10 March, 2010

Perginya seorang permata Islam


Bismillahirrahmanirrahim..

Innalillahi wainna Ilayhi roji'un..Allahyarham Syeikhul Azhar, Muhammad Sayyid Tantawi telah kembali ke rahmatullah sewaktu berada di Riyadh, Arab Saudi akibat serangan jantung. sesungguhnya telah selesai segala amanahnya di dunia.

Walaupun tidak pernah bersua muka dengannya, tetapi setelah menjejak kaki di Al-Azhar dan berpeluang mengutip untaian ilmu di universiti itu sudah cukup membuat hati saya sayu sewaktu menerima perkhabaran duka ini.

Seorang tokoh ilmuan Islam yang disegani dan seorang Imam yang dikagumi. Moga perginya diiringi tasbih dan tahmid dari seluruh penghuni langit dan bumi.

Al Fatihah.

4 comments:

Nida n' Hanafi said...

Salam..


Alangkah untungnya menjadi orang yang mulia... kehilangannya diratapi oleh ramai orang.. pemergiannya sukar dicari ganti... Al-Fatihah

tajnur said...

Salam!
Qaalu inna lillahi wainna ilahiraajiuun! AlFatihah..

ibu wawa said...

semoga rohnya berada dalam kalangan insan-insan yang beriman...
al-fatihah.

Werdah said...

Salam deena.

Apa kahbar harap bertambah sihat dan sembuh sepenuhnya.

Al-Faatihah buatnya.. dan buat semua orang-orang beriman seluruhnya.. semoga ditempatkan ke dalam golongan orang-orang yang hampir denganNya .. amiin

Nanti datang ke blog mak cik di Blog Bangkit Kembali ambil award ya.. thanks