25 March, 2010

Pengajian Takhassus Quran dan Qira'at


Bismillahirrahmanirrahim..


Semalam sahabat lama menghubungi saya, bertanyakan tentang nama pengajian ini. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, 4 tahun saya bertarung dengan pengajian ini di Mesir.

Bukan mudah, segalanya memerlukan minat, usaha dan keikhlasan. Menuntut ilmu bukan sekadar untuk masuk ujian atau peperiksaan, tetapi sebagai penyuluh hidup sepanjang hayat.

Berbalik tentang pengajian takhassus Quran dan Qira'at ini, sahabat saya bertanya apa subjek-subjek yang dipelajari, major dan minornya. Kebetulan masa dia call, saya agak sedikit sibuk dan tidak dapat bercakap panjang.

Oleh kerana itu, saya cuba tuliskan di sini agar beliau dapat membacanya dengan lebih selesa. Di negara kita, ada ditawarkan pengajian ini tetapi hanya pada peringkat diploma iaitu Diploma Tahfiz.

Manakala untuk ijazah iaitu Ijazah Takhassus Quran dan Qira'at hanya terdapat di Mesir setakat ini. Pusat kuliahnya di Maahad Qiraat Lil Banat, Mansurah, dan untuk pelajar lelaki di Maahad Qira'at Shoubra, Universiti Al Azhar, Mesir.

Pengajian ini adalah pengkhususan dalam bidang Al-Quran dan Qiraat. Mempelajari dengan mendalam tentang dua bidang itu di samping beberapa subjek yang membantu untuk meningkatkan kefahaman tentang dua bidang yang di pelajari itu.

Subjek utama dalam pengajian ini adalah Al Quran dan Qira'at. Setiap pelajar yang ingin further pengajian ini di peringkat ijazah wajib memiliki sijil khatam hafaz 30 juzuk dan memiliki diploma tahfiz.

Di antara subjek-subjek untuk pengajian Takhassus Quran dan Qira'at ini:

1) Al-Quran
-syafawi (hafazan)
-tahriri (bertulis)

2) Qira'at
-Ilmi (bertulis)
-Amali (hafazan)

3) Ulum Al-Quran

4) Rasm Al- Quran

5) Fawasil

6) Dhobtul Quran

7) Tarajjim Qurra'

8) Tarikh Mushaf

9) Mutun

Ada yang saya tidak tertulis mungkin subjek pada sukatan diploma seperti Sirah Nabawiyah, Tarannum dan Inggeris.

Akan datang insya Allah jika ada kesempatan, saya akan terangkan perincian tentang setiap subjek tersebut.

Secara peribadi, saya berbesar hati jika sesiapa ingin menceburi bidang ini atau mungkin ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak untuk mengikuti pengajian ini. Terutama pada anak-anak lelaki kerana lelaki berperanan menjadi imam pada keluarga dan di setiap masjid.

Alangkah elok menjadi imam yang hafaz, faham dan fasih tentang Al-Quran. Insya Allah.

12 comments:

ismihairil said...

Tuan,

Bolehkah jika saya ingin mlanjutkan pengajian itu di Maahad Qiraat Mansurah?

Jika boleh apakah prosedurnya?

p/s: tuan jawab dalam hati je..

deena farhana said...

to ismihairil,

tuan hairil,

saya rasa tak boleh, sbb maahad qiraat kat mansurah tu untuk perempuan je. tuan kena pegi kat shoubra lah ye...hehehe

erk, tuan hairil nak tukar syukbah ke? huhu

Nida said...

Tahniah kerana Deena dapat peluang belajar yang mana tidak semua dapat peluang tersebut

iqbalsyarie said...

Wau....hebat la ustazah!!hehe..saya lgsung tak pernah berpeluang utk itu semua.InsyaAllah sy akan tetap belajar walaupun mungkin masa,kudrat dan kewangan sy terhad.

Nadiah Sidek said...

bertuah deena. akk cemburu dgn org2 mcm deena. baca Quran mesti dpt hayati sbb fhm maknanya, kan? tak nak sambung belajar ke deena?

deena farhana said...

to Nida,

Alhamdulillah..segala syukur sy panjatkan pada Allah krn mengizinkan sy mengutip ilmu ini..doakan sy tidak lupa pada semua yg telah dipelajari..

deena farhana said...

to iqbalsyarie,

takdelah hebat, awk ni iqbal..awk lg hebat.muda2 dah byk ilmu..blog dia penuh dgn tazkirah :)

xpe, nak blaja mane2 ilmu xsemestinya kena dftr masuk kat universiti tu kan, byk jalan Allah bentang kalau kita btl2 nk dalami sesuatu ilmu tu..

teruskan smgt awk utk blaja ye.. :)

deena farhana said...

to Nadiah Sidek,

alhamdulillah sy brsyukur diberi kesempatan n peluang blaja ilmu ni..cuma..yela..byk benda kita kena istiqamah kak..bila dh blaja, tggjwb kita nk amal n sebarkn ilmu pada orglain tu yg sy msh lemah..

huhu, xdelah fhm hundred percent kak..hehe..almaklumlah..kita ni org melayu, bkn org arab..hee..tp insyaAllah, usaha lg biar sempurna penguasaan Quran kita..

nak nak nak!! nak futher study kat lincoln nebraska la pulak... bleh tak kak?? hehe..lehla jumpa kak Nadiah sokmo.. :)

tajnur said...

Assalamualaikum
Saya hanyalah berpendidikan pondok agama tempatan. Namun, saya sgt berminat mempelajari Usul AlFikh ( Souce of Methodology in Islam ) dlm Istinbat Hukum spt yg terdpt dlm Surah AnNisa`:83 dimana terdpt Ketetapan Putus (Qot`ie Tsubut) yg bersumberkan AlQuran dan Hadis Mutawatir. Bercabang dari itu terdapat dalil putus ( Qot`ie dilalah) dan dalil dzon (Dzon dilalah) dimana setiapnya ada hukum Istidlal Usuliah dan Furuiyah.. Apa yg menjadi persoalan skrg, kebykn ulama` mutakhir tidak mengikut qawa`id yg ditetapkan malah menggunakan dalil AlQuran tersebut hanya membenarkan sistem sedia ada dan bukan sistem yg mengikut AlQuran. Mengambil dalil dzon dari ketetapan putus adalah merupakan mazhab yg diwajibkan dlm Islam tetapi membahaskan dalil putus dari ketetapan putus merupakan `firqah` yg menjadi punca perpecahan dlm umat Islam (Surah AnNisa:82) Maka benarlah spt mana hadis Rasulullah saw bersabda,`Celakalah org sebelum kamu ini kerana melaga2kan ayat Allah ini sebahagian dgn sebahagian. Sesungguhnya Allah menurunkan kitab Allah (AlQuran) supaya sebahagian membenarkan dgn sebahagian.
Apabila mrk menggunakan AlQuran utk membenarkan sisitem, maka jadilah spt hadis Nabi saw,`Akan dtg ke suatu zaman, ulam` mrk dikuasai oleh pemimpin2 jahil dan memfatwakan sesuatu perkara sesat dan menyesatkan` Wallahualam

qaseh mas said...

salam Deena
Alhamdulillah Deena berpeluang ke bumi anbiya' itu.

deena farhana said...

to tajnur,

trm ksh atas ilmu yg anda sampaikan di sini, sy berbesar hati membacanya..trm ksh skali lg :)

deena farhana said...

to qaseh mas,

wslm kak..alhamdulillah..Allah berikan peluang itu..sy sgt bersyukur.. :)

slm ukhuwah utk akak..