13 June, 2010

Saya tetap saya.


Bismillahirrahmanirrahim..


Lama juga menyepi. Semua kerana kekangan kerja dan masa. Sekarang ini hidup berjalan seperti biasa dan pastinya disulami dengan pelbagai cerita sebagai penambah rasa.

Saya sempatkan diri untuk buat post kilat ini, mungkin sebagai semangat meniti detik hadapan. Hari demi hari, mendengar pelbagai perkhabaran. Baik suka mahupun duka. Kadang buntu memikir jalan. Bagaimana harus dibuang, bagaimana harus ditelan. Pahit belaka.

Tetapi, hidup mesti diteruskan. Wacana Islam wajib diperjuang hingga ke titisan keringat waimma darah yang terakhir. Saya tetap saya, berdiri teguh demi Islam tercinta. Sekalipun digugat dengan harga sebuah pertalian darah, saya tetap akan berdiri untuk Islam meski saudara terbuang.

Hayat dunia bukan sekadar disini. Tetapi matlamatnya adalah akhirat sana, penentu aras terakhir duduknya kita. Apapun tindak hati kita akan menjadi kayu pengukur di Mahsyar sana. Saya yakin, penilaian sebenar dan yang haq hanya pada Allah dan bukan pada kamu kamu.

Saya sayang kamu, sahabat dan saudara. Namun, sayang saya ini tidak akan mengubah apa-apa, apalagi bersetuju dengan apa yang kamu perbuat. Saya bersumpah, tidak akan bertolak ansur pada segala unsur yang menentang Islam, segala daya yang tidak ingin berpegang pada Islam. Kamu dan kamu moga kembali ke jalan Allah. Saya tetap doakan.

Dendam pada sebuah keterlukaan tidak akan menjanjikan apa-apa kerana kita ini insan lemah. Kudus, selamanya lemah. Suatu hari pasti kamu akan mengerti hakikat hidup ini bila nafas sudah tiba saat berhenti.

Saya dan kamu-kamu akan lebih banyak melalui ujian getir kelak di hadapan. Moga tegar hati dan cekal berpanjangan. Harapan saya, biar ke mana arah kita, mohon Islam sentiasa bertakhta di hati.

p/s: Al fatihah buat sahabat adik saya nurul yang baru kembali ke rahmatullah awal pagi tadi kerana kemalangan.

21 comments:

Abd Razak said...

Salam..

Inna lillah wa inna ilaihi rajiun..

Moga rohnya Allah tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan para solihin

Melatidaisy said...

salam alaik akak,

alfatihah utk sahabat nurul..Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu 'anhu..

saya pun dah lama tak blogwalking..di batasai oleh pelbagai kekangan yg kadangkala menguji keimanan..hehe :)

hope akan sihat dan gembira selalu di sana, salam syg dari melatidaisy :))

tajnur said...

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ
AlFatihah buat adik Nurul,
Assalamualaikum!
Bersabarlah, bkn enti sahaja mengalami keadaan mcm ni. Malah para sahabat r.a.ajmain, mengalami situasi yg sama dimana mrk terpaksa menerima ujian tanpa mengira pertalian darah, Kita tidak akan jumpa mana2 qaum spt ini dimana anak bunuh bapak, bapak bunuh anak, bunuh adik beradik, tinggalkan ibubapa keran cinta kepda Allah. Surah AlMujadilah:22 لَّا تَجِدُ قَوۡمً۬ا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ يُوَآدُّونَ مَنۡ حَآدَّ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَلَوۡ ڪَانُوٓاْ ءَابَآءَهُمۡ أَوۡ أَبۡنَآءَهُمۡ أَوۡ إِخۡوَٲنَهُمۡ أَوۡ عَشِيرَتَہُمۡ‌ۚ Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka.
Kita tidaklah sampai kesitu sekali, hanya sekadar mendiamkan diri tanda tidak setuju, bukan makna kita redha hanya sebagai `taqiyyah` Surah AliImran:28 لَّا يَتَّخِذِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡكَـٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۖ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٲلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ ٱللَّهِ فِى شَىۡءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُواْ مِنۡهُمۡ تُقَٮٰةً۬‌ۗ وَيُحَذِّرُڪُمُ ٱللَّهُ نَفۡسَهُ
Wallahualam

najihah said...

salam..maaf lama tak bertandang ke sini,masa cukup membataskan TK utk berblogging mahupun blogwalking..mohon maaf ya!

salam takziah buat adikmu..alfatihah utk Allahyarham sahabatnya..

Ibuhani said...

Al-fatihah buat sahabat adik nurul.....:(

Anonymous said...

T_T


kadang bahasa airmata lebih fasih

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Ralat!
Maaf, alfatihah buat sahabat adik Nurul!

terokai seni said...

katakan kebenaran itu walaupun pahit

pun begitu, ujian akan kita hadapi dalam berdakwah, nabi nuh dicemuh anaknya, nabi ibrahim dicela oleh bapanya, rasulullah s.a.w. juga dipulaukan oleh kaum keluarganya. semoga perjalanan sirah ini menjadikan kita kuat untuk menghadpi getir dugaan

takziah dan al-fatihah untuk saudara kita yang mendahului kita

Unknown said...

Sepanjang cuti juga saya berpeluang melihat sebuah perhentian sebuah kehidupan..cukup menginsafkan..insyaAllah akan dimuatkan dlm blog serba dhaif saya~

<a href="http://iqbalsyarie.blogspot.com/2010/06/bahaya-mendengar-suara-keldai.html>My latest post:Bahaya suara keldai</a>

sahromnasrudin said...

dunia hanya pinjaman tetapi disinilah bekalan untuk kesana..:-)

Chilla Jamaludin said...

SALAM TAKZIAH

deena farhana said...

to Abd Razak,

wslm..ameen ya Rabb..moga dicucuri rahmat..

deena farhana said...

to melatidaisy,

salam adik sayang..trm ksh..insyaAllah, khair..itulah..smgt nk menulis makin samar2 je..nk ziarah blog kwn2 pun malas..hei..entahlah..xmau la mcm niii :((

deena farhana said...

to tajnur,

trm ksh atas pembetulan..sahabat kepada adik saya :) trm ksh juga atas kata2 itu..berharga buat sy :)

deena farhana said...

to TUKANG KATA,

wslm, xpe..ni dah dtg sy sgt gembira dah..trm ksh ucapan tu.. :)

deena farhana said...

to Ibuhani,

trm ksh kak, moga dicucuri rahmat..

deena farhana said...

to ismihairil,

mmm..tapi bhs airmata sy xreti nk tulis cane dlm blog ni :(

deena farhana said...

to cemomoi,

betul. Pahit mcmana pun kita kena telan dan terus berjuang..trm ksh byk :)

deena farhana said...

to iqbalsyarie,

emm..nice..nti kak baca ye..mekasih :)

deena farhana said...

to sahromnasrudin,

betul tu. dunia ni penentu tempat kita di 'sana' nanti...

deena farhana said...

to Chilla Jamaluddin,

trm ksh dtg sini..slm kenal dr sy deena :)