Semalam adik sepupu saya bagitahu, ikan comel saya yang namanya Safina sudah mati. Terkejutnya saya. Rasa sedih itu sudah pasti. Tapi apa boleh buat. Sudah sampai waktu Safina saya.
Saya memiliki sepasang ikan comel, si betina namanya Safina dan si jantan namanya Safin. Tapi malang sekali, hayat Safina tidak panjang. Sudah pasti Safin juga sedih. Kini dia keseorangan tidak berteman.
Sejak bulan ogos saya titipkan Safin dan Safina di rumah ayah bonda kerana saya waktu itu berangkat ke Mesir. Takut tiada yang jaga makan minum Safin dan Safina. Saya riang bila sahaja menatap Safin dan Safina berkejaran di dalam akuarium.
Akhirnya, hayat Safina cuma sampai semalam. Tidak apalah. Safinaku, comelmu sentiasa di hati. Buat Safinku, tunggu ya. Tuanmu ini perlu waktu untuk carikan kamu teman baru..
0 comments:
Post a Comment