04 May, 2010

Selesai amanah dunia


Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah, sebelum zuhur tadi jenazah atuk telah selamat dikebumikan. Sebentar tadi juga baru selesai majlis tahlil, terharu dengan kehadiran orang ramai yang membanjiri seluruh perkarangan kediaman kami.

Kehadiran mereka sebagai semangat dan sokongan buat kami sekeluarga, mulanya saya agak tergamam melihat begitu ramai tetamu hadir, ruang tamu rumah dan halaman luar penuh. Terima kasih tidak terhingga buat kalian semua.

3 Mei 2010, lebih kurang pukul 4.30 petang, saya lihat atuk masih berjuang untuk bernafas. Saya waktu itu baru selesai menunaikan solat asar dan terus duduk di tepi sebelah kanan telinga atuk. Saya mula membaca surah Yasin dan sengaja menghalakan suara ke cuping telinga kanan atuk.

Sewaktu membaca, saya dapat rasakan atuk memberi respon dengan bacaan saya, saya lihat kakinya bergerak dan saya teruskan bacaan.

Saya hampir selesai menyudahkan bacaan Yasin dan tiba-tiba atuk mengangkat lengan kanannya kemudian saya terus memanggil papa. Nafas atuk semakin perlahan, dan papa segera memimpin atuk melafazkan kalimah LA ILA HA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH.

Sukar. Namun bibir atuk berusaha. Saya berada di kanan atuk dan hati saya sudah terdetik bahawa malaikat Izrail sedang menghampiri atuk. Saya lihat ada linangan air mata atuk, sungguh hiba saya rasakan waktu itu.

Saya segera menamatkan bacaan Yasin dan atuk menghembuskan nafas terakhir tepat pukul 4.40 petang di sisi kami anak-anak serta cucu-cucunya.

Tangisan bergema. Saya cuba menahan sebak namun rasa sedih menggunung di hati. Saya kucup tangan atuk. Di sebelah saya, Ricardo (abang sepupu saya), di sebelah kiri atuk, papa dan sepupu yang lain, juga tidak dapat menahan sebak kerana ini adalah kehilangan pertama dalam keluarga kami.

Saya sedih, namun harus akur. Waktu atuk sudah tiba. Begitulah putaran usia, ajal menjemput bila tiba saatnya. Namun begitu, saya cukup rasa puas dan lega, di usia atuk yang sudah mencecah 100 tahun, di saat meninggalkan dunia, kalimat agung itu adalah yang terakhir meniti di bibir dan hatinya. Syukur Ya Allah..

Atuk..rehatlah, rehatlah dari segala hiruk pikuk dunia. Insya Allah, ayat dan doa pasti akan sentiasa dikirim buat atuk. Moga bahagia di alam sana dan moga atuk bersama di dalam taman solehin. Ameen.

9 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..

Nadiah Sidek said...

alhamdulillah dah selesai..

*teringat arwah atuk akk..*

Anonymous said...

al-fatihah buat atuk, moga ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman

Nida n' Hanafi said...

Takziah buat Deena sekeluarga...

Al-fatihah buat yang tiada.. sama2lah kita mendoakan roh mereka agar tenang di sana...aminn

Melatidaisy said...

salam alaik ukhtil habibah..

sebak sy baca tulisan akak..tp sy tau akak tabah, dan alhamdulillah..telah selesai amanat dunia oleh arwah atuk akak..semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solehin..

"Allahummaghfirlahu wa'afihi wa'fu 'anhu..ameen.."

salam rindu buat akak..-melatidaisy-

Werdah said...

Salam Deena.

Semoga tabah hadapi semuanya ini. Sama-samalah kita berdoa agar allahyarham datuk deena dicucuri rahmat.. Amiin

Unknown said...

teruskan bersabar ea kak..

Honeyz said...

kak intan, maaf dah lama x singgah sini.. x sempat ikuti beberapa entri sblm ni, aleh2 ni tau (arwah) atuk akak dah pn kembali kpd-Nya.. innaalillaahiwainnaailaihirojiuun...

al-fatihah saya kirimkan buat arwah.. semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba2Nya yang beriman, yang dijanjikan Syurga oleh-Nya.. aamiiin.. dan buat kak intan sekeluarga, moga tabah hadapi semuanya...

cedih bace post akak kali ni.. namun yang pergi tetap pergi.. arwah dan selesai dgn amanah dunia, dan alhamdulillah berakhirnye hayat arwah, juga dgn husnul khotimah, inshaAllah..

buat kita yg masih hidup di dunia yg penuh dugaan dan cabaran ni, sama2lah kita ambil iktibar n pertingkatkan amal ibaadah, moga2 kita juga kelak mendapat husnul khotimah di penghujung kehidupan kita nnt..aamiiin..

akak "beruntung" la kiranya, dpt saksikan sendiri kejadian tu.. arwah pergi di saat akak di sisinya.. sdgkn saya, kesemua arwah datuk n nenek kedua2 belah, mak dan ayah, semuanya "pergi" saat kami tiada.. belah mak, sampai2 je kampung, terus ke kubur, dah selamat dikebumikan.. belah ayah plak, juga kedua2nya dah "pergi" saat kami tiba, cumanya masih sempat menatap wajah arwah buat kali terakhir (T_T)

tajnur said...

Assalamualaikum.
SubhanAllah! Semua org ada amanat dan semua org akan ditanya amanatnya semasa di dunia. Hatta Rasulullah saw sendiri pun menunaikan amanatnya sebagai Rasulullah dimana mesti menyampaikan risalah2 Allah sebelum baginda wafat. Jika ada satu ayat yg tak buat / praktik pun, maka dianggap tidak menyampaikan kesemuanya (Surah AlMaaidah:67 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغۡ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ‌ۖ وَإِن لَّمۡ تَفۡعَلۡ فَمَا بَلَّغۡتَ رِسَالَتَهُ ۥ‌ۚ
. Bila menyebut tentang selesai amanah dunia, teringat kita kpd peristiwa kira2 lebih 14 abad yg lalu pada tarikh 9 Zulhijjah tahun 10 hjrah di Padang Arafah, Rasulullah saw menyampaikan khutbah terakhir (khutbatulwidaa`)ditgh2 lautan manusia, antara khutbah Baginda saw ialah `Wahi manusia seklian,dengarlh drp ku, aku sampaikan kpd kamu sekalian, sesungguhnya tidaklah aku ketahui barangkali tidak lagi aku menemui kamu slepas tahun ini, ditempat ini, Wahai manusia, sesungguhnya darah2 kamu, hartabenda kamu adalah dihormati atas kamu sehinggalah kamu menemui Tuhan kamu...`
Wallahualam