05 March, 2010

Rumah biasa dengan keimanan lebih baik daripada istana dengan kemungkaran


Bismillahirrahmanirrahim..


Terdapat kisah seorang wanita yang hidup dalam rumah biasa. Dia sentiasa menyembah Tuhannya, mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan.

Dia merasa lebih bahagia daripada wanita yang hidup di istana yang megah, dengan dikelilingi menara-menara yang mencabar, orang gaji dan sekuriti.

Wanita beriman yang duduk di rumah yang serba kekurangan dengan berbekalkan sepotong roti gandum dan air tawar, bersamanya kitab dan tempat memuji Tuhan, lebih bahagia daripada wanita yang hidup di menara dengan bilik-bilik indah sedangkan dia tidak tahu siapa Tuhannya, siapa tuannya, dan dia juga tidak mengikuti Rasulnya.

Segeralah engkau fahami makna sebenar kebahagiaan. Kebahagiaan bukan dalam satu pentakrifan sederhana dan menyesatkan. Ramai orang menyangka bahawa apa yang difikirkannya adalah benar.

Mereka mengira bahawa kebahagiaan adalah dengan wang ringgit, dolar, dinar, dirham, tilam lembut, pakaian indah, makanan yang lazat, minuman segar, dan kenderaan mewah.

Kebahagiaan sebenar adalah keredhaan hati, kerendahan nurani, perasaan yang tenang, jiwa yang bergembira. Kebahagiaan adalah ketenangan jiwa, ketenteraman batin, hati yang terbuka, budi pekerti yang baik, akhlak mulia yang diikuti dengan sifat menerima dan berasa cukup dengan nikmat yang diberikan.

5 comments:

Anonymous said...

yes......

become a first comment...

award2x....!!


"peliharalah rumah anda"

Unknown said...

very truth...!!

deena farhana said...

to ismihairil,

yes!! become first commentator!!!

nti sy bg award ye ^_^

Unknown said...

betul tu kak..apa gunanya gelak ketawa sana sini dengan kemewahan dunia tp hati tidak tenang..huhu

harap akk sihat..=)

tajnur said...

Salam!
Apalah yg hendak dikejar dlm hidup ini? Kita hidup didunia ini hanyalah sementara saja. Ekoran dari sumpah setia (bai`ah) semasa kita di alam Ruh dimana bahawa kita mengaku keEsaan Allah SWT dan turun ke bumi menunaikan amanah dan persaksian kita spt ternyata dlm Surah Al`Araaf:172 dan Surah AlAhzaab:72. Tetapi malangnya, lebih ramai mrk yg lupakan tujuan asal dan mrk sendiri telah menyaksikan diri2 mrk sendiri krn tertipu dgn penghidupan dunia (Surah AlAn`aam:130. Wallahualam