26 May, 2010

Sensitif atau melatah?



Bismillahirrahmanirrahim..

Tadi baca entri terbaru kak Nadiah pasal isu logo crocs. Teringin la pulak buat post pasal ni. Hmm..lama juga saya duk putar-putar logo tu. Ianya gambar buaya, tapi bila diterbalikkan, hasilnya macam yang kat atas tu lah. Sekarang dah heboh pasal orang pijak nama Allah dan gesaan untuk memboikot crocs ni.

Opps, jangan ada pulak yang tak tahu apa ke mendenye crocs ni..ni jenama kasut, sandal yang famous orang pakai sekarang ni (adik saya Farhan pun pakai :P) dan kat logonya tu lah ada simbol yang menyerupai kalimah Allah. Brand ni ciptaan seorang usahawan dari New York.

Kalau tengok gambar atas tu, memang nampaklah serupa. Tapi, pada perhitungan Pena Farhana, adalah lebih baik kita mengambil jalan yang lebih matang dan rasional agar isu ini tidak menjerumuskan kita pada persepsi umum bahawa kita umat Islam yang cepat melatah pada hal yang bukan pada tempatnya.

Akan tetapi, saya tak kata kita kena bersikap selamba sampai langsung tak ada rasa sensitive pada satu-satu isu, apalagi yang melibatkan soal aqidah dan agama. Dalam isu crocs ni, ianya mungkin suatu kebetulan dan mungkin juga disengajakan. Apa yang pasti, kita sendiri tidak mengetahui apa yang tersirat di sebalik logo crocs itu.

Ada yang mula rimas dengan fenomena boikot memboikot ni, sampai ada yang kata "kalau macam tu, huruf 't' pada hang tuah tukarlah jadi hang kuah atau hang buah sebab 't' tu menyerupai tanda salib".

Tak pasal-pasal hang tuah pulak kena. Huhu.. Hmm..bagi saya, tak salah nak peka pada isu-isu sebegini. Tapi, saya rasa lebih cantik jika kita bersikap lebih matang dan sentiasa mengekalkan sikap keterbukaan dan bersangka baik.

Saya baca komen-komen dari ramai orang tentang isu ini. Ada yang kata "melayu suka pada sensasi dan boikot memboikot". Ada yang kata, "gajah depan mata tak nampak, semut seberang laut nampak", ada pulak yang kata "melayu sensitive pada benda-benda yang tah apa-apa, kuman kat badan tak sedar".

Apa yang kita boleh buat, jika isu ini disengajakan oleh pihak-pihak yang membenci Islam, kita mantapkan doa agar agama yang kita cintai ini sentiasa dilindungi dan terpelihara meskipun terdapat banyak cubaan untuk memperlekehkan Islam, dan yang selebihnya kita serahkan pada Allah, pemilik dan penguasa segala tadbir langit serta bumi.

Lapangkan hati, dan teruslah berdoa agar musuh-musuh Islam mendapat hidayah dan apa yang setimpalnya dari kelakuan mereka.

Hemat saya, jangan terlalu disensasikan isu ini kerana semakin kita cepat melatah, makin ligatlah musuh-musuh Islam suka mencuit kita dengan hal-hal seremeh mungkin untuk menjatuhkan kredibiliti kita sebagai umat Islam.

Namun...namun...namun..saya tegaskan, jangan pulak ada yang menyangka Pena Farhana langsung tak rasa sensitive tengok crocs serupa kalimah Allah kat kasut tu..tidak..memanglah, jika benar ini adalah suatu rancangan yang disengajakan untuk menimbulkan kontroversi, kita perangi dengan jalan yang berhemah dan rasional di samping doa agar Allah turunkan hidayah petunjuk pada mereka.

p/s: Adik saya tgh belek2 kasut crocs dia dgn kening yang dah bersambung..hahaha. runsing beno dio..

16 comments:

akuvision said...

kadang orang kita ni mencari sesuatu yang hanya kebetulan, maka jadilah cerita yang diada - adakan. Mungkin propaganda?, itu kita tidak tahu kerana ia bergantung pada niat si pereka

najihah said...

memang benar,kita jgn leka dgn dakyah dan propaganda musuh2 islam,dalam masa yang sama,Islam juga tidak ajar kita utk suu-dzan(buruk sangka)sehingga besar2kan suatu isu yg tidak diketahui kesahihannya..

bila saya teliti pg laman web crocs sendiri,tak ade pulak brand tu bersangkut paut dengan israel laknatullah tuh..saya mohon kita semua mengkaji terlebih dahulu sblum bersuara..

piewahid said...

salam farhana,
musuh2 kita sentiasa mengambil kesempatan dan sentiasa melancarkan perang saraf terhadap kita. tetapi sy setuju dgn pendapat farhana. sensitif itu perlu, melatah jgn sekali...:)

terokai seni said...

betul tu, ada udang sebalik batu mereka bukan baling batu sembunyi tangan sebab selama ni permusuhan dorang dengan kita terang-terangan cuma kita ni kekadang terlalu emosi sehingga jadi bahan ketawa orang...

berhati-hati. kalau kita nak menjadi umat yang gagah dan kuat kita buat sendiri dan belilah barangan daripada orang islam... takan slepar pon susah gak kot

Unknown said...

setuju dgn akak!

cun09 said...

salam deena ^_^

sensitif itu perlu, melatah jangan sekali...betul..betul..

jangan sampai bila orang bertanya sesuatu, kita langsung tidak tahu apa-apa...

Ibuhani said...

bila sesuatu dikaitkan dgn agama.....mmglah ia isu sensitif. Tp apa pun kdg2 org mmg susah nak terima hakikat kebenaran.....wallahualam :)

Unknown said...

jika demikian lah kesahnya..
usah le beli slipar crocs dah..

deena farhana said...

to akuvision,

ye btl tu..biasalah..musuh2 Islam sentiasa buat sesuatu yg blh menimbulkn sensitiviti kita...

slm kenal dr sy..trm ksh sudi jenguk kemari :)

deena farhana said...

to TUKANG KATA,

iye, lbh baik kita lbh bersikap tenang dan cool... trm ksh sudi kesini :) slm kenal dr sy :)

deena farhana said...

to piewahid,

betul...sensitif itu perlu, melatah jgn sekali :)

deena farhana said...

to cemomoi,

nk tggu cemomoi buat syarikat kluar brg2 sndri..xyah beli crocs dah..hehe

deena farhana said...

to iqbalsyarie,

sungguh ringkas komen ust kite ni :P hehehe

deena farhana said...

to cun09,

btl tu kak..kena sentiasa peka dgn isu2 semasa, tapi melatah jgn...

deena farhana said...

to Ibuhani,

mmg lumrah manusia mcm itu kak..ssh nk terima..

deena farhana said...

to kakyong,

hehe..nk tggu kakyong jd usahawan terbaru crocs dgn logo lain..

welcome to Pena farhana kakyong :)