10 May, 2010

Harga pengorbanan


Bismillahirrahmanirrahim..


Kadangkala hidup kita ini tidak pernah tulus difahami oleh sesiapa melainkan Allah zat yang maha mengerti. Bila di layar kehidupan, pernahkah kita terfikir untuk memberi kehidupan kita buat insan yang kita sayangi? mungkin ayah, ibu, adik-beradik, saudara mara, sahabat handai dan juga orang yang kita tidak kenali.

Bagi saya, syarat untuk berkorban harus tulus. Usah di canang jerih payah pengorbanan kita jika ingin ganjaran indah di akhirat sana. Setiap pengorbanan harus diiringi dengan setinggi ketulusan agar segala niat diredhai Allah.

Berkorban wang ringgit, masa, tenaga dan sebahagian organ dan anggota itu semua dalam pandangan Allah. Jika ingin meraih manisnya syurga, usah di keluh kesah harga pengorbanan itu. Tidak mudah untuk menggapai sebuah ketulusan yang agung.

Ketulusan berkorban dalam erti kata yang sangat mendalam. Seolah kita memberi nikmat yang ada pada kita demi insan yang memerlukan. Berkorban tanpa ada sesiapa yang menyedari, memberi tanpa ada sesiapa yang mengucapi.

Berkorban dan memberi bukan untuk meraih pujian dan bangga diri. Itu jauh sekali dari pandangan mata Ilahi. Kerana itu, tingginya ketulusan dalam berkorban sukar diraih meski bibir berkata hatiku tulus.

Diri lemah ini jua begitu, memiliki iman hamba. Moga Allah terus memberi kasih sayang buat kita semua.

17 comments:

Rafi Harumin said...

yang penting ikhlas nya kita itu..

wallahu a'lam

Melatidaisy said...

salam alaik habibati ukhti.. :)

keikhlasan umpama semut hitam yang berjalan di atas batu hitam dalam kepekatan malam..

semoga kita sentiasa ikhlas dalam memberi kerana erti hidup pada memberi (memetik kata2 ustz hasrizal) ^_^

salam sayang dan salam rindu buat akak yg dihormati :)

piewahid said...

salam,
t kasih bkongsi.

ada yg kata mencari ikhlas umpama mencari semut hitam di batu hitam di malam hari.

ada yg kata apabila kita berkata "saya tolong dgn ikhlas" maka hilanglah ikhlasnya kerana siapalah kita utk menilai keikhlasan dlm mlakukan sesuatu.

ada yg memberi umpama ikhlas itu bak membuang air besar (maaf kalau perumpamaannya agak kasar tetapi agak tepat analoginya), tak ada apa2 lagi yg difikirkan selepas kita tunaikan hajat tersebut.

wallahu a'lam!

terokai seni said...

ikhlaskah kita bila berharapkan syurga dan takutkan neraka? tidak seperti rabiatul adawiah yang beribadah kerana kecintaan kepada Allah biarpun dia akan dilemparkan ke neraka

soalan tu saya dah tanya pada ustaz... cuba le tanya pulak

deena farhana said...

to ashrafi,

ye insya Allah..moga ikhlas bersama kita :)

deena farhana said...

to melatidaisy,

salam ukhtil ghaliah..

betul tu, ssh meraih ikhlas sebenar, namun berdoa moga Allah buangkan sikap mazmumah..insya Allah.. slm syg kembali buat adik melatidaisy :)

deena farhana said...

to piewahid,

wslm..ini hanyalah tulisan ringan dr saya. Belum bermaksud untuk mengupas dengan lebih terperinci..saya terharu kerana entri saya ini juga mendapat liputan di blog uncle pie..baru view skit td..jap lagi nak drop komen..trm ksh byk..segan je uncle lebarkan entri saya ke sana..moga ada manfaat.. :)

deena farhana said...

to cemomoi,

hmm...bagus juga soalan ni..moga kita lebih sentiasa berfikir..nanti sy try tya dengan sapa2 yg lebih arif ye :)

econpolics said...

salam ziarah,,,
entry kali ni betol2 berguna tok diri sy ni,,yg kadang2 x bape nak betol,,

terimas,,teruskan menulis,,,leh saya dapt ilmu sikit2

Abd Razak said...

Salam..

Ikhlas tidak dapat dipisahkan dari siddiq (benar) tulus. Lurus dan benar niat dan sengaja, kerana Allah belaka, tidak mendustai diri dengan perkataan 'kerana Allah', padahal di dalam hati bersarang kerana puji, kerana mencari nama dan lain-lain. Orang yang mulutnya mengaku benar, tetapi hatinya berdusta, dia termasuk dalam golongan pendusta.

Ibuhani said...

salam farhana....pengorbanan ikhlas x perlu diberitahu krn pengorbanan yg ikhlas akan membuahkan sesuatu yg manis utk dikecapi.......n kepuasannya tdk ternilai....:)

deena farhana said...

to LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN,

wslm..trm kasih sudi ziarah ke sini.. :) sama2..ini hanya tulisan lemah dr sy..isi waktu shj.. :)

deena farhana said...

to Abd Razak,

slm :)ye betul tu..moga kita semua lebih waspada dan berhati2..mohon selalu agar hati kita semua dlm jagaan Allah :)

deena farhana said...

to Ibuhani,

wslm k.ani :)

ye..pengorbanan xperlu di war2 kerana boleh jadi ianya bkn di anggap sbg pgorbanan lagi..moga kita semua terpelihara.. seeking for mardhotillah..insya Allah..trm ksh k.ani:)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Apa saja pengorbanan yang diberi mestilah ikhlas. Surah AlBaiyinnah:5 ) وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ‌ۚ وَذَٲلِكَ دِينُ ٱلۡقَيِّمَةِ (٥)
Tidak akan datangnya ikhlas melainkan semata2 utk menegakkan Din Allah walau dalam apa jua jenis sumbangan hatta perkahwinan sekalipun. Sudah tentulah bermula pada perkara yang paling asas iaitu sentiasa berpegang-teguh pada AlQuran dan Sunah Rasulullah saw. Wallahualam.

cun09 said...

salam deena ^_^

keikhlasan di hati kita sendiri...hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...

dapat kah diri kita yg lemah ini melakukannya??

Nadiah Sidek said...

yup..betul tu. tak perlu la canang2/ungkit2 pengorbanan yg dh dilakukn. sia2 je nnt pengorbanan tu