Bila kerinduan pada mereka semakin kuat, kenangan saat-saat bersama ayah bonda bermain di depan mata. kenangan terbaru yang selalu mencuit hati saya sewaktu saya ditemani oleh mereka ke Mesir bulan ogos lalu.
Masih segar di ingatan saya, semua gelagat ayah bonda sewaktu berada di sana. Sungguh menghibur hati saya terutama bonda yang banyak melakar memori lucu.
Sewaktu transit di Kuwait selama 8jam, bonda saya kata "kalau mama ni sarat mengandung, sempat beranak sebelum sampai Mesir". Terlalu lenguh bonda menunggu 8jam.
Baru sehari di Mansurah Mesir, kata bonda "mari kita shopping jubah". Kesian, mungkin bonda sudah tidak sabar tengok bandar Mansurah. Saya pun ajaklah keluar ke Ma'radh kuliah serta sekitar Dirasat dan Mau'af.
Biasalah, suasana negara orang tidak sama dengan negara kita. Kata bonda "ya Allah! lajunya kereta sini! aduii naa..takut mama! nda jadilah shopping jubah, pulanglah kita!" bonda saya gerun melihat kenderaan yang lalu lalang dengan sangat laju.
Kata saya "mama peganglah tangan papa". bonda jawab "uii naaa, papa kau pun takuuuutt! tinguklah mukanya, takut kan??! macamana mama mau minta pegang?" berkerut dahi bonda.
Kemudian, saya pegang tangan bonda untuk melintas. Alhamdulilah selamat.
Waktu di Sarafah, tempat menukar matawang. Bonda ada lebih kurang 6 ratus dolar untuk di tukar ke Pound Egypt. Banyak tu. Bila sudah tukar, mama belek2 not-not geneh dan berkata "macam sikit jak ni??" sikit?? ternganga mulut saya.
Waktu di Sikah, gedung membeli belah. Bonda terpukau melihat begitu banyak jubah-jubah yang murah. Di sebuah kedai, bonda ingin beli jubah yang harganya 55 geneh. Saya, Kak win dan Ust Rahman cuba melakukan tawar menawar dengan ammu.
Tidak sangka, sesi tawar menawar itu menjadi hangat kerana ammu enggan menurunkan harga jubah itu. Saya dan Ust Rahman terus berusaha supaya ammu setuju dengan harga 45 geneh.
"khomsah wa arba'ien ya amm!" Ust Rahman mendesak. Ammu menggeleng. Saya terus bantu mendesak. Haha, lucu. Lepas tu kita cuba buat trick, pura-pura beredar dari kedai itu. Tujuannya supaya ammu panggil kita balik dan setuju turunkan harga.
"aiiii, jangan dulu, mama mau ini jubah!" Adoiiilah. Tidak menjadi trick. Lupa pula bagitahu bonda. Ammu pun belum sempat panggil. Kantoi.
Kami terus mendesak. Bagi kami yang biasa tengok jubah sedemikian, 55 geneh itu terlalu mahal. "akhir kalam ya amm?" Ust Rahman bertanya dengan harapan harganya turun ke 45 geneh.
"khomsah wa khomsien!" kata ammu. Saya dan Ust Rahman sudah mula meluat dengan ammu tu. Tiba-tiba kata bonda "akhir kalam, kholasshhhh!!" semua ketawa berdekah. Saya pun sama. Lucu tengok gaya bonda menuturkan ayat itu dengan penuh semangat.
Kami yang dari tadi berlawan mulut membuat tawar menawar hanya mampu pegang kepala. Aduhai bondaku..
Akhirnya, ammu tu setuju turunkan harga setelah di desak berkali kali. Kata ayah saya kepada bonda "jangan ikut-ikut cakap kalau nda tahu".
Waktu di Husin, gedung membeli belah terbesar di Kaherah. Bonda sibuk beli unta yang kepalanya goyang-goyang ikut irama padang pasir.
Kemudian, tiba waktu solat. Bonda tidak boleh solat dan menunggu saya di luar bilik solat. Ada beberapa kanak-kanak arab cuba berinteraksi dengan bonda.
Kata bonda "i cannot speak arabic, wait for my daughter ok?" kanak-kanak itu terpinga-pinga.
Kemudian saya selesai solat dan mendapatkan bonda. "anti dukturah?" seorang kanak-kanak bertanya kepada saya. Saya berkerut. Kata bonda "mama cakap tadi, wait for my daughter, bukan doktor!"
Saya ketawa. Kanak-kanak itu semua hairan dengan pertuturan kami.
Satu lagi yang saya betu-betul rasa lucu. Waktu di Pasar, bonda terkejut dengan harga barang-barang yang sangat murah. Lada hijau, sayur kobis, bendi, dan banyak lagi. Semuanya murah.
Kata bonda kepada saya dengan wajah serius " mama mau bawa sikit ni sayur balik malaysia, murah betul!" mata saya bulat tidak berkelip. Biar betul!
"manalah tahan sayur mau bawa balik! jakun betul ba kita ni..." pergh, nasib ayah saya bantu. Saya memang takut kalau bonda sudah cakap, memang dia betul-betul mau bawa! nasiblah. Saya tengok bonda senyum. huh, lega.
Banyak betul saat-saat yang yang buat saya sentiasa tersenyum kini. Paling tidak, sekurang-kurangnya saya mampu mengisi keriangan di hati mereka walaupun tidak sebesar mana kepergian kami ke sana.
Kini ayah bonda berada di Makkah, moga selamat hendaknya. Amin.
0 comments:
Post a Comment