Bismillahirrahmanirrahim..
Usai solat subuh tadi, saya tiba-tiba teringatkan nenek Rosmarry (ibu pada mama saya). Nenek saya ini seorang penganut kuat kristian katolik. Di usianya yang sudah mencecah 80-an dia masih gagah pergi ke gereja untuk bersembahyang.
Saya cucu kepada dia, darah di tubuhnya mengalir di tubuh saya waktu ini. Setiap hari, 5 kali fardhu wajib saya sujud menyembah yang Esa bersama hakikat bahawa pertalian darah antara saya dan nenek Rosmarry itu tidak akan pernah berubah.
Teringat pertemuan saya dengannya minggu lalu semasa saya ke rumahnya. Saya sampai di rumahnya, nenek baru sudah mandi. Seperti biasa bibirnya mengukir senyum lebar bila memandang saya. Saya menyalaminya, cium tangannya, kucup dahi dan pipinya.
Tiap kali saya kucup dahinya, hati saya terdetik bahawa dialah wanita yang telah mengandungkan, melahirkan serta membesarkan mama saya dengan keringat yang bukan setitik. Membesarkan anak-anak dengan kudrat wanitanya tanpa bantuan dari seorang yang bernama suami.
Saya sanjungi dia sebagai ibu dan wanita yang tabah. Kemiskinan waktu dulu tidak menghalang nenek membesarkan dan mendidik mama dan anak-anak yang lain mencapai kejayaan hidup sehingga kini masing-masing memiliki kehidupan yang baik.
Saya sayangi dia sebagai insan terindah dalam hidup saya kerana ada saatnya dia yang begitu tersentuh dan terguris dengan keputusan anak-anaknya memilih Islam, dia masih mampu untuk terus memberi sentuhan sayang pada saya dan cucu yang lain.
Saya masih ingat bicara bibir antara saya dan nenek saat keberangkatan saya melanjutkan pengajian ke Mesir.
Nenek: "Jauhnya Mesir tu, entah bila lah dapat pulang sabah kalau begitu"
Saya: "pulang bah..cuti nanti pulanglah"
Nenek: "Belajar apa di sana?"
Saya: "agama"
Nenek: "sini tidak boleh belajar agama?"
Saya: "boleh, tapi kena sambung di sana"
Nenek: "oh, ambil pangkat paling tinggi lah? balik nanti jadi pegawai lah?"
Saya: "mana ada tinggi nek..macamana jadi pegawai.."
Nenek: "bah, bagus-bagus di sana, jangan lupa telefon nenek, jangan kawin sama orang arab, mudah-mudahan lulus baik, belajar bagus-bagus"
Saya: "iya nek.." macam biasa, adat berpisah mesti nangis la :P
Saya mengasihi dia kerana sekalipun tauhid berbeza, dia merestui dan mendoakan kepergian saya ke Mesir untuk mempelajari agama Islam yang bukan agamanya, dan pernah satu ketika saya sakit kuat di Mesir, nenek kata dia berdoa untuk saya di gereja dengan linangan airmata mohon saya sembuh dan sihat seperti biasa.
Hakikat tersurat, agama kami berbeza, kepercayaan kami berbeza, dan tauhid kami berbeza. Namun, dia tetap nenek pada saya.
Selagi nafas saya ada, doa ini "ya Allah, sesungguhnya Engkau pemilik sekalian hati, maka tetapkanlah hati nenekku di antara hati yang memiliki hidayahMu sebelum tiba ajalnya, sayangi dan kasihi dia untuk menuju syahadahMu" akan sentiasa meniti di bibir saya. Doa saya tiada tepi buat nenek yang saya kasihi.
Perkenankanlah ya Allah.
26 comments:
amiiin..mdh2an diperkenankan..
entri awak kali ini begitu menyentuh perasaan saya..sungguh mulia hati nenek awak..selain menghormati awak sbg Islam, dia sesekali tidak mempersendakan agama Islam yang awak telah anuti..sungguh mulia hati nenek awak..semoga dia menadapat hidayah utk memeluk Islam sebelum menghembuskan nafas terakhirnya...
terharu betul bc entry ni. entry ni mengingatkan iza pada kisah natrah.. sedih pula..
Salam...
Moga Allah kurniakan hidayah buat nenek deena..
i will
syahdunya......ibuhani doakan semoga nenek farhana sempat menemui cahaya kebenaran....smoga kasih syg dr keluarga yg Islam membuka pintu hatinya....... :)
salam..
benar tersentuh..
moga Allah jua yang
membalasnya dengan
membuka hati nenek anda
menerima tauhid dan
hidayah..جزاك اللهُ خيراً
Ameen...
salam alaik ukhti syg,
tersentuh hati bilah dgn tulisan akak,Allah kurniakan akak sebuah keluarga yg sgt istimewa,walaupun berbeza tauhid namun cinta di hati tetap unggul.subhanallah..
juga tersentuh dgn ketulusan hati akak mendoakan nenek trsayang..smoga Allah memperkenankannya..Allahumma ameen...
byk benda bilah blajar dlm ukhwah murni ni, syukran akak, hamdan lillah..salam syg :))
Saya juga mendoakannya kak...aminnn ya Rabb..tersentuh hati lelaki ini.wahaahaaha..
p/s-jgn kawin arab!(pesan nenek)
Latest post:Bagaimana Mr.Bean diislamikkan?
ameen. akk doakn juga..
yang pasti saya tengok ramai orang kristian yang begitu cakna berbanding orang islam yang mengaku bersaudara....
slm mudahan nenek deena dpt hidayahNYA =)
kak deena, entry nu menyentuh perasaan saya..saya juga berharap agar doa kak deena agar Allah memberi hidayah kpd nenek kak deena sblm nafasnya tehenti...
banyakkan berdoa ya akak...^^,
insyaAllah akak...mudah2an nenek akak menerima hidayah dariNya...
tersentuh sy baca kisah keluarga akak...huhu
salam kak deena
terharu baca entri akak kali ni
mudah-mudahan nenek rosemary dapat hidayah untuk memeluk agama islam :)
amin ya rabbal alamin...
mudak-mudahan doanya diperkenankan oleh Allah. Amin
hubungan tali persaudaraan dan kasih syg terjalin walaupun berlainan agama.
moga2 nenek rosmarry mendapat hidayah.
to Hamizah,
mekasih kak :)
to sahromnasrudin,
mekasih, sekadar pkongsian,moga doa dr kalian makbul di sisi Allah:)
to NURUL IZZA,
mekasih iza :)
to Abd Razak,
mekasih :)
to ismihairil,
thanks :)
to Ibuhani,
mekasih ibuhani atas doa.. :)
to zulkbo,
mekasih, skdr pkongsian hati :)
to Ros Illiyyun,
mekasih:)
to melatidaisy,
mekasih bilah:) syg bilah..
to iqbalsyarie,
ahah.xnkla arab :P...btw, mekasih doakan :)
to Nadiah Sidek,
mekasih kak Nad:)
to cemomoi,
hmm..stakat ni alhmdulillah, nenek bgaul baik dgn kami..
to MissXYZ a.k.a Abaikan,
mekasih doakan :)
to athirahariffin,
mekasih trah:)
to ZihNuN FaTiN,
:) syg fatin..thanks :)
to light 0F happiness,
wslm dik, mekasih byk doa tu :)
to . : : Muslimah : : .
mekasih :)
to Zue,
mekasih kak :)
Assalamualaikum wbt
Walaupun fahaman yg berbeza tetapi hubungan baik mesti diteruskan hatta ibubapa kita spt dlm Surah Lukman:15 ,,..وَصَاحِبۡهُمَا فِى ٱلدُّنۡيَا مَعۡرُوفً۬اۖ
Malah kalau nak diikutkan berapa ramai org Islam kita yg mengabaikan Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Asma` uwAsSifaat terhadap Allah SWT. Mudah2ah Allah mebuka pintu hatinya terhadap Islam. Wallahualam
kenapa nenek awk x masuk islam? maaf lagi tanya... cuma nk thu...
Post a Comment