Bismillahirrahmanirrahim..
Akhir-akhir ini saya agak sibuk, mohon maaf pada sahabat-sahabat yang berziarah ke teratak usang saya ini kerana mungkin ada beberapa sapaan mesra dari kalian yang lewat saya balas dan mungkin juga belum berbalas. Apapun, terima kasih dari saya dan saya sangat menghargainya :)
Mohon maaf juga pada sahabat blogger sekalian kerana kebelakangan ini saya tidak punya masa untuk berziarah dan membaca entri-entri hebat di laman kalian, insya Allah akan cuba mengikuti kembali.
Saya sebenarnya tak tahu nak tulis entri ni tajuk apa sebab saya rasa benda ni macam balik-balik dah. Tapi tak pe lah, bubuhlah tajuk yang gempak sikit. Sekali baca tajuk macam mengada-ngada pulak..huhu.. Sebenarnya, saya hargai sangat pada sesiapa yang pernah dan selalu hantar emel kepada saya dan untuk ke sekian kalinya saya buat entri tentang satu lagi emel yang saya terima.
Kebanyakannya emel dari mereka yang tidak saya kenali dan saya akui, mungkin sejak wujudnya blog ini menyebabkan sahabat dan kenalan saya bertambah. Saya hargai sangat.
Ada yang menghantar emel menghulurkan salam persahabatan dan ukhuwah, dan tidak kurang juga yang sudi memberi teguran membina dan tidak kurang juga yang memberi kritikan hebat. Saya sedar, mungkin kerana masih baru dalam dunia blogger dan semua coretan pun agak tidak sempurna.
Saya sedar, sebagai manusia biasa ini tidak pernah sempurna pada setiap geri dan perlakuan. Jadi setiap kritikan itu walau pedas macamana pun, kena anggap sebagai rencah hidup dan berlapang hati terima.
Saya tahu, ada beberapa orang silent reader blog saya ini. Walaupun hanya silent, saya sangat berterima kasih dan rasa gembira. Sama ada baca entri-entri saya hanya selingan atau sebagai suatu pengharapan untuk tatapan jiwa dan rohani, semuanya saya ingin raikan sebagai tanda terima kasih.
Kisah semalam, buka peti emel..niat nak tengok kiriman emel dari sahabat saya dari mesir, tapi belum sempat tengok, dah terpandang emel yang satu ni subject 'buang masa je!'. Saya pun buka dan baca. Panjang juga emel tu, tapi tak larat dan tak nak lah publish di sini.
Cuma nak publish ayat terakhir dia je "baik awak delete je lah blog awak ni!". Alahai..saya tak sakit hati pun. Kelakar adalah. Tau kenapa saya rasa lucu dan kelakar? sebabnya saya nampak umpama macam ni lah..kita datang rumah orang yang sunyi sepi, kemudian kita mengamuk sorang-sorang, guling-guling atas lantai rumah orang tu, hentak kepala kat dinding..jerit-jerit, melalak kuat-kuat..tapi rumah tu sunyi je. Tak kelakar ke?
Kadang saya terfikir, apalah yang tak kena dengan blog saya ni sampai kena suruh delete. Saya tengok blog-blog sahabat-sahabat saya yang lain alahai..cool aje, suka hati nak buat entri apa. tapi takpe, mungkinlah ada beberapa benda yang saya telah tersilap dan menulis bukan pada tempatnya. Saya mohon maaf untuk itu.
Ok, buat si penghantar emel 'buang masa je!', saya akan delete pena farhana ni, dengan syarat anda tampilkan diri anda di laman saya ini dan bukan di peti emel. Tampilkan siapa diri anda supaya saya boleh tahu anda siapa. Ok.. ;)
Sahabat-sahabat budiman, para pengunjung serta silent reader sekalian, deena farhana nak kata, tulus dari hati ini.. pena farhana yang dhaif saya miliki ini, hanyalah sebuah blog peribadi. Saya ulang kembali, ini hanya blog peribadi. Saya ini masih mentah dan tidak layak untuk menulis dan hasilkan blog stail ulamak, mana-mana entri saya yang kelihatan seperti ilmiah, saya mohon apa yang baik kita kongsi bersama, dan mana-mana entri saya yang bukan ilmiah (peribadi) juga saya mohon diterima sebagai selingan dan mungkin juga sifat lemah saya sebagai hamba Allah.
Huhu, panjang lebar pulak entri ni. Saya ni tak suka sangat tulis entri panjang-panjang, sebab saya takut saya atau anda semua bosan baca. Tapi tak pe lah, dah tertulis panjang, saya mohon dilindungi dari segala amarah syaitan dan kita semua dalam lindungan Allah.
20 comments:
kalau pun dia suruh delete.....haknya pd farhana bukan dia...manusia kan. Biar apa pun org ckp.....pd k.ani blog adalah tmpt curahan hati kita. Kalau suka....baca.Kalau tidak x per....take care Farhana :)
assalamualaikum akak ku sayang :)
teruskan tarian pena akak kerana ini medan kita berukhwah.. sy pelik kenapa disuruh delete..sedangkan pada mata sy tiada salahnya apa yg akak tulis, sekalipun ceritera peribadi tiada salahnya sbb ini blog peribadi..dan yg jelas lagi nyata tulisan2 akak takde mengandungi unsur2 yang dilarang agama..maka teruskan senyumanmu dan teruskan perjuanganmu wahai akak :))
salam sayang dr melatidaisy utk kak deena ^_~
Salam...
Sabar sister, biarlah orang nak kata apapun, asalkan kita tetap dalam ruang yang tidak menyimpang dari ajaran Islam. Andai manusia ni punya iman yang mantap dia tidak akan keluar dari ruang yang Allah tegah...
**Tak faham saya, buat baik pun orang tak suka**
salam,
setuju dgn A Razak.
Assalamualaikum wbt
SubhanAllah! Jgnlah enti rasa gundah dgn komen2 mrk krn itu hanyalah ujian yg terlalu kecil sahaja. Tinggalkan sahaja kata2 mrk dgn kata2 baik dan mendiamkan diri sebagaimana perintah Allah SWT dlm Surah AlMuzammil:10-11 وَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَٱهۡجُرۡهُمۡ هَجۡرً۬ا جَمِيلاً۬ (١٠) وَذَرۡنِى وَٱلۡمُكَذِّبِينَ أُوْلِى ٱلنَّعۡمَةِ وَمَهِّلۡهُمۡ قَلِيلاً
Tak ada maknanya melayan org seperti ini dan mmg kerja2 ada sbhgn org menghabiskan masa mereka mcm ni dan sudah tentu tidak ada penghujungnya. Sejauh manapun mrk dapat tunjukkan krn org sebelum ini pun dah buat sedemikian tetapi tak sampai pun sepersepuluh (10%) dari org2 sebelum ini dan begitu juga org sekarang (Surah AsSaba:45 وَكَذَّبَ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ وَمَا بَلَغُواْ مِعۡشَارَ مَآ ءَاتَيۡنَـٰهُمۡ فَكَذَّبُواْ رُسُلِىۖ . Kalau nak katakan ilmiah dari segi istinbat hukum bagi mrk yg ambil PhD sekalipun, ilmu agama yg mrk pelajari lebih kpd pencarian membenarkan sistem sedia ada dan menjauhi dari agama Allah Yang Haq! Saya sendiri pun rasa terkejut apabila mrk yg digelar mualimun boleh melaga2kan ayat Allah sebahagian dgn sebahagian, dan fatwa mefatwakan kononnya hendak membenarkan kerja2 mrk wpun tidak mengikut qawaid Usul AlFikh tersebut. Byk2 sabar dgn gangguan mrk dan jaga kesihatan selalu, jgn sampai nail BP. Wallahualam
hemmm
memang klakar, tapi itu le cabaran, tambahan pula kalau berdakwah lebih hebat le dugaannya.
apapon mamat tu barangklai rasa dia sorang yang berbudi bahasa tapi tak reti bahasa bila masuk ke rumah orang
malang kalau berasa diri hebat
pelik la akk, knp ada je yg menghantar emel2 mcm tu kat deena. kalau tak suka sesuatu blog tu, klik aje butang 'close' kat atas tu..habis cerita. kan ke mudah tu. isy, tak fhm sungguh
die takot tu,,itu sume cakap x serupa bikin,,,
cakap je lebey,,,,munculnya xmo,,ok,,,
hee,,,,
to Ibuhani,
trm kasih k.ani..ukhuwah indah ini sgt mggembirakan sy..biarkanlah..biasalah manusia mcm2 ragam.. :)
to melatidaisy,
waalaikumussalam adikku syg..
trm ksh atas sokongan padu dr melatidaisy, lumrahla manusia..ada saja yg xpuas ht, xpelah, mgkin kak pun ade silap gak..kena muhasabah diri..trm ksh skali lg..kak sygkn ukhuwah kita di alam maya ini, insya Allah bersua muka nanti..
to Abd Razak,
trm ksh :) moga sy juga sentiasa bermuhasabah atas semua kesilapan sy :)
to piewahid,
trm kasih uncle pie :)
to tajnur,
trm ksh skali lagi, setiap tulisan saudara memberi byk manfaat dan renungan buat sy dan mungkin juga semua yg membaca.
ye..sebaiknya kita ambil jalan mendiamkan diri..trm ksh skali lagi :)
to cemomoi,
hehe..trm ksh..sy juga byk buat silap, selalu berharap sentiasa dpt bermuhasabah..trm ksh ats sokongan :)
to Nadiah Sidek,
itu lah kak..sy pun pelik juge..xpe..mgkin ade la slek skit sy ni..tang tulisan ke..ape2ke..atau org yg slalu xpuas ht dgn tulisan sy sejak dulu lg..mmg sedar diri pun sy..xhebat, sekadar nk coret2 kt blog, byk la klemahan yg xdisedari..
to LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN,
hehe...timekasih selalu jenguk sini n drop komen :)
itulah asam garam berblog. saya pun pernah mengalaminya ....
ada orang tidak puashati dengan n3 yg dipaparkan, akhirnya blog tersebut diprivatekan.
yang sekarang ni blog ke2 saya, letak cerita2 harian yg ringan2 jer
Salam Deena.
Hari ini nak suruh Deena panggil makcik je, sebab umur makcik lebih dp umur ayah Deena.
Deena, manusia ni pelbagai ragamnya, kadang2 menghiburkan kadang menjengkilkan, apalah niatnya hingga nak mengajak orang mengikut kehendaknya.
Teruskanlah perjuangan Deena kerana niat Deena pasti baik. Allah Maha Mengetahui.
to fa10,
ye..biasalah ni..ada je org xpuas ht..kita terima lah dgn hati terbuka.. :)
to Werdah,
kena pggil makcik ke..? mmm, ok..klu itu pmintaan tulus, sy dgn senang hati akn pggil makcik..kagum dgn makcik..mesti byk pgalaman dlm hdup..respect kat makcik werdah..
trm ksh sbb makcik werdah selalu bg sokongan..moga ukhuwah kita diredhai dan berpanjangan... :)
Post a Comment