Saya lahir dalam keluarga yang sederhana. Tidak kaya, tidak juga melarat. Tetapi saya terdidik dengan kesusahan. Boleh juga saya katakan hidup kami susah, keringat ayah bonda membesarkan kami anak-anak terpahat teguh di hati saya.
Saya masih ingat dulu waktu sekolah rendah, sebelah pagi sekolah akademik melayu, sebelah petang pula pergi sekolah agama. Tengahari saya tidak pulang ke rumah, terus ke sekolah agama berjalan kaki. Jaraknya tidaklah terlalu jauh.
Menjelang tengahari, ayah saya akan menghantar bekal makanan untuk makan tengahari saya. Kebiasaannya makanan tengahari saya, nasi berlaukkan ikan goreng kering atau ikan masin.
Kawan-kawan saya yang lain pun sama, ada bekal makanan tetapi makanan mereka jauh lebih enak dari saya. Tetapi, disebabkan saya lapar, berlaukkan ikan masin pun saya tetap berselera.
Di rumah, orang gaji tiada, ayah terpaksa masak untuk kami kerana bonda kerja kerani rendah di pejabat. Ayah guru agama biasa, mengajar di sekolah agama tempat saya belajar. Sebelum pergi sekolah, ayah terpaksa buat kerja-kerja rumah.
Inilah kenangan dan perjalanan hidup yang tidak mungkin saya lupa. Bonda terpaksa kerja kerana ingin membantu mencari rezeki untuk keluarga. Saya masih ingat, setiap kali ayah menghantar bekal makanan, saya selalu mengharap lauknya ayam goreng.
Bila buka, ikan goreng kering. Saya tetap gembira sebab masih ada untuk dimakan. Di sekolah, saya pernah dapat nombor 3 dalam kelas tapi sekali saja. Lepas itu, tidak pernah. Alangkah hebatnya saya kan. Bab belajar, saya pemalas nombor satu.
UPSR saya jangan tanyalah, dapat 2A saja, yang lain saya pun tidak ingat sudah. Bebelan bonda berlanjutan 3 hari 3 malam. PMR saya pun sama, bebelan bonda 2 minggu belum surut. SPM lagilah, biasa-biasa saja. Kecut perut saya dengar bonda berleter setelah dapat keputusan SPM.
Saya tahu ayah dan bonda kecewa. Adik beradik saya yang lain pandai. Sudahlah pandai, rajin lagi. Saya ni, sudahlah kurang pandai, pemalas pula. Saya masih ingat, subjek yang selalu saya dapat 'A', subjek agama.
Ayah saya kata, "otak kau ni bolehlah sikit kalau subjek-subjek nabi". Kesian.. Matematik dan sains jangan bagi dengan saya. Saya belajar 2 hari 2 malam pun tidak dapat masuk. Entahlah, sampai bonda saya kata otak saya ni boleh terima huruf jawi saja, nombor dan digit jangan harap.
Keputusan terbaik saya dalam subjek matematik dapat 'C' UPSR. Selalunya gagal. Saya ingat bonda gembira, rupanya tidak. Kakak-kakak saya keputusan peperiksaan semua cantik. Sebab itulah, bonda bengang dengan saya. Apa kejadah budak ni...
Lepas SPM, dengan keputusan yang biasa-biasa itu, di bantu dengan beberapa kepujian dalam subjek-subjek nabi malayakkan saya untuk masuk ke Maahad Tahfiz Negeri Sabah. Saya kurang setuju mulanya, tapi kata ayah "habis tu mau masuk mana? kalau dapat tawaran UIA tak apalah".
Rasa ter'smash' pula dengan kata-kata ayah. Bayangkan, dua orang kakak saya sudah berada di IPTA waktu itu. Saya? em.. masuklah tahfiz. Siapa suruh terlampau rajin belajar sampai IPTA tak tersuara untuk tawarkan saya tempat.
Sepanjang 3 tahun pengajian di tahfiz, keputusan saya juga biasa-biasa saja. Tidaklah gempak mana pun. Tetapi berjayalah juga memiliki diploma tahfiz dan yang paling penting saya berjaya mendapat sijil khatam hafaz quran 30 juzuk.
Dengan sijil itulah saya diberi peluang menjejak Ardhil Kinanah, bumi Mesir. Tetapi, ayah dan bonda saya kurang yakin untuk melepaskan saya ke sana, di samping kesihatan saya yang tidak menentu, mereka kurang yakin saya mampu menghabiskan pengajian di sana. Iyalah, siapa tidak tahu saya ni, pemalas.
Dengan keunggulan dan imej universiti Al Azhar, ayah dan bonda saya kaku seketika bila saya kata mahu sambung belajar di sana. Tidak saya nafikan waktu itu, faktor kewangan juga menyumbang kesamaran ayah bonda untuk melepaskan saya.
Duit tiket dan perbelanjaan kena tanggung sendiri pada mulanya. Beribu juga diperlukan untuk urusan ke sana. Ayah kata, takut saya tidak mampu. Lagipun Mesir bukannya dekat. Kata bonda pula, takut saya jatuh sakit di sana.
Saya teguhkan keinginan saya, mungkin ini kali terakhir saya susahkan ayah bonda. Seolah memaksa ayah mengeluarkan duit untuk tiket saya ke Mesir, saya pasrahkan hati. Saya sudah mula memasang tekad, harus buktikan sesuatu.
Segala macam suka duka saya tempuh sepanjang bergelar pelajar Al Azhar. Dugaan sakit memaksa saya menyusahkan ayah dan bonda untuk kesekian kalinya. Keluarga di tanah air tidak tidur memikirkan saya. Hampir saja nafas terputus waktu sakit menduga. Tidak terdaya saya nukilkan di sini.
Dengan segala kudrat dan semangat dari keluarga, saya menyusuri denai liku kinanah, akhirnya saya berjaya menamatkan pengajian saya dengan sedikit kepujian pada ijazah saya. Saya lihat ada titisan air mata di pipi ayah bonda.
Ayah bonda bersyukur, akhirnya berjaya juga saya dapat ijazah, tragis bila memikirkan betapa degil dan pemalasnya saya dalam pelajaran.
Kalimah syukur saya sebut berulangkali. Sukar saya jelaskan betapa prestasi saya selama ini selalu mengecewakan ayah bonda. Jangan tidak tahu, berapa kali juga saya tersungkur dalam sepak terajang pengajian di Mesir. Mengulang peperiksaan bukan sekali.
Semua itu memberi pengajaran dan pengalaman berharga dalam hidup saya. Apa yang saya sedari kini, sekali saya khatam hafaz 30 juzuk, sepanjang hayat saya memikul amanah. saya menyedari segala perjuangan tidak pernah selesai meski ijazah sudah ada.
Hanya padaMu yang Esa, saya mengemis cinta mengharap saya dibantu untuk terus berada di jalanMu. Perkenankanlah pengharapan saya ini.
Segala puji bagi Allah, kini kehidupan kami sudah jauh lebih baik, rezeki ada di mana-mana, makanan apatah lagi. Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa sujud dan bersyukur sehingga nafas kami yang terakhir.
5 comments:
salam ziarah,kak..
semoga sentiasa dalam redha ALLAH swt..=)
tersentuh ana baca entry akak..
one thing for sure,ana respect semangat akak dalam jihad ilmu plus nilai kesabaran yg tinggi..
alhamdulillah kerana telah sampai ke tahap ini..mabruk alaik,ye kak..ana tumpang gembira..^_^
kalau ana ditempat akak,pasti ana tak setabah akak dalam hadapi situasi macam nih..
jazakillah khairan kathira atas perkongsian..
apa2 pun,sama2 la kita bersyukur selalu kerana memiliki ummi dan ayah yang secara tak langsung, terlalu banyak perngorbanan yang mereka lakukan untuk kita..kadang2 kita je yang x sedar,kan kak...
Seorang bapa dengan penuh keimanan akan berkorban sedaya upaya berusaha dalam mencari nafkah bagi keluarganya dan membangunkan mereka dengan kepercayaan dan keyakinan bahawa apa saja usaha dilakukan adalah untuk mendapat keredhaan Allah dan dengan usahanya keluarga yang dibangunkan menjadi sebuah keluarga Islam yang boleh menjadi tunjang kekuatan masyarakat.
Begitu juga seorang ibu pastinya dengan keimanan yang teguh akan mendidik anak-anaknya dengan prinsip agama dan sentiasa berdoa kepada Allah agar menjadikan anak-anak itu orang berguna untuk agama, masyarakat dan negara..subhanallah..
ana teringat kata2 Prof Madya Dr Engku Ahmad Zali Engku Alwi,
"Pengorbanan yang kita lakukan dalam kehidupan ini hendaklah kita tempuh segala cabarannya dengan kesabaran. Kita mengorbankan masa, tenaga, wang dan akal fikiran, semua ini memerlukan kesabaran, dengan pengorbanan inilah terhasil pelbagai kenikmatan dari Allah..Pengorbanan ini akan lebih bermakna apabila tersemat di dalam hati bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.."
semoga ALLAH swt sentiasa merahmati akak dan keluarga dan dipermudahkan segala urusan..ameen ya Rabb..
wassalam..
wslm niesa'..trm ksh dah luangkan masa drop komen kat sini..kak hargai sgt..entri ni sekadar untuk kongsi pengalaman..kakak ni biasa saja, mgkin niesa' lebih tabah dr kakak..semua pglaman hidup kita ni sbg memori dan pgjaran berharga buat kita menjalani hari muka..trm ksh byk ats doa niesa'..moga niesa' dan keluarga juga sentiasa dalam rahmat Allah..amin..
salam buat akak yg tabah ^_^
wah.. panjang betul n3 yang ni ye.. n sangat2la touching.. terharu saya baca kisah kembara ilmu akak ni -_-
akak ingat lg x 1st komen yg saya dropped kat blog akak ni dulu? mestila ingat kan? yela, kan saya org pertama yg drop komen kt blog akak ni =D
dlm komen sy tu, ada kan saya sebut ttg persamaan atr kita, yakni sering sakit, n puncanya kurang darah merah... skrg saya jumpe lg satu yg juga boleh dikatakan persamaan..nk tau?
agak2 akak, sama in terms of what? sbnrnya xla exactly same, tp leh dikatakan ada la jgk sket2 sama.. mm, dalam bab tahfiz.. saya juga student kelas tahfiz, tp bukanlah sehebat akak yang khatam hafaz qur'an 30 juzu'.. tp bak kata ustaz (sheikh dari iran) kelas tahfiz saya tu, kami2 students ustaz ni kira cam "hafiz/hafizah kecil" =D
btol kata akak. sy yg dianggap hanyalah sbg hafizah kecil oleh ustaz ni je pn terasa juga amanah yang diberikan semakin berat. ustaz slalu jugak ingatkan.. ikhlaskan diri, perbetulkan niat.. sbb amanah yg dipikul oleh hafiz/ah sgtlah berat.. once dh hafal, pastikan sntiasa hafal. sebolehnya pastikan x terlupa segala yg dah hafal. dan hafal bkn sbrgn hafal, tp cuba fahami n hayati tafsirnya, serta amalkan kandungannya.. akak yg hafal 30 juzu' lagi2la berat amanahnya.. tp saya yakin, akak pasti boleh! inshaAllah..
sbnrnya persamaan tu bknla main point nye(walaupn agk berjela saya menaip.hehe).. tp nk kate, kdg2 dengan ikhlas menghafal kalamullah itulah yg bisa merubah nasib seseorang.. siapa tahu kan? bila kita dekatkan diri kepada Allah, inshaAllah hidup kita akan dirahmati, diberkati dan dilindungi Allah selalu.. WALLAHU A3LAM..
owh ye, sblm terlupa, maaf juga ye, sbbnya jujur saya katakan, awal2 baca n3 akak ni, saya duk gelak2 jugakla.. tp akak jgnla slh faham ye. bukan ketawakan kesusahan hidup akak.. tp tertawa sebab baca ayat2 akak yg mengata diri akak sendiri, nak2 dua ayat ni: "Bab belajar, saya pemalas nombor satu.", n "Apa kejadah budak ni..." hehe.
apepun, alhamdulillah.. kembara ilmu akak sebagai pelajar secara tersuratnya telah berakhir utk tahap pertama dgn adanya segulung ijazah.. mabruk ya ukhti! tahniah ye kak..
akhirul kalam, saya doakan semoga hidup akak hari ni lebih baik dari semalam, dan hari esoknya lebih baik berbanding hari ini.. baik dari segi fizikal mahupun spiritual.. baarakallahu fiik ya ukhti =)
Allahu akbar....trima ksh ya Allah dah temukan sy dgn adik hani ni..dr segi tulisan, kkak tahu Allah dh kurniakn satu sifat mahmudah yg sgt menakjubkan..meraikan sahabat lain yg bru kenal itu adalah suatu yg jrg kita jumpa..dan hani memiliki sifat terpuji itu..ni bukan bodek ye..ni ikhlas..apepun, trm ksh byk2 buat hani..xterucap dah kate2 dgn sokongan dr hani ni..moga dirimu bahagia slalu..
erk akak.. saya pulak jadi terharu dengan kata2 akak -_- semoga diri ini benar2 menjadi insan sptmana yg akak katakan tu.. aamiiin...
x lupa juga, thanx sbb doakan kebahagiaan saya. semoga diri akak juga bahagia selalu ^_^
Post a Comment