24 May, 2010

Aiyyooo...tokojut den!



Bismillahirrahmanirrahim..

Baru tadi blogwalking, tiba-tiba nampak gambar ni, sebelum ni saya ada dengar pasal kes ni tapi saya lupa nak search gambar dia. Sekali jumpa, terus terbuat dua entri hari ni. huhu..

Saya baca kisah dia ni, aduh..rasa simpati saya menebal, bukan apa..takut dia tak sempat bunuh Nik Aziz lagi, dia dulu kena bunuh. Alahai..kalau ye pun tak suka Nik Aziz, janganlah celupar mulut sampai nak bunuh2..ingat kita ni sapa? tuhan ke? jagalah reputasi umno..kan bawa title pemuda umno, takkan la pemuda umno perangai macam ni. Kang malu PM..heii la sapuan..sapuan..

Ini dia antara bahana laman sosial facebook..hempa yang mana ada pesbuk, jangan mara ceq noh..hat mana bek buat tauladan, hat mana tak bek jadi sempadan..ceq pon tak baguih gak, masih blajaq erti hidup..

Bagi saya, berpolitiklah hebat mana pun, Umno ke, Pas ke, DAP ke, Keadilan ke, tapi pesan saya, jangan sesekali jadi dajal..berani bercakap sampai tak ingat kiamat..ingat, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Saya dengar hidup budak ni sekarang dah jadi tak tentu hala hanya kerana ugutan bunuh yang dia buat kat facebook.

Sungguh, saya rasa simpati. Simpati kat mak pak dia, ahli keluarga dia..sekarang ni orang duk cemuh dia, kata itu ini kat dia, kesian kat mak yang dah lahirkan dia, hati mak mana yang tahan kalau anak kena cemuh, walaupun nampak memang salah anak, cemuhan, makian itu sakit..

Wahai Safuan Hilmi, tak dak sapa nak halang hang politik, tapi hang jaga2..jangan sampai politik wat hidup hang haru biru naa..sian kat mak pak hang..susah payah besaqkan hang..titik peluh..hang lak wat lagu nih..aduhai..dengaq kata mata ayaq hang kena gak tempias tsunami..sian..tak pasai2 glemer ondespot..

Cadangan saya, baik bagi Safuan ni jumpa Nik Aziz face to face, biar dia tengok sendiri muka insan tua yang dia nak bunuh sangat tu. Kita tengok siapa yang nanges dulu. Sama ada Nik Aziz nanges sebab tengok muka kebudak-budakkan Safuan, atau budak Safuan ni yang nanges tengok muka tua Nik Aziz dengan ketayap lusuhnya.

Akhir sekali, saya doakan budak ni bertaubat dan selamat, begitu juga dengan ahli keluarganya. Dijauhkan dari segala malapetaka. Dikau masih muda Safuan, jangan stopkan riang hidupmu semata-mata dek politik yang kau sendiri tak faham apa tujunya..

"Wahai canggih dunia, jangan kau renggut segala kesopanan insan tatkala kau melebarkan sayap menghenyuk segala waras fikiran penduduk alam.."

20 comments:

Abd Razak said...

Salam..

Alahai nak ambik kerja Tuhan mencabut nyawa orang lak...tak tahu ker Allah dah beri amaran dalam KalamullahNya :

"Barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja Maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya. (QS Al Baqarah ayat 178)

deena farhana said...

to Abd Razak,

itulah..takut je dgn donia skg ni..mcm2..

terokai seni said...

pehhh banyak lagi banyak lagi senarai orang yang nak kena bunuh kat israel tu.. dapat juga pahala dari bunuh sedara seagama

Unknown said...

cerita lama dah kak..tapi mmg sgt jijik dia tu..mcm bagus sgt pulak dia!

sahromnasrudin said...

salam perkenalan..trime kasih melawat, menghantar komen dan follow blog sy..selamat berblogging

deena farhana said...

to cemomoi,

btoi2...bek soh dia gi bunuh bush ke..ada gak pahala..huu

deena farhana said...

to iqbalsyarie,

tu lah, kak ni slalau ktinggalan ketapii..hahaha...

deena farhana said...

to sahromnasrudin,

salam kenal juge dr sy..same2..selamat menjalin ukhuwah maya dgn pena farhana :)

Ibuhani said...

muka jer bolh hrp lawa..........tulah anak muda yg baru nak kenal hidup tp dah rasa diri tu bagus sgt kot.....

Werdah said...
This comment has been removed by the author.
Werdah said...

Salam Deena.

Tadi tu mak cik tulis rengkas sangat bimbang Deena silap faham, yang ditulis tadi "nak tunjuk berani tapi tak kena tempat"

Ya lah pemuda ni patutnya berani di tempat yang sepatutnya. Sayang umurnya dihabiskan dengan perkara yang dia tak faham.

deena farhana said...

to Ibuhani,

tu la kak, bila rs dr tu hebat, ckp dah x igt mati..ksian..

Melatidaisy said...

salam alaik dear akak,

mengucap panjang sy..dah x terkata.emm, berani sangat pun bahaye jgk kan..semoga Allah selamatkan kita semua di dunia dan akhirat.ameen..

take care akak, salam syg dari sy =)

Nadiah Sidek said...

akk ada buat entry psl ni dulu bwh tajuk 'ugut bunuh' tapi tak letak pun gmbrnya, tak kuasa nak letak :p. last yg akk dgr, dia dah kena tangkap. la ni tak tau la

deena farhana said...

to Werdah,

wslm makcik :)

ye betul tu, berani xkena tempat..akhirnya memudaratkan dr sndri..

deena farhana said...

to melatidaisy,

wslm dear ukhti..

mmg sgt myedihkan budak sapuan ni. org yg tgk kceluparan dia jd bimbang dgn masa dpn dia..xpsl2 kena tgkap..sape suh..

moga kita semua terlindung dr sifat mazmumah..

deena farhana said...

to Nadiah Sidek,

ye sy prasan gak entri kak psl tu tp sy xde drop komen kot..coz ms tu sy xsht rsnye..mmg hampeh budak ni kak..sj upload gamba die, bg tgk sluruh mesia budak yg berani nk mampus..berani die nk bunuh org mcm tu...baik lg die g bunuh israel tu, blh pahala lg..huhu

Ummu Mishkah said...

siapalah kita nak lawan hukum Allah...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Alah manusia ni hanya cakap saja tak takut mati! Belum tiba masanya, bolehlah berdegar2 cakap tak takut mati. Manusia yang terkenal paling zalim pun, SiFiraun diakhir hayatnya tetap mengucap kalimah syahadan dan beriman kpd Allah SWT kerana takutkan siksaannya (Surah Yunus:90 Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah dia (pada saat yang genting itu): Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah).

cun09 said...

salam deena ^_^

dia berfikir ikut nafsu amarah!!!