24 March, 2010

mTest oh mTest..


Bismillahirrahmanirrahim


Isnin lepas saya menerima mesej pemberitahuan bahawa saya tersenarai untuk menduduki ujian mTest ke-2 Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

Mulanya saya ingat memang tiada rezeki masuk KPLI tahun ini sebab mTest pertama telah berlangsung pada 13 mac lalu dan saya tidak tersenarai. Tak sangka pula ada mTest ke-2. Ujian mTest ke-2 ni pada 27 mac ni (sabtu).

Nak jadikan cerita, saya pergilah kedai buku untuk cari buku khas mTest tu, dua kedai saya masuk semua cakap buku tu tiada. Dalam hati kata, macamana ni..takkan tak baca apa-apa nak jawab mTest..

Kebetulan masa tu ada kawan saya call. Dia bagitahu soalan mTest ni susah juga. Kena baca lah tentang sahsiah keguruan sebab soalan dia semua berbentuk common sense. Yela, nak pilih guru yang betul-betul mantap lah.

Saya tambah susah hati. Habis semua kedai buku saya tanya. Semua geleng kepala. Aduyaii..macamana ni...

Ayah saya call kak Long saya kat Kota Kinabalu, minta kak Long cari pula kat sana. Dalam hati saya lega lah sebab takkan lah kat bandar pun tiada buku mTest tu. Tak lama lepas tu, kak Long call kata semua kedai buku tulis "MTEST BOOK SOLD OUT"!!

Wahahaha..menangis tak berair mata saya. Then saya try cari kat library, tapi jangan haraplah..memang tiada.

Dan berita terkini yang menyeronokkan, sampai sekarang saya tiada buku tu! haha. Seronok je rasa..pergh..ya Allah..terpaksalah search online..tapi entah apa-apa..sekadar baca pengalaman orang yang pernah ikut mTest tu je yang banyak.

Paling kelakar, saya baca komen kat dalam tu dia kata macam ni "dari sekolah rendah sampai menengah..semua soalan killer ke,painkiller ke, puting beliung ke, tsunami ke..aku dapat jawab..tapi napela mTest punya soalan buat aku BENGANG NIII!!!"

Geli hati pula rasa. Tambah lagi saya susah hati. Tapi ayah cakap,"jangan risau, usaha setakat yang mampu, ada orang baca buku mTest, tapi kalau Allah kata belum rezeki nak jadi guru, tak lulus juga.."

Berbekalkan kata-kata ayah, saya buat-buat rilek ajelah..walaupun tak baca buku. Tidak apa, yakinkan di hati, kalau rezeki ada tak akan ke mana :)

P/s: betulke deena farhana nak jadi chekgu ni? kui kui kui...

14 comments:

Unknown said...

yeeeaaahhhh...semoha sukses kak!gudluck!semoga berjaya.Selamat menjadi guru.terus jadi guru besar taw.hahaha

deena farhana said...

to iqbalsyarie,

waaaauu...nk jd guru besar trus?? bahaya tu..hehehe

tajnur said...

Salam!
Buku tu hanyalah garis panduan saja tetapi yang penting sekali, ada keyakinan diri disamping pengetahuan yg byk tentang tugas2 guru serta cara2 mengendalikan pelajar dalam keadaan sekarang! InsyaAllah, kita doakan semoga Deena berjaya dalam Ujian M-test ke 2.
Tentu seronok bila dpt gelaran Cikgu Intan Farra Farhana kan?

deena farhana said...

to tajnur,

wslm..

ye insya Allah..terima kasih atas doa tu..alahaii...klaka plak gelaran tu..hehe :)

Anonymous said...

ketua kelas:
"bangun......!!!!!!!!!!!! assalaaaaamualaiiikum cikgu...!!!"



murid2 :
"aaa................................................saalaaa........muaaalaiii....kummm....!!!

cikgu...!!!"(14 harkat stiap suku kata mggunakan qiraat warsh)



cikgu deena:
"waalaikum salam murid2x (gaya guru baru hari pertama msuk kerja :P)

harini awk sume wat keje masing2....."

♥Niesa' imana♥ said...

salam,kak farra..
kaifahal ya habibty..??
Alhamdulillah..mabruk alaik,ye kak sbb tersenarai...=)
bia la x bce buku pun..
yg penting, niat..
seperti kata,Khalifah Umar Abd Aziz..
"Pertolongan Allah kepada hambanya berdasarkan kadar niat hambanya,siapa yang suci niatnya, maka sempurnalah pertolongan Allah padanya"..insyaALLAH..

ala kullin, baca arahan ngan teliti..
ingat..pesanan adik yg "belum diiktiraf" nih..hehe..
jawab sume soalan...
tembak pun tembak la...janji jgn tinggal 0.
plus don't lose your confident..hee..

akhirul kalam,semoga diberikan ketenangan , petunjuk ,kemudahan dan dibukakan pintu hati dan minda untuk menjawab mtest..
Usaha + Doa + Tawakal = Success!!
plus gudlux in ur future undertakings..(^_^)v

deena farhana said...

to ismihairil,

what a funny comment! nak gelak jap.. (hihihi) hari pertama dah goyang kaki ye..geleng kepala la guru besar nye nanti.. :)

deena farhana said...

to ♥Niesa' imana♥,

wslm..kak alhamdulillah..mcm ni lah..duk pusing kanan,pusing kiri..xbuat apa pun..mcm org xmasuk mtest ja...hehe

trm ksh atas doa n kata2 smgt dr niesa..im apprciate it :)

Nida n' Hanafi said...

Salam..

Macam2 dah syarat nak masuk KPLI sekarang ni ye. Dulu masa Kak Nida takdelah sesusah ini...

Good luck, semoga berjaya :)

deena farhana said...

to Nida,

wslm..

yela kak...org yg nk masuk Kpli dah btimbun. hehe..

oo..kak ni cikgu la ye.. :)

thanks kak..:)

Nadiah Sidek said...

huwaa...knp komen yg akk post smlm tak keluar?? mesti sbb internet connection yg tak brp nk betul smlm..huhu..

takpe la..tak ingat dah nak tulis apa. apa pun, good luck! moga dpt la deena masuk KPLI..ameen..

deena farhana said...

to Nadiah Sidek,

ha?? dh post comment ke sblm ni? tu la sy tgk kat traffic live ade je dr nebraska, sy guess kak Nadiah la yg dtg, besenye kak drop coment tiap kali ade post br, tp sy tgk xde plak coment..so sy igt bkn kak Nadiah la yg dtg...huhu

xpela, apepun thanks sbb setia n sudi ziarah selalu n drop coment kat sini..syg kak Nadiah..

thanks juga ats doa tu :)

ummu said...

Salam Deena
semoga terpilih menjadi pendidik tahun ni.
soalan tu memang susah,(menurut pengalaman kawan2) tapi akalau dah rezki,insyaAllah tak kemana.

deena farhana said...

to qaseh mas,

wslm kak..

trm ksh atas doa tu..ye..mmg susah kak...sy dh rasa sndiri..huhu

thanks kak...sudi dtg sini :)