02 March, 2010

Bernafas hamba


Bismillahirrahmanirrahim..


La haula wala quwwata illa billahil aliyyul a'dzim. Segala puji bagi Allah, pemilik sekalian alam. Salawat dan kasih buat Rasul junjungan. Doa tiada tepi buat sahabat-sahabat penyeri ukhuwah, moga kalian dalam a'fiah sentiasa.

Sudah hampir 20 hari saya tidak melihat laman ini. Kudrat kata tidak berdaya, harus akur. Sekalung kasih buat keluarga serta semua sahabat jiwa yang turut merasa dan tulus berdoa buat saya.

Pertama kali terdampar di pembaringan setelah kepulangan terakhir dari bumi Mesir. Sakit mencengkam, payah bertandang. Saya akui, semuanya hamparan badai. Badai kesakitan bukan terlalu pahit, namun jiwa hamba ini punya kudrat yang sedikit.

Kata ayah, moga bertabah hati menjadi titian meraih janji firdausi. Sampai masa harus yakini, sembuh pasti saya miliki.

Tetapi, harus jangan dimiliki sepenuhnya sembuh itu, kerana sifat hamba ini sentiasa diuji. Saya hanya pohonkan, dikurniakan sedikit sabar yang berpanjangan dan iman agar segala badai dapat di mengerti dan seterusnya dinikmati.

Doktor berhujah, rosak sendi itu tidak terubati, hanya mampu dibendungi. Usahakan agar sel putih tidak melebihi, sel merah harus mampu menandingi. Bagaimana boleh terjadi? itu soalan yang sentiasa meniti, namun harus diyakini, segalanya aturan Ilahi Rabbi.

Saya mungkin terasa sakit dengan semua ini, tetapi nikmat terbesar yang sentiasa di sisi adalah nafas hamba yang masih saya miliki. dan nafas ini yang telah memberi izin saya merasai nikmat yang agung tiada bertepi, IMAN DAN ISLAM.

Terima kasih ya Allah.

17 comments:

Nadiah Sidek said...

deena sakit apa? lama dah ke sakit tu?

deena farhana said...

to Nadiah sidek,

anemia n rosak sendi. dah bertahun..tmkasih atas doa kak ye.. :)

melatidaisy said...

salam alaik ya ukhtil ghaliah..

selamat kembali..semoga deena terus di beri kekuatan utk teruskan perjuangan..melatidaisy sentiasa mendoakan deena di sana..

ukhwah ini indah, walau tanpa pertemuan tetapi tinta di sini menjadi pohon bicara dan utusan doa menjadi buah mahabbah fillah :)

salam ukhwah .. fi amaanillah :))

My New Life Begin.. Be a good Wife, daugther , Eldest sister and Future Moms.. said...

Semoga Allah memberi kesabaran dan kesihatan yg baik pada adik ya.. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan adik, wlaupun kesihatan tidak mengizinkan adik.. akak sentiasa doakan adik.. :).. senyum2 selalu ya dik..

tajnur said...

Salam!
Saya pun tak berapa jelas kenyataan ukhti, adakah anaemia atau leukaemia? Tetapi bila sakit terutamanya tulang panjang ini melibatkan masalah pengeluaran sel darah merah oleh sum2 tulang. Tetapi itu bukan mslah besar krn org kurang anggota pun mampu menghasilkan kadar darah yg normal. Yg menjadi mslah besar adalah sakit sendi krn cabangan adalah banyak namun begitu, jgn risau krn enti masih muda lagi dan pembinaan antibodi adalah tinggi. Yp penting sekali adalah kekuatan doa kita adalah doa dan kekuatan kita spt ternyata dlm Surah AlHadid:22 Wallahualam

selendangjingga said...

salam.
semoga akak sentiasa diberikan kekuatan dan ketabahan dlm meneruskan segala urusan..
moge akak cepat sembuh.
dan moge akak sentiasa dlm rahmat dan perlindungan-Nya..
=)

deena farhana said...

to melatidaisy,

syukran ya ukhti..terasa sehat bila ada shbt seperti melatidaisy..trm ksh atas ingatan tulus indah ini..

salam penuh kasih dr deena buat melatidaisy..

deena farhana said...

to Puan Sufy,

trm ksh byk2 ats doa kakak tu..sy pasti sgt mghargainya..kak pun take care ya..

keep in touch..

deena farhana said...

to tajnur,

sy pesakit anaemia.

sy perhatikan anda ini unik. sy teringin skali memberi komen di laman anda,tetapi still no more entry??

apepun,sy hargai kdtgn anda disini dan trm ksh atas semua komen anda.

deena farhana said...

to selendangjingga,

slm pkenalan dr kak utk adik..trm ksh atas doa indah dr adik..kak sgt2 mghargainya..

insyaAllah,kak akan cuba follow entri2 adik ye..

slm ukhuwah dr kak utk adik manis.. :)

ismihairil said...

senyum la sket...




sket lg...




lg...



haa....camtu la deena...
cayalah....~

:D

cun09 said...

salam dik...

semoga cepat sembuh ^_^

Werdah said...

Salam Deena,

Semoga tabah dengan ujian dan semoga cepat sembuh.

tajnur said...

Salam! ya Ukhti,
Janganlah enti merasa sedih dan rendah diri ttg pemberian Allah. Kuatkan iman, kerana pernah Ummu Haram, ibu susuan Rasulullah saw memohon doa spy Rasulullah pohonkan kpd Allah supaya dipjgkan usianya agar dapat zmn dimana umat Islam ketika itu digelar Raja Bahtera diLautan (Kjaan Muawiyah). Bygkanlah dgn usia mencecah 100 tahun, Ummu Haram mampu sama2 pergi berjihad (berperang) membuka Cordova, Sepanyol sehingga syahid disana dgn puluhan anak panah dibadannya. Tentera Islam mencapai kemenangan besar dan membina Mesjid Ummu Haram sempena namanya sehinggga masih sekarang. SubhanAllah...

deena farhana said...

to ismihairil,

thanks..lps ni sy senyum sampai tlinge ye..

hehe..

deena farhana said...

to cun09,

trm ksh kak... :)

deena farhana said...

to Werdah,

trm ksh atas doa tu..moga ukhuwah kita dalam redha Allah.. :)