19 December, 2009

Hijrah terbesar


Salam ma'al hijrah 1431 buat semua. Moga segala yang berlalu memberi sedikit saham yang baik untuk kita semua.

Saya sibuk beberapa hari ini, ada saja kerja yang perlu diselesaikan. Di samping itu, menyibukkan diri demi mendengar cerita dan 1001 kisah dari bonda sepanjang mereka berada di tanah suci.

Seronok mendengarnya, yang pasti semuanya dapat dijadikan teladan dan sempadan. Saya sangat bersyukur pada Allah kerana melindungi perjalanan kedua ayah bonda saya.

Berbicara soal hijrah, banyak cabangnya. Tetapi, hijrah menuju ke alam barzakh itu adalah yang terbesar bagi saya. Bagaimana dan setakat mana sudah kita membuat persiapan untuk menghadapi hijrah yang paling besar ini.

Allah tidak pernah menjanjikan kepada kita bahawa umur kita ini panjang. Kalau di hitung-hitung sebenarnya, nyawa kita ini sehari-hari melentok liuk di hujung jari, cuma kita sahaja tidak menyedari.

Jika ada yang tidak faham, bagaimana membuat persiapan untuk hijrah terbesar ini.

Tepuk dada, tanya iman. *sambil tepuk dada sendiri..

*Ya Allah, jika umurku Kau takdirkan masih panjang, pandulah aku di jalan-Mu. Jika umurku Kau takdirkan hanya tinggal seketika, berikan nusrah-Mu, agar aku bisa menggapai syurga-Mu. Amin.

8 comments:

Unknown said...

erm...minta2la diberi keberkatan umur...

Jard The Great said...

huhu... kalo dipanjangkan umur... nnt dosa ja yg bertambah..

deena farhana said...

to iqbal syarie,

amin, moga berkat segalanya..

deena farhana said...

to Jard The Great,

ya, betul juga, lebih baik mati kan kalau macamtu, jadi anda sudah bersedia untuk menempuh mati itu?

nice to know u miss Jard:)

deena farhana said...

to Jard The Great,

thanks 4 drop some words here..

im glad to know u as sabahan.

deena farhana said...

to Jard The Great,

salam perkenalan dr saya.

DAKWATUNNISA said...

Ibnu Masu'd berkata:
"Perkara yang paling menyedihkan bila tibanya tahun baru adalah umurku bertambah lagi tapi amalanku tidak bertambah.."

Jom kita sama2 tingkatkan amal kita.

Honeyz said...

betul3x.. samalah juga dgn soal birthday.. teringat kata2 seorang ustaz, berkaitan ucapan bday. katenya jgnla diucapkan "semoga panjang umur", sbbnya umur kita smmgnnya dah Allah tetapkan panjang pendeknya. lgpn umur panjang juga bukanlah jaminan amalan kita juga akan bertambah, malah dikhuatiri dosa pula yg kian bertambah, nauzubillaahi min dzaalik.. n sbb tu, ustaz tu cdgkan, kalau nk wish bday pd seseorang, katanya ucaplah "semoga diberkati umurmu" instead of "semoga dipanjangkan umurmu"..

wallahu a3lam.. skdr menyampaikan.. mg ada manfaatnya :)