Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, pagi ini ada sedikit ruang untuk berziarah ke blog sahabat-sahabat. Riang rasanya membaca pelbagai coretan yang mana begitu banyak manfaat dan juga sebagai renungan.
Ziarah ke blog uncle pie dan beberapa sahabat saya di Mesir, terdetik nak sentuh pasal lesen judi yang telah diluluskan kerajaan Malaysia kepada BERJAYA, sebuah syarikat judi sempena bola sepak piala dunia jun ini. Aduhai..sedih sangat. Sudah pasti umat Islam di negara kita ini juga ramai yang akan ikut berjudi.
Mohonlah entri saya ini tidak disalah tafsirkan sebagai ingin membuat provokasi terhadap kerajaan. Saya bukan orang politik, jauh sekali yang ekstrem berpolitik, cuma saya merasa perlu dan ingin meluahkan pandangan dari mata hati sendiri.
Dalam Islam judi adalah haram, mempertaruhkan nasib itu haram. Tolonglah faham. Kesannya pada kita pasti negatif. Perlu diingat, agama rasmi negara kita adalah Islam, maka kerajaan harus mengambil serius soal mempertahan imej sebagai negara Islam.
Saya ni boleh bising kat blog je lah, sekadar mencoret macam ni bukan kuasa besar pun untuk batalkan semula judi yang sudah diluluskan tu. Cuma, saya ingin berkongsi, memberi buah pandangan agar kita dapat membuka mata hati atas beberapa isu yang boleh mengganggu gugat imej Islam itu sendiri.
Peehhh, deena farhana macam ustazah pulak hari ni :P alah, ini untuk kesedaran bersama, nanti kalau bala turun semua kena..nauzubillah.
Sekarang, lesen sudah lulus. Orang dah berpusu ke tempat-tempat judi, dan paling malang kebanyakannya terdiri dari orang-orang kita. Jadi, apa kita nak buat sekarang ni?
Papa saya kata "tunggu pilihanraya akan datang"..alahaii, janganlah lepas ni dapat pulak emel kata blog saya tali barut pembangkang..ngeh3x
p/s: jangan lupa, layan thomas cup semifinal Malaysia vs China jumaat ni. Layan je, jangan berjudi plak! ok. Excited tgk Hafiz Hashim main semangat semalam sampai kek hangit. Huhu..
24 comments:
Salam...
Judi merupakan dosa besar dan sama seperti meminum arak, bertenung nasib dan menyembah berhala. Ia merupakan amalan syaitan dan syaitan merupakan makhluk yang dilaknat oleh allah s.w.t. Di dalam tafsir Ruhul maani dalam membicarakan ayat 90 surah al-maidah menyatakan bahawa:
"Allah s.w.t menyebut arak dan judi bersama patung berhala dan tenung nasib untuk menunjukkan arak dan judi sama keji dan sama besar dosanya dengan menyembah patung dan bertenung nasib".
kek hangit sibbaik hati pon tak hangit sma... sapa bertaruh hafiz kantoi semalam mesti kalah dan bersalah di sisi Ilahi
salam alaik ukhtil mahbubah..
sgt sedih dgn keputusan yg dibuatt tu..pun begitu teruslah berdoa agr kerajaan menarik balik kelulusan tu..smoga golongan2 agama yg berpengaruh tampil ke depan utk mempertahankan hak ALLAH..kits jaga hak Allah, Allah jaga hak kita..
serius takutn bile memikirkn malaysia in future(T_T)
Assalamualaikum wbt
Sebagai pemimpin (ra`ie), sepatutnya merekalah yang memelihara rakyat dari gejala kemiskinan, kekufuran akidah, ancaman musuh malah menyediakan perkara2 asas seperti rumah, tanah, air, elektrik dan makanan sebagaimana Rasulullah saw lakukan sebaik sahaja berhirah ke Madinah dari hakmilik awam (public ownership)Surah AlA`araaf: 31 قُلۡ مَنۡ حَرَّمَ زِينَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِىٓ أَخۡرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّيِّبَـٰتِ مِنَ ٱلرِّزۡقِۚ قُلۡ هِىَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ فِى ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا خَالِصَةً۬ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِۗ . Tetapi apa yg berlaku skrg adalah masalah rakyat kufur atau mati bukan mrk malah tetapi tujuan utama mrk beria2 utk meluluskan lesen judi adalah dapat bahagian dari lesen yg dikeluarkan. Soal rakyat berjudi, menang atau kalah, yg penting mrk dpt bahagian yg dirasuahkan oleh syarikat tersebut dan % (peratus) dari keuntungan lesen yg diwujudkan.
Surah AlA`raaf:169 يَأۡخُذُونَ عَرَضَ هَـٰذَا ٱلۡأَدۡنَىٰ وَيَقُولُونَ سَيُغۡفَرُ لَنَا وَإِن يَأۡتِہِمۡ عَرَضٌ۬ مِّثۡلُهُ ۥ يَأۡخُذُوهُۚ
Bhgn kanan pun dapat, dikiri pun dapat. Beginilah kalau mereka yang lari dari petunjuk Allah SWT dan hidup dalam Sistem Gelap dimana boleh merabut apa saja yg mereka inginkan asalkan ada kuasa ditgn mrk (Surah AlBaqarah:267 وَلَا تَيَمَّمُواْ ٱلۡخَبِيثَ مِنۡهُ تُنفِقُونَ وَلَسۡتُم بِـَٔاخِذِيهِ إِلَّآ أَن تُغۡمِضُواْ فِيهِۚ
malah dgn mudah sangat menyangka Allah tetap akan mengampunkan dosa2 mrk. Allahu `alamubmuradihi bizaalika. Wallahualam
kek hangit?erk....Tahniah kak!next week kita masuk tadika balik.hehehehehe(gurau2)
Erm,pasal judi..mmg saya sgt tak setuju.Apa yg berlaku pada kawan saya pun lebih kurang sama jugak,iaitu suka betting.Selalunya betting pasal bola lah,dan kalo saya ada ditempat kejadian,mmg kena direct sound aje...masalah skrg ialah bukannya org tak tahu pertaruhan,betting,judi tu haram..tapi masalahnya syaitan jadikan terasa indah perbuatan mcm tu-(9;37)...kita pun tak terkecuali..huhu
a'ah, terbaca jgk psl tu. tak tau la nak kata mcm mana. org duk bantah pun tetap juga nak luluskan. mcm mana la pemimpin2 kita nak jwb depan Allah nnt..
tak tahu la nak komen mcm mana
kuasa bukan di tangan kita, berdoa je la
hmmm....entahlah dunia skrg ni.......duit punya pasallah tu menyebabkan manusia lupa atau buat2 lupa tentang hukum judi.............mintak dijauhkan dr kita semua...
salam mahabbah ikhwah wa akhawat..
mmg rasa sgt kesal dgn tindakan kerajaan. hmm...tidakkah mrk takut akan laknat Allah.
malaysia ni dh lama hidup dlm kesenangan.
itulah sbb ramai yg lalai dan lupa.
klu dibiarkan maksiat dan kemungkaran berleluasa, bala Allah akan menimpa bkn ke atas org yg mungkar sj tetapi ke atas org beriman juga. Na'uzubillah...
sudahlah gejala sosial, zina dan pembuangan anak dan sbgnya tidak terkawal. tambah lagi dgn kemungkaran judi ini yg dihalalkan oleh pemimpin negara sendiri. MasyaAllah...
semoga para ulamak dan badan2 Islam bangun bersuara mempertahankan Hak Allah spt yg dikatakan oleh ukhti Melati.
Ya Allah ampunilah kami. Berikanlah kami kekuatan, kebijaksanaan dan pertunjuk-Mu utk teguh menegakkan syiar agama-Mu. Mgajak kpd ma'ruf dan mencegah kemungkaran. Amien.
Allahu'alam...
Silat Lawat Ke Blog Saya
Untuk Menerima Anugerah Dari Saya,,
Sila2
inilah yang dikatakan hari kiamat semakin dekat. :(
Salam Deena.
Nak kata jahil, dalam pembelajaran di sekolah ada diajar ayat tentang haramnya judi.. jangan kata tak ternampak lagi sudahlah... terkenang suatu masa dulu.
to Abd Razak,
wslm..dah trg, jelas lg bersuluh judi tu haram, tp selalu buat2 xnampak..moga kita semua dijauhkn dr azab Allah..
to cemomoi,
haha, thomas dah over br sy jwb komen ni..msia kalah 3-0 semifinal...hafiz xsempat main pun..huhu
to melatidaisy,
ya ukhtil gamilah melatidaisy..
kita doa sama2 agar kita dilindungi dr azab Allah dan mudah mudahan para ulama tampil mempertahankn hak Allah..ameen insya Allah..
to tajnur,
bginilah keadaannya bila pemimpin menjadikan agama bukan yg utama..moga kita dilindungi dr murka Allah..
to iqbalsyarie,
masuk tadika?? huhu
teruskan tinta juang agar yg berada ditampuk pemerintahan bisa merasa jihad tulisan kita..
to Nadiah Sidek,
tu la, moga negara kita dilindungi dr murka Allah..
to fa10,
insya Allah, teruskan berdoa..
to Ibuhani,
duit lebih penting dr segalanya..itula yg selalu nampak skrg ni..
to nur_islam,
:( sayu je baca..ya Allah...ampuni kami...teruskan berdoa kak...
to LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN,
insya Allah, i'll be there..thanks 4 the award :)
to Nida,
betul tu kak...ya Allah... :(
to Werdah,
betul tu...buat2 xtau dan xnampak hukum jelas kata haram..
Post a Comment