whatever...
:P
cheerful for Allah sake
salam...
semoga lebih ramai lagi artis yang berubah seperti wardina. Selepas melihat Ketika Cinta Bertasbih, adakalanya saya terfikir, bukankah baik kalau semua artis seperti Oki Setiana. Bukan sahaja di dalam filem, tetapi di luar juga tidak menanggalkan tudungnya untuk tatapan khalayak ramai...
Trainers Shoes are worn during sports occasions. They are designed and strengthened to absorb shocks associated with sports.
Post a Comment