24 November, 2009

Cuti Panjang..

Sekolah sudah mula bercuti hingga awal tahun depan. Saya belum sampai rumah ayah bonda kerana masih banyak urusan di Kota Kinabalu.

Tetapi InsyaAllah, esok akan pulang ke kampung halaman, bertemu keluarga yang sangat dirindui. Petang semalam, saya menjenguk adik kedua saya, Nurul Hidayah yang sedang menghadapi peperiksaan Spm.

Dia agak kurang sihat, mata kirinya bengkak kerana jangkitan kuman. Sudah bawa ke klinik dan dapat ubat, kasihan, dia kurang selesa dengan rasa sakit di matanya.

Tetapi saya kata, tabahlah, masih ramai calon Spm yang lebih lagi tidak selesa seperti calon Spm yang berada di kawasan dilanda banjir.

InsyaAllah, mudah-mudahan dia cemerlang. Usah hirau pada sedikit kesakitan kerana mungkin itu adalah onak duri meniti kejayaan. Cuti hujung tahun ini, banyak agenda yang telah dirancang, moga terlaksana semuanya.

Agenda yang paling besar, menghias bilik dan kediaman sebelum ayah bonda tiba pulang dari Makkah. Ini juga adalah impian terbesar saya melihat kediaman bonda di 'upgrade'. InsyaAllah, moga dipermudahkan segalanya.

3 comments:

Honeyz said...

salam kak..

awwalan, takziah buat adik akak yg kurang sihat.. syafaahallah.. saya doakan semoga keadaan dia hari ni bertambah baik berbanding hari sebelumnya.. smga ujian sakit ke atasnya tak melemahkan semangatnya utk terus berjuang di medan peperiksaan..

wah, beshnye cuti panjang ek.. uia jarang sgt2 nk kasi cuti pjg. hehe. tp apepun, uia tetap di hati ^_^

memula tu terfikir jugak, ape kaitan tajuk cuti pnjg dgn gmbr kt n3 ni (cmnela leh x terfikir kaitannya.. hehe). akak cakap pasal nk hias n upgrade bilik dan kediaman ni, teringat lak "Deco bersama Eric" =D lehla akak wat surprise pada ayah and bonda akak nnt ek.. mesti drg terkejut n terharu sgt2 ^_^

wish u all the best! semoga semua perancangan akak tu dilancarkan n terlaksana semuanya.. aamiiin..

deena farhana said...

wslm hani..trm ksh luangkn mase drop komen lg..insyaAllah adik kakak ok..tmksh ats doa tu..hani ni mesti best student kat uia kan..kak doakan hani bjaye grad..insyaAllah..humm..cuti ni byk agenda @ byk kejela jwbnye..hehe..anyway,hepi la skit cuti dpt balik kmpung...salam ukhwah bpnjangan dr kakak utk hani....

Honeyz said...

eh, akak tgh online jugak ke? laju je balas komen2 saya? trase main kejar2 lak. hehe

saye pn tgh xde keje nk buat ni, tu yg leh spend time lame2 sket jenguk blog akak. yela, entri2 akak semuanya panjang2 (mcm sy gak, x reti @ smmgnya suka taip panjang2.hehe), jadinya kena cari masa yg betol2 terluang untuk baca dgn sepenuh hati dan perasaan (hehe), barulah leh drop komen. tu yg lmbt sket.. sbb nk kena cari mase yg banyak. tp alhamdulillah ni ade kesempatan, dptla saya baca2 n drop komen sebanyak mgkn. hehe.

best student uia? hehe.. mane de.saya biase2 jela kak.. nk dptkan dean list pun merangkak2 n terkejar2 -_- apepun, terima kasih sangat2 atas doa akak.. aamiiin..

betul betul betul.. siapa x hepi kan dpt cuti balik kampung? saya yg tiap2 jumaat blk umah ni pn, tetap gak rasa x puas. kalau time cuti, lame sket, lg2 la besh rasanya. hehe..

salam ukhwah berpanjangan dari saya juga buat akak ^_^