19 May, 2010

Kenapa tak boleh?


Bismillahirrahmanirrahim..


Lama juga tak update, sampai cemomoi kata "lama beno memendam rasa ni"..huhu.. memang lama pun, sampai thomas cup dah lama setel dah. Malaysia, sila usaha lagi ye.

Ok, hari ni saja je post pasal budak sorang ni. Waktu tu papa ada urusan luar daerah, so saya kena ganti tempat papa kat sekolah. Nak storylah pasal celoteh budak-budak yang saya jumpa. Banyak yang buat saya senyum, mulalah ingat perihal diri sendiri waktu umur-umur macam tu.

Nak pendekkan cerita, saya masuk la kelas tahun empat.

saya: Assalamualaikum semua.. (tapi salam tak dijawab :P)

ketua kelas: kelas bangun! assalamualaikum ustazah!

murid-murid: assalaaaaamuaaaalaikum ustaaaazaaaaaaaaahh! (peh, saya bagi salam tak jawab, nak saya lak jawab salam..heii laa..bebudak...)

saya: waalaikumussalam warahmatullah..

Saya pun mula buka buku, nak start mengajar lah. Tapi pelik, murid-murid tu semua masih setia berdiri. Ohh, lupa nak suh duduk..manalah ceq nak tau..ceq bukan bertauliah pon :P (awat kluaq bahasa utagha plak ni?) haha..

saya: sila duduk murid-murid sayang.. (sambil senyum secomel mungkin..haha perasan :P)

Tengah-tengah mengajar tu, budak perempuan (tak ingat dah nama apa..hehe) yang saya nak story ni pun tetiba angkat tangan dan berdiri..

budak perempuan: ustazah, saya ada soalan..

saya: ya, sila2 (peh, gaya kalah pensyarah maktab :P)

budak perempuan: ustazah, kenapa orang Islam tidak boleh makan babi dengan minum arak? pehh...soalan keluar tajuk, saya ajar Sirah Nabawi..huhu..tak sangka pulak budak nak tanya camni. Saya pun tutup buku Sirah. Dok pikiaq ayat mudah yang bebudak senang nak paham le..kang ceq explain stail unibesti, kompom bebudak ni nampak bintang-bintang kat pala.

saya: ayam kita boleh makan tak?

murid-murid: booleeehh!

saya: kambing kita boleh makan tak?

murid-murid: booleeehh!

saya: lembu kita boleh makan tak?

murid-murid: booleeehh!

saya: babi kita boleh makan tak?

murid-murid: haraaaaaaaaaam!

saya: ok, milo boleh minum tak?

murid-murid: booleeehh!

saya: sirap bandung boleh minum tak?

murid-murid: booleeehh!

saya: kopi boleh minum tak?

murid-murid: booleeehh!

saya: arak boleh minum tak?

murid-murid: haraaaaaaaaaaaaam!

saya: ok, Allah bagi banyak dah, boleh makan, boleh minum itu ini, tapi Allah kata babi tak boleh makan, arak tak boleh minum.. sebenarnya Allah saja nak uji sama ada kita ni, boleh ikut perintah Dia atau tak, itu je. Siapa boleh ikut perintah Allah, balasannya syurga..yang tak boleh ikut larangan Allah, balasannya neraka..

murid-murid: oooooooooooooh.. (ceq pon tak tau depa paham ka dak :P ..hentam pi la)

Tetiba budak perempuan yang bertanya tadi berdiri lagi. Aduhh..bila nak abes daa..

budak perempuan: ustazah, daddy saya minum arak, so daddy saya masuk neraka la?

mak aihh...ceq tak tau nak terang lagu manaa ni...pak dia minum arak la pulokk.... haihh..kang habaq "ya..daddy hang akan masuk neraka" sampai kat pak dia, mampuih ceq!

saya: ok, nanti jumpa saya kat bilik guru ye (sambil senyum maintainkan kecomelan) huhuuu.

Saya tertarik la dengan perwatakan budak ni, dia suka tanya soalan. Saya tanya la guru-guru kat sana, rupanya memang budak ni pintar, selalu dapat nombor satu dalam kelas.

Pengalaman ganti papa sehari tu nice je.. nanti pegi ganti lagi, saya story lagi ye. Kalau ada story le..hehe..

Selamat Hari guru buat semua pendidik terutama papa dan mama yang bertugas mendidik saya sepanjang hayat, dan semua guru yang pernah mengajar saya. saya doakan kalian sentiasa di rahmati Allah.

p/s: sebenarnya ada pic saya dgn budak tu kat atas, tapi sy dah remove, takut pak budak tu see entri..huu, xpasal2 riuh marudu ni.

Satu lagi, buat kak Nadiah, Lokman dan Khalifah_Allah, terima kasih award, nanti saya ambil ye, mohon jangan jauh hati sebab tak post award tu lagi..happy sgt la dpt award..hee

18 comments:

melatidaisy said...

salam alaik ukhtil ghaliah :)

alahai..same comel je ustazah ngan anak murid..hehe :) disebab kan akak mengajar walaupun sehari, so xterlambat lg kot nk ucapkan happy teacher's day !

kesian adik tu, tp alhamdulillah Allah anugerahkan dia kepintaran..semoga dgn sifat dia tu dpt mnjadi asbab utk ayah dia berubah.

fi amaanillah daiman kak..salam syg selalu =)

cemomoi said...

khusyuk baca

soalan mencabar minda dan psikolgi camana la nak buat bebudak ni dapat terangkan kat ayah dia supaya berubah.. dulu pnah jadik fasilitator kem bina semangat ada gak yang hadapi masalah keluarga.. poning kita bila jadi kaunselor pulak. apa pon moga hidayah diberikan kepada kita dan keluarga kanak-kanak pintar tu

Abd Razak said...

Salam..:)

Begitulah kanak-kanak melihat dari sudut ilmu yang dipelajari mereka bahawa ada perkara yang ditegahkan oleh Allah tapi tetap juga manusia mengerjakanny. Maka timbullah soalan-soalan yang menjadi tandatanya di hati mereka.

Nadiah Sidek said...

adoi..kalau akk ditanya soalan byk2 mcm tu blh jd mati kutu dibuatnya. susahkan nak explain ikut pemahaman budak2 besar tu

ZihNuN FaTiN said...

budak2 pn tau halal haram..yg pelik,org2 dh besar pjg tau tp buat2 xtau..huhu

iqbalsyarie said...

menarik!!!!menarik!!patutla akak busy~~dah mula mengajar dah upanya...lama tak dengar kabar!

Saya pun selalu je kena tanya soalan,dan kdg2 agak tak munasabah gak.hehe..tapi baguslah,at least ini menunjukkan mereka ingin dgn islam~

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

aahh sudah,,,
lepas tu ape ustzah cerita kat budak tu di bilik guru??

story la,,bez nak dengornye....

ok2,,hamek lerr

cun09 said...

salam deena ^_^

soalan yg 'mencabar' !!! sebab tu org cakap ketam mengajar anak berjalan betul tp ibu ketam pun tak jln betul, apa yg kita buat kat rumah pasti anak2 akan mengikuti...

**maaf lama akak tak mai 'umah' adik kita ^_^

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Semakin majunya teknologi internet semakin mencabar soalan2 yg mrk kemukakan sehingga ada suatu ketika seorang ustaz terkejut dgn soalan2 berbentuk ilmiah dari pelajarnya dlm tingktan dua. Diantara soalan yg dikemukakan ialah:-
1. Mengikut sirah Nabi saw, wajib solat 5 waktu berlaku ketika 2 Hijrah, bagaimanakah Rasulullah saw dan para sahabat menunaikan solat ketika itu?

2. Kenapa wajib solat 2 Hijrah dan tidak sebelum ini di Mekah pada hal byk ayat2 ttg solat telah turun ketika Rasulullah saw di Mekah (ayat Makkiyah)?
3. Ayat AlQuran manakah yg mengkhususkan wajibnya solat pada 2 Hirah tersebut?

Begitulah persoalan yg mereka kemukakan menyentuh ttg zakat, haji dsb walaupun kita tahu mereka ambil soalan2 ini dari internet krn tak mungkin mrk boleh sampai peringkat aras kognitif yg lebih tinggi dlm umur sedemikian. Apa yg penting sekali para guru kenlah ubah anjakan paradigma dari segi persediaan ilmu krn tak mungkin cukup sekadar hanya di Universiti sahaja. Wallahualam

deena farhana said...

to melatidaisy,

wslm ya ukhtil jamilah..

hehe, bilah je yg sempat tgk pic tu ye..hehe, mana ada kak comel, budak tu yg comel..ye moga adik tu mampu ubah life famly dia nti.. insya Allah :)

deena farhana said...

to cemomoi,

tmksh sudi singgah baca :)

jd kaunselor best, tp kdg pndai pening gak..hee

deena farhana said...

to Abd Razak,

wslm..

pemikiran kanak2 selalu mcm tu, nak tahu je apa2..

deena farhana said...

to Nadiah Sidek,

hee..sy pun pening gak tuh..mmg ssh kak..kena susun ayat comel skit..

deena farhana said...

to ZihNuN FaTiN,

badan besa, otak kecik..badan kecik, otak besa..tu la..buat2 xtau kn..

deena farhana said...

to iqbalsyarie,

xdela busy sgt pun, ala ganti sehari je ngajar budak2 tu..

deena farhana said...

to LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN,

hee..awk sorg je yg tye cite kt bilik guru.. ms tu smpat ckp sat je dgn adik tu coz da nk habes time skola..xdpt ckp byk pun..

deena farhana said...

to cun09,

wslm kak :)

ketam ok lg kak..at least leh merangkak lg..ini..xtaula..xde peribahasa yg sesuai da..

deena farhana said...

to tajnur,

wslm,

emm...jumpa soalan kat tenet la ye..habis tu ust tu leh jwb x?