Bismillahirrahmanirrahim..
Akhir-akhir ini saya agak sibuk, mohon maaf pada sahabat-sahabat yang berziarah ke teratak usang saya ini kerana mungkin ada beberapa sapaan mesra dari kalian yang lewat saya balas dan mungkin juga belum berbalas. Apapun, terima kasih dari saya dan saya sangat menghargainya :)
Mohon maaf juga pada sahabat blogger sekalian kerana kebelakangan ini saya tidak punya masa untuk berziarah dan membaca entri-entri hebat di laman kalian, insya Allah akan cuba mengikuti kembali.
Saya sebenarnya tak tahu nak tulis entri ni tajuk apa sebab saya rasa benda ni macam balik-balik dah. Tapi tak pe lah, bubuhlah tajuk yang gempak sikit. Sekali baca tajuk macam mengada-ngada pulak..huhu.. Sebenarnya, saya hargai sangat pada sesiapa yang pernah dan selalu hantar emel kepada saya dan untuk ke sekian kalinya saya buat entri tentang satu lagi emel yang saya terima.
Kebanyakannya emel dari mereka yang tidak saya kenali dan saya akui, mungkin sejak wujudnya blog ini menyebabkan sahabat dan kenalan saya bertambah. Saya hargai sangat.
Ada yang menghantar emel menghulurkan salam persahabatan dan ukhuwah, dan tidak kurang juga yang sudi memberi teguran membina dan tidak kurang juga yang memberi kritikan hebat. Saya sedar, mungkin kerana masih baru dalam dunia blogger dan semua coretan pun agak tidak sempurna.
Saya sedar, sebagai manusia biasa ini tidak pernah sempurna pada setiap geri dan perlakuan. Jadi setiap kritikan itu walau pedas macamana pun, kena anggap sebagai rencah hidup dan berlapang hati terima.
Saya tahu, ada beberapa orang silent reader blog saya ini. Walaupun hanya silent, saya sangat berterima kasih dan rasa gembira. Sama ada baca entri-entri saya hanya selingan atau sebagai suatu pengharapan untuk tatapan jiwa dan rohani, semuanya saya ingin raikan sebagai tanda terima kasih.
Kisah semalam, buka peti emel..niat nak tengok kiriman emel dari sahabat saya dari mesir, tapi belum sempat tengok, dah terpandang emel yang satu ni subject 'buang masa je!'. Saya pun buka dan baca. Panjang juga emel tu, tapi tak larat dan tak nak lah publish di sini.
Cuma nak publish ayat terakhir dia je "baik awak delete je lah blog awak ni!". Alahai..saya tak sakit hati pun. Kelakar adalah. Tau kenapa saya rasa lucu dan kelakar? sebabnya saya nampak umpama macam ni lah..kita datang rumah orang yang sunyi sepi, kemudian kita mengamuk sorang-sorang, guling-guling atas lantai rumah orang tu, hentak kepala kat dinding..jerit-jerit, melalak kuat-kuat..tapi rumah tu sunyi je. Tak kelakar ke?
Kadang saya terfikir, apalah yang tak kena dengan blog saya ni sampai kena suruh delete. Saya tengok blog-blog sahabat-sahabat saya yang lain alahai..cool aje, suka hati nak buat entri apa. tapi takpe, mungkinlah ada beberapa benda yang saya telah tersilap dan menulis bukan pada tempatnya. Saya mohon maaf untuk itu.
Ok, buat si penghantar emel 'buang masa je!', saya akan delete pena farhana ni, dengan syarat anda tampilkan diri anda di laman saya ini dan bukan di peti emel. Tampilkan siapa diri anda supaya saya boleh tahu anda siapa. Ok.. ;)
Sahabat-sahabat budiman, para pengunjung serta silent reader sekalian, deena farhana nak kata, tulus dari hati ini.. pena farhana yang dhaif saya miliki ini, hanyalah sebuah blog peribadi. Saya ulang kembali, ini hanya blog peribadi. Saya ini masih mentah dan tidak layak untuk menulis dan hasilkan blog stail ulamak, mana-mana entri saya yang kelihatan seperti ilmiah, saya mohon apa yang baik kita kongsi bersama, dan mana-mana entri saya yang bukan ilmiah (peribadi) juga saya mohon diterima sebagai selingan dan mungkin juga sifat lemah saya sebagai hamba Allah.
Huhu, panjang lebar pulak entri ni. Saya ni tak suka sangat tulis entri panjang-panjang, sebab saya takut saya atau anda semua bosan baca. Tapi tak pe lah, dah tertulis panjang, saya mohon dilindungi dari segala amarah syaitan dan kita semua dalam lindungan Allah.