24 November, 2009

Kisah adik bongsu..

Ini adik bongsu saya, Deen Farhan. Nama pena maya saya, Deena Farhana. Itu antara sebab saya memilih nama itu. Saya ingin meraikan namanya.

Insya Allah, esok saya akan bertemu dengannya. Saya dengar cerita dari adik dan kakak sulung saya, waktu ini dia amat merindui ayah dan bonda. Kata kakak, semalam dia menangis teresak-esak teringatkan ayah.

Waktu ini dia berada di rumah kakak sulung saya di Villa Luyang Perdana, Kota Kinabalu. Esok saya akan mengambilnya awal pagi dan bawa dia pulang bersama saya kerana esok kami adik-beradik akan pulang ke rumah ayah bonda di kampung.

Saya sengaja mahu ambil dia pagi esok, ajak berjalan sebelum pulang kampung. Adik saya ini, agak 'notty' juga, tapi biasalah, usia sepertinya memang begitu.

Saya diberitahu, dia selalu menonton rancangan Khabar Haji di Astro Oasis kerana ingin melihat wajah ayah dan bonda. Hati saya tersentuh. Manik jernih mula menghuni ruang mata.

Paling saya sayu, kerana terlalu rindu, dia minta kain pelekat ayah dan kain batik bonda pada bibik, pembantu rumah. Katanya, dia rindu.

Saya ini sudah besar, mampu mengendali rasa rindu itu sebaiknya. Dia, adik yang masih kecil, belum banyak mengerti ranjau hidup ini. Di rumah, mungkin dia kesunyian tiada teman.

Tetapi, tidak apa, saya akan bersamanya mulai esok mengisi waktu-waktunya dengan aktiviti yang saya sudah rancang.

Saya menyayanginya kerana dia istimewa. Dia adalah kurniaan terindah dalam hidup kami sekeluarga. Dia ada kisah hidup yang tersendiri. Berasal dari keluarga bukan islam, kami menyambutnya dengan penuh syukur bila azan dikumandangkan di telinganya saat dia lahir ke dunia ini.

Kini dia adalah adik saya. Beragama Islam dan anak kepada ayah bonda saya. Dia darah daging kami. Tiada apa yang dapat membezakan darjat antara kami.

Semoga dia menjadi insan berguna apabila besar kelak.

4 comments:

elL said...

T_T
sedeynya..huhu

Unknown said...

menyentuh hati sgt...huhu
insyaAllah semuanya akan kembali seperti biasa~

Faarihin said...

Salam ziarah.. saya pun tersentuh hati gak bila membacanya.. semoga mak n ayah saudari pulang dari ibadah haji dengan selamatnya.. bila lihat wajah deenfarhan mengingatkan saya kepada adek sepupu saya.. rindu kat dia orang.. (^__^)

Honeyz said...

salam akak ^_^

sbnrnya dah singgah sini baca n3 ni awal2 lg.. tp mase tu x sempat nk drop komen. ni baru ade peluang...

seriously, n3 ni membuatkan diri ni rasa sayu sangat2 bile baca..
budak2 lelaki mmg gitu kak.. mereka ni manusia juga, tetap punya perasaan, cuma susah nk ditunjukkan..
senakal2 mereka ni, bila berjauhan dgn parents, pasti akan terasa "kehilangan"..
nak2 buat mereka yg masih kecil.. belum benar2 mengerti situasi sbnr..
sedih n sayu sgt bace ttg perilaku adik akak ni..
"...selalu menonton rancangan Khabar Haji di Astro Oasis kerana ingin melihat wajah ayah dan bonda", "...kerana terlalu rindu, dia minta kain pelekat ayah dan kain batik bonda pada bibik, pembantu rumah. Katanya, dia rindu." -_-

mm, akak dah ade banyak agenda nk dibuat,kan? jumpa dia, spend la mase lame2 utk hiburkan dia, alehkan seketika ingatan dia dari trus melayan emosi sedih dia berjauhan dgn parents..
and at the same time, akak bg semangat kat dia, beri kata2 perangsang... akak pasti boleh! saya doakan semoga segalanya berjalan lancar dan kalian bahagia sentiasa.... aamiiin ^_^

p/s: entri ni jugak menjawab persoalan yg bermain di fikiran saya selama ni. baru kini saya tahu kenapa akak guna nama pena "Deena Farhana". sbb sy tahu ni bukan name sbnr akak =D rupanya diambil dr nama adik akak, Deen Farhan. x terfikir pulak. apepun, nice name! dan maksudnya juga baik. owh ye, satu lg.. saye sbnrnye tertanya2.. nk panggil akak dgn nama ape ye?