11 November, 2009

Kuatkan Semangat


Di atas ni gambar kakak dan adik saya. Kenapa gambar mereka sahaja? Sebab ada prioriti dan keutamaan. Di sebelah kiri itu kakak sulung saya, Nur El Hafizah binti Hj Numan. Di sebelah kanan itu pula adik pertama saya, Elferanah binti Hj Numan.

Pertamanya, kakak sulung saya waktu ini mengambil alih tugas ayah bonda saya dalam mengurus dan menjaga keluarga. Semua urusan dan tanggungjawab keluarga terpikul di bahunya. Menjaga adik-adik terutamanya.

Saya tahu, dia mampu memikul tugas itu. Saya juga tahu, waktu ini dia sangat rindu pada ayah bonda di samping risau memikirkan adik-adik yang masih memerlukan perhatian.

Saya difahamkan sabtu ini adik saya, Nurul Hidayah ada acara bersama ibu bapa. Memandangkan ayah bonda kini berada jauh di Makkah, kakak saya merasa terpanggil untuk memenuhi acara itu demi adik yang akan menduduki peperiksaan Spm.

Saya amat menghargai tanggungjawab dan peranan yang ditunjukkan olehnya. Harapan saya, semoga kakak saya diberi seteguh kekuatan untuk menjaga keluarga. Jangan khuatir, kami akan membantu. Kuatkan semangatmu kakak!

Keduanya, adik saya Elferanah yang kini sedang menghadapi peperiksaan besar. Saya baru terbaca entrinya, ada nada sayu di situ. Saya memahami kecamukan yang dimaksudkannya dalam entri itu. Bangkitlah adikku, tidak usah merasa sedih dengan kertas yang sudah lalu.

Peperiksaan belum berakhir. Melangkahlah untuk mencipta yang terbaik. Jangan dikesali yang sudah berlalu, tumpukan pada yang akan datang. Semua keluarga tahu kemampuan dan kepintaranmu.

Serlahkan kehebatanmu adikku. Keluarga tahu dirimu bisa melakukan yang terbaik. Kuatkan semangatmu adik!

Salam sayang berpanjangan dari saya.

1 comments:

~daLucky0ne~ said...

salam mahabbah...maaf menganggu di sini..tadi teringat dekat kakak awak, ustazah el-hafiza..try google nama, dan saya jumpa blog awak..eh, suppose to b akak kot...x pa lah...cuma, saya nk minta tolong sampaikan salam penuh kerinduan dari pelajar lamanya di kelantan dlu...kak el mengajar kat maahad muhammadi perempuan...mudah2an kak el dan keluarga bahagia dunia dan akhirat...akak pun sama=)